Monday, October 20, 2014

3rd Year Fiasco

Posted by Mars Laini at 1:29 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Wew dah lama tak update blog nampaknya ada sawang sikit. Tahun 3 ni memang tak expect busy macam ni and I was like..

Banyak sangat kerja dan assignments yang perlu disiapkan. Lecturers semua memang timbun-timbun kerja tanpa belas kasihan. Baru merasa kepayahan seorang senior ni macam mana. 

Yeah itu saja nak tulis. Sekarang ni tengah develop minat dalam subjek Cryptography. Walaupun pakai math sikit (which I'm not really into) tapi menghuraikan secret codes seems fun though. Doakan mas develop minat lebih mendalam dalam benda ni kay ^_^

Last but not least, doakan mas jadi kuat dalam menghadapi semua benda ni. Kadang-kadang rasa nak give up tu ada juga. Me, manusia biasa.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Tuntutlah ilmu dimana jua anda berada 

Thursday, August 28, 2014

5SC2 Mini Reunion

Posted by Mars Laini at 8:37 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni disertakan dengan hujan lebat rahmat dariNya berserta dengan idea nak masak apa untuk papa bila dia balik makan tengahari, cik puan raidah (baca ketua kelas) decide untuk buat mini reunion geng 5sc2 hari ni.

Dekat dengan 4 tahun tak jumpa memasing sibuk dengan pembelajaran. Dulu masa sekelas dengan kanak-kanak ribena ni memang havoc lah. Kelas paling riuh, kelas lain pun tak riuh macam kelas kami hahaha.



One word: Happiness

Dalam tengah hujan pun boleh lagi semangat nak ambil gambar bebudak ni. Punyalah happening nya. Oh ya tempat kami buat reunion ni ialah Restoran Cikgu Nasi Ulam dekat Kampung Kraftangan. Dalam bandar Kota Bharu je. Jadi sesiapa yang berhajat nak datang jalan-jalan kat kelantan mesti makan kat sini. Famous dengan budu dan semua jenis ulam-ulaman ada. Hikhok.

Oleh kerana cyah aka asiah juga balik malaysia tahun ni (from japan, she studied there), maka kami setiap sorang dapat ole-ole. Penanda buku je tapi cukup untuk buat kami happy, barang dari jepun lah katakan hihi.

Habis selesai makan-makan dan sesi ambil gambar, berakhirlah sudah reunion kecil kami. Dalam duk salam-salam dengan diorang ni terdetik juga bila la lagi mas nak jumpa diorang semua ni. Tu pun tak semua yang datang. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kita bertemu dan berpisah kerana Allah.. selamat berjuang sahabat 

Monday, August 25, 2014

Short Story : Orange

Posted by Mars Laini at 2:37 PM 0 comments
*now in english version.. just my imaginary story okay*

Sunny Sunday. Mars sits on a bench at a playground, waiting for her friend, Rabi, for their usual weekend date. She anxiously peeks at her watch, wondering why her friend doesn't arrive yet.

"I hope nothing bad happen to her" mumbled Mars.

Suddenly, a hand taps Mars's shoulder from behind. Shocked, she jumps from the bench then after that, she hears a loud laughter.

"Is it funny, making me surprised like that?" said Mars while she crossed her arms.

"Sorry sorry. I'm just joking around. Sorry too because I'm late. I'm on my way to meet you when an ice cream truck passed by so I stopped for a while. Here, my treat." said Rabi cheerily as she passed a cone of chocolate mint ice cream to Mars. "I know, your favorite".

Smiling, Mars takes the ice cream from her hand. "Thanks" she mumbled.

"So, what we're going to do today?" ask Mars.

"Well, last weekend we planted flowers behind the nearby forest. I think we should do some more activity to the Mother Nature again today. Won't cha?" said Rabi. 

"How about feeding those stray cats that lived under the bridge we always crossed by? I feel sorry for them lately" said Mars.

"I think so. It's been a long time we didn't pay them a visit. Now shall we go." Rabi said and she immediately grabs Mars's arm and rushed forward.

As they are walking together, a little girl, with smudgy dress greets them. She brings along a basket full of oranges with her. For a moment Rabi and Mars didn't realize until Mars feels someone tug her blouse's hem.

"Good evening, Miss. Would you like to buy some oranges? They're only 50 cents each." said the girl, holding up a little orange to them.

Mars and Rabi look at each other continuously. After a while, Rabi smiled and knelt down to the girl, patting her head.

"How about both of us take all the oranges from you? Okay Mars?" said Rabi glancing to her friend.

"Well yes! Absolutely!" said Mars happily.

"Is it okay Miss? You don't have to buy if you don't want to." said the girl. There's sound of guilt in her voice.

"It's okay. After all I want to make lots of orangettes today." said Rabi happily as she takes the basket of oranges from the girl.

Rabi and Mars quickly count their money and give them to the little girl. 

"This is so much from the oranges' price. I can't take it" said the girl, giving back some of the money.

Mars smiles and shakes her head. "No dear, just take it. We won't mind anything"

"Yeah. Just treat yourself with an ice cream, or a new dress won't cha" said Rabi.

The little girl quickly thanked them and after giving a quick hug for both of them, she walks away with tears in her eyes.

"Wow you seems generous today. What brings it out?" ask Mars.

"Well, at least we gotta help her although for a bit don't we?" Rabi grinned.

"Anyway, what are orangettes?" ask Mars again.

"Oh.. Slices of oranges dipped in chocolate. Good for tea time. C'mon, I'll make lots of it after we feed those stray cats okay" said Rabi.

"Okay then" Mars said cheerily.

With that, both of them arms in arms walk away from the road.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
there are many people who need our helps out there.. who knows, a small help from us will make them smile and ease their burden for a bit.. what do you think? :D

 

Saturday, August 23, 2014

Cerita Pendek : Village Girls

Posted by Mars Laini at 7:58 PM 0 comments
*cerita ini hanya rekaan semata-mata sekadar untuk menajamkan lagi skill menulis saya, okay dah jom baca*

Di satu petang yang hening di sebuah kampung yang aman permai, lapan orang sahabat yang baru tiba dari bandar sedang sibuk dengan acara masing-masing.

*Di perkarangan kebun rambutan Mak Esah*

"Im, yang sebelah kiri tu nampak besar. Ambillah sekali" jelas suara irna dari bawah pokok rambutan itu.

Terkial-kial Im cuba menarik dahan yang dikatakan oleh irna tersebut. Sementara balqis sedang sibuk mengunyah rambutan yang telah dikait dibawah.

"Wei qis, janganlah asyik makan je. Tolonglah kait sekali. Tu yang dahan paling rendah tu boleh capai dengan tangan dah" kata irna.

"Sedap awak bagi arahan yang awak dari tadi duk tercegat tak tolong apa-apa boleh pulak" balas balqis.

"Eh yang lain mana?" kata irna cuba mengubah topik.

Di sepanjang jalan untuk ke kebun rambutan, faten sedang mengayuh basikal sementara mas membonceng di belakangnya.

"Ish lambat lagi kita. Nanti habis rambutan tu diorang bantai" kata faten sambil mendengus.

"Lahh tadi awak yang nak makan aiskrim dekat kedai pak mat tu. Siapa yang lambat sekarang?" kata mas.

"Hahaha hari panas sangatlah. Harap adalah sedikit rambutan untuk kita" kata faten sambil mengayuh lebih laju.

Tanpa mereka sedari ada yang lebih laju mengayuh di belakang mereka.

"Faten!!! Mass!!!! Tepii!!! Tepii!!!!" kata Ana yang mula hilang kawalan terhadap basikalnya. Kebetulan pula dia membonceng Nab dibelakang basikalnya juga. Nab sudah pun menutup matanya, tak sanggup untuk menghadapi apa yang terjadi.

"Makkkk!!!" jerit faten.

Skreeetttttt!!! Kabushh!!! Kedengaran bunyi tayar basikal bergeser dengan tanah diikuti bunyi percikan air. Ana telah hilang kawalan terhadap basikalnya, merempuh faten dan mas sebelum mereka berempat terpelanting ke dalam tali air berdekatan. Basikal mereka juga turut tercampak masuk ke dalam air.

Kemudian Ibah datang dengan santai bersama basikalnya dan memandang ke arah mereka sebelum tergelak besar.

"Ana!! Apa ni?? Kenapa bawak basikal laju sangat" kata faten selepas tercungap-cungap keluar daripada air. Mas sudah pun memakai semula kaca matanya yang turut terpelanting tadi. Kelihatannya kabur kerana basah terendam air.

"Kami ingat kami dah lambat tadi sebab tu saya kasuh cepat-cepat" kata Ana sambil menarik Nab bangun daripada air. Mujurlah tali air itu cetek sahaja. Mereka pun bukannya pandai berenang sangat.

"Hahahahaha korang semua nampak macam baru balik daripada berkubang" jelas Ibah dengan gelak tawanya yang masih tersisa.

"Shut it Ibah kalau tak awak pulak yang berenang kat sana" kata faten.

Oleh kerana tayar basikal mereka telah bengkok kedua-duanya, mereka mengambil keputusan untuk menutun sahaja basikal-basikal itu dan berjalan kaki. Ibah turut turun daripada basikalnya dan berjalan beriiringan bersama mereka. Sahabatlah katakan.

"Kita basah macam ni sebab rambutan. Kalau rambutan dah habis nanti sia-sia saja usaha kita bergelumang air sawah tadi" kata mas sambil memerah bajunya yang masih tersisa air.

"Apa susah. Kalau rambutan dah habis kita panjat lagi" kata Ibah.

"Good idea. Awak yang panjat nanti" kata Ana sambil menuding ke arah Ibah.

Sesampainya mereka di kebun rambutan itu, kelihatan Im terkial-kial memanjat dan memetik rambutan di julai yang tinggi sementara irna dan balqis bersenang-lenang dibawah pokok.

"Amboi amboi. Awak biarkan Im panjat sorang-sorang sedangkan awak berdua bersantai kat bawah ni" kata faten sambil bercekak pinggang.

"Eh dah sampai. Eh kenapa basah empat orang ni?" kata irna sambil menunjuk ke arah mas, faten, ana dan nab.

"Tak nak cakap pasal tu lagi. Mana rambutan kami?" kata Nab.

"Wei korang kalau nak makan sama tolonglah panjat sekali. Aku sorang tak larat nak panjat ni" laung Im dari atas.

Dengan semangat setia kawan mereka bekerjasama mengait buah rambutan tersebut. Oleh kerana baju mereka tidak basah, irna, balqis dan ibah mula memanjat dan menolong Im memetik rambutan yang tinggi. Sementara nab, mas, faten dan ana menarik-narik dahan yang boleh mereka capai.

Hampir banyak rambutan yang mereka kumpul, mereka sama-sama duduk dibawah pokok itu dan memulakan pesta rambutan. Dengan gembira mereka makan sambil berbual-bual sebelum satu perkara tragis terjadi. Kelihatan balqis seperti kelihatan tercekik sesuatu.

"Uhukk.. uhukk.. biji.. rambutan.. tersekat" kata balqis tersekat-sekat.

Dengan pantas Nab dan Im yang berada bersebelahannya menepuk-nepuk belakang balqis, sementara yang lain tergelak terbahak-bahak melihat situasi tersebut.

"Tulahh qis, time makan jangan gelak banyak sangat. Kan dah tercekik" kata faten sambil tergelak lagi.

"Diam ahh!" kata balqis setelah biji rambutan itu berjaya dikeluarkan.

Setelah selesai makan rambutan tersebut, mereka mengumpulkan sisa-sisa dan sampah untuk dibuang. 

"Harap lepas ni kita dapat lagi rasa pengalaman kampung ni" kata Ibah sambil tersengih ke arah yang lain.

Dengan senyuman mereka semua berlumba pulang ke rumah masing-masing.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
harap cerita ni tidak membosankan and of course, mas masukkan diri sendiri dan kawan-kawan dalam cerita ni.. do left your comment about this story kay.. thanks :D 


Sunday, August 17, 2014

Broken Wings

Posted by Mars Laini at 10:21 AM 0 comments
Once upon a time, there lived a little girl by herself. Her mother and father had passed away a long long time ago when she was still very small. The fairy godmother loved her very much for she was an unfortunate and innocent child. The fairy gave her a pair of beautiful, white wings when she grew a little bit older. The fairy said to her "these wings, will help you, make you strong and happy, although you are all alone in this world".

The little girl indeed was very happy after she got the wings. She would fly every day wherever she want, playing with the birds and butterflies, picking the fruits on the highest peaks of trees, reaching the highest peaks of the beautiful mountains, all she did happily by herself and her wings.

One day, she flew a bit low from usually to take a closer look at a blue lake she caught by passing. Beside the lake, there was a small village, full of its people doing their daily chores. Amazed, that little girl landed at the village. She had been longed to know how is it to have few friends in her life as she's alone for a long time.

The villagers were very amazed to a little girl with a pair of beautiful wings. They never seen such girl before. The little girl was welcomed in the village. Everyone wanted to be her friends and she was very happy at first.

Day by day she met a lot of people. "Little girl, can you help to lift this bricks? I'm not strong enough." ask one of the villagers. "But I'm not strong enough too. Look at my little hands." said the girl. "Ah, but you can use your wings to lift the bricks right?" demand the villager. Thinking to help the poor villager, the little girl used her wings to lift the heavy and dirty bricks, staining her white wings. Once the work has done, the villagers left without saying thank you to her.

The next day other villager, a woman, come to see her. "Little girl, can you please make this fire bigger? I want to bake some breads. Use you wings to blow the fire." ask the woman. Innocently, the little girl just do what she wanted. As the fire grew bigger, unintentionally one of her wings caught the fire. She screamed for the woman's help, but the woman, feared that the fire would spread to her house, she threw the little girl out of her house and slammed shut the door.

That little girl sobbed knowing she had lost one of her wing. But the ruthless villagers still want to take advantage of her. 

"Can we take your feathers from the wings? We believe that it can cure any illness we get." and then all the villagers that once said they were her friends, started to plucked every feather they can get from the little girl's only wing left.

"Stop! Stop! It hurts!" said the little girl. But the villagers didn't stop neither hear her cries. They kept plucking the feathers until there were nothing left. For that, the little girl completely lost both of her wings. Knowing that she cannot be use anymore, the villagers threw her out of their village to the nearby forest.

Through days and nights, she cried alone, hoping that those 'friends' of her would help her as she had help them before, but none of them come back for her. She had lost her wings for the one she thought were her loyal friends but they were just ruthless people, who took advantages on her ability.

 End.

Baiklah daripada cerita kat atas anda semua ni yang mana? That little girl? Or those villagers? Fikirlah sendiri.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
True friends are rare to find. These days, you will just see clowns who disguise as angels .

Wednesday, August 6, 2014

Jalan Putih

Posted by Mars Laini at 2:40 PM 0 comments
Seluas bumi Tuhan sekerdil hambaNya
Namun sudah biasa
Dipulaukan manusia

Seolah-olah asing pada pandangan
Jalan kecil yang terbentang di hadapan
Sunyi, putih
Seakan-akan menunggu, memanggil

Dingin nafas yang dihirup
Sedingin udara yang menghembus
Aman dalam belaian kasih sayang
Yang maha Esa

Kuatkan aku, cekalkan aku
Di liku liku salji ini
Di jalan yang Kau tunjukkan ini
Hindarkan aku
Daripada segala celaan dunia
Lindungi aku
Dalam pelukan rahmatMu

Dan aku akan terus melangkah
Hadapan dan ke hadapan lagi
Di jalan putih itu

Saturday, August 2, 2014

Pitter Patter of the Raindrops

Posted by Mars Laini at 11:03 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Life.. is not always bright. The sun will not always shine. The sky will not always blue. But I've learn something. Something that I think, only me will understand.

Not all sunshine gives you warmth
I've learn to dance in the rain
The raindrops caress me as they tell me something

Each drop from the heaven
Makes the earth alive once again
So do me

The pat of the rain on my head
Is just like a mother
Who pats her child
Smoothly, soothingly, calmly

Sometimes the dark clouds indeed
Bring thunders and lighting
But they teach me
Not to be afraid, not to be scared
As they too are one of us

I'm not always looking forward for sunny days. As me is truly a Pluviophile, I prefer the rain at most. Weird huh? Never mind I love being me :)

 

Sunday, June 29, 2014

The Comeback of Alice

Posted by Mars Laini at 1:10 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Cuti semester yang panjang dah bermula, bulan ramadhan yang penuh barakah pun bermula, dan apa lagi? Yaaaa masa untuk balik main Dragon Nest!!

Ingat lagi Alice saya yang Physician yang kiut miut tu? Hehe

alice in hot costume
Yaaa tiba masanya untuk leveling ke level 70. Kalau sempatlah. Tengok semua guildmates dah maju ke hadapan. Dah siap gear up dan ada yang pakai set Desert Dragon dah. How jealous! 

Dulu bila masuk semester 4 tak boleh nak main sangat. Banyak sangat assignments. Bila masuk musim exam lagilah tak main langsung. Sebab tu level tergantung macam ni. Tapi takpe, kita utamakan yang utama dulu ye dok? Hihi

happy alice in Saint Haven
Buat yang masih tertanya-tanya apa benda game ni, aku boleh terangkan sikit-sikit je. Game ni type dia RPG which is my current favorite type of game now. Game ni ada cerita dia, kalau main quest utama (Main Quest) setiap character akan ada jalan cerita dia which is memang best.

So, masa mula-mula mas main game ni dulu mas ambil character Academic ataupun karakter budak kecik comel macam alice kat atas ni. So, bila dah naik level 15 mas tukar job kepada Alchemist yang teknik serangan dia ialah dengan menggunakan elements dan poisons.

Bila masuk level 45 pula mas tukar job lagi jadi Physician. The healer of the team. So mostly kalau mas main dalam team, teammates mas akan suruh mas jalan belakang dan heal diorang.Teknik serangan Physician ni pula kebanyakannya menggunakan poisons atau racun. So, guild mates mas tak galakkan mas untuk jadi penyerang utama, tapi jadi Healer utama dalam group. Ada guild? Ya memang ada guild maksudnya kumpulan kita atau group mana kita masuk. Senang nak ajak leveling kalau guild tu orang yang kita kenal.

Ada banyak lagi karakter lain dalam game ni, bukan academic kat atas ni je. Okay mas try summarize kan karakter yang ada dalam game ni:

Academic Job Scope:
Engineer (level 15) ---> Gear Master / Shooting Star (level 45)
Alchemist (level 15) ---> Adept / Physician (level 45)

Warrior Job Scope:
Sword Master (level 15) ---> Moonlord / Gladiator (level 45)
Mercenary (level 15) ---> Barbarian / Destroyer (level 45)

Archer Job Scope:
Acrobat (Level 15) ---> Windwalker / Tempest (level 45)
Bowmaster (level 15) ---> Artillery / Sniper (level 45)

Sorceress Job Scope:
Force User (level 15) ---> Majesty / Smasher (level 45)
Elemental Lord (level 15) ---> Saleana / Elestra (level 45)

Cleric Job Scope:
Priest (level 15) ---> Saint / Inquisitor (level 45)
Paladin (level 15) ---> Guardian / Crusader (level 45)

Kali Job Scope:
Dancer (level 15) ---> Blade Dancer / Spirit Dancer (level 45)
Screamer (level 15) ---> Dark Summoner / Soul Eater (level 45)

Assassin Job Scope:
Chaser (level 15) ---> Ripper / Raven (level 45)
Bringer (level 15) ---> Abyss Walker / Light Fury (level 45)

Banyak kan karakter yang korang boleh pilih nak main? Best yang amat. Tak lama lagi karakter baru akan keluar iaitu Lancer. Sesiapa yang nak main boleh lah create account Dragon Nest masing-masing dekat cherrycredits.com tak kena bayar pun.

Okay panjang pula post kali ni. Excited nak main balik ni, dah lama tak main. Any question regarding this game to me you can leave it in the comment below okay?

Till we meet again. Happy gaming! :D

 

Saturday, April 19, 2014

Mari Sedarkan Diri Kita

Posted by Mars Laini at 9:13 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Sehari?
Seminggu?
Sebulan?
Setahun?

Bila kali terakhir kita muhasabah diri kita? Duduk diam-diam, tarik nafas, pejam mata, buka mata slow-slow.

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita yang setiap nafas yang kita tarik dan hembus itu adalah pinjaman daripada Allah kepada kita? Bila?

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita yang setiap langkah kita berjalan di bumi ini adalah satu rahmat daripadaNya? Bila?

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita bahawa dua pasang mata yang melihat ciptaan dan keindahan dunia ini adalah anugerah daripadaNya? Bila?

Dan bilakah kali terakhir kita gunakan lidah yang dikurniakanNya kepada kita untuk mengucapkan syukur, tasbih dan tahmid kepadaNya? Bila?

Seringkali kita terleka dalam arus dunia ni. Mas pun tak terkecuali. Sebagai seorang student, penuh dengan assignments, test dan exam, kadang kala mas terlupa bahawa mas ni seorang hamba. Penuh dosa dan lalai. MasyaAllah :'(

Jadi, ambil masa kita untuk sedarkan diri. Siapa kita? Apa tujuan kita hidup di dunia ini? Paling penting siapa kita disisiNya? 

Ambillah masa, renungkan segalanya. Bintang di langit malam yang jauh daripada kita itu, adakah kita sejauh itu daripadaNya? Sedangkan Dia sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada saluran darah yang bersambung.

Allah..
Ingatkan aku, lindungi aku
Jangan biarkan aku alpa dan leka
Tetapkan aku di atas jalan agamaMu
Tingkatkan imanku 
Istiqamahkan aku 
Jadikan aku orang yang berguna
Di dunia dan akhirat
Ameen ya rabb
 :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
doa itu untuk kita semua.. sentiasa sedarkan diri, ingati Ilahi :) 

Saturday, April 12, 2014

Aku Gadis Itu

Posted by Mars Laini at 12:52 AM 0 comments
Aku
Hanya gadis biasa
Punya cerita dan rahsia
Yang tidak dipandang dan memandang
Aku gadis itu

Aku
Mungkin tak seperti gadis lain
Tidak pandai bergaya
Mekap jauh sekali
Tapi aku tetap aku
Bukannya plastik
Yang cuba dibentuk rupanya

Aku
Hujan peneman setiaku
Di saat orang lain tertawa
Dan aku
Aku masih cuba
Untuk menampal senyuman manis
Tika hati masih lagi mendung

Aku
Ya, aku gadis itu
Hanya memandang pada yang satu
Mencari redhaNya dan juga ilmu
Berharap terus teguh
Menjadi yang dicemburui
Oleh para bidadari syurgaMu

Aku gadis itu

                                                                                                                            Hakcipta
                                                                                                           Mars Laini 12042014, 12:52AM

Sunday, March 9, 2014

Blanche

Posted by Mars Laini at 2:21 PM 0 comments
I am just a plain little girl
who sits in my own monochrome world
watching the people
who called themselves my 'friends'
talking and joking with somebody else
leaving me wondering why

I am just a plain little girl
who sits at the corner of the classroom
watching he, him
liking someone else
someone more colorful than my world
Not even laying his eyes on me

I am just a plain little girl
who smiles at the sun and flowers
who kiss the rain and its coldness
who walks on the snow without leaving any path
who spread her wings without anybody notices

I am just a plain little girl
who stands by her own
hoping somebody sees her
wondering somebody notices her
herself

I am just a plain little girl
keeping everything on her own
until her heart breaks down
but yet
still nobody seems to care

And me will always be like that
A plain little girl
who seeks her true life
In her monochrome little world


written by Mars
2:21PM 9/3/2014

Wednesday, February 5, 2014

Q12: Things You Want to Say to an Ex

Posted by Mars Laini at 2:14 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Ni lagi satu soalan yang saya takleh nak jawab. Manalah mas tahu nak cakap apa dekat ex. Calon pun takde lagi. Hahaha no no no I don't know what to say.

I don't have any ex. Extra ada lah. Extra books and anime. Haha okay lawak hambar :3

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
twelve.. please jangan tanya soalan entah apa-apa lagi =_= 

Tuesday, February 4, 2014

Q11: Your Current Relationship, if Single discuss How Single Life is

Posted by Mars Laini at 1:11 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Wow soalan nih. Demand betul siap suruh discuss lagi. Dapat berapa markah ni? Haha okay lawak hambar. Maaf maaf.

My current relationshiop is yes, i'm single and yet don't really know whether ready to mingle or not. Some people I see love to have boyfriend or girlfriend but for me.. well, if I want to, nobody would fall for me I think ahaha.

I love my single life now. No worries. Don't have to think what presents to give to your boyfriend, don't have to call anyone every 5 minutes, don't have to worry how I look like. Free from anyone. I like it.

And if I will be attached to someone, I want to be with that person forever, to give my commitment to, and of course that person is future mr.hubby ^^

For now, no attachments. I'm free to do what I want. Watch anime, play games and others. Well, that's my single life and I like it.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
the eleventh.. bila tiba masanya nanti.. akan tiba jua nanti haha 

Thursday, January 30, 2014

Q10: Your Views on Drugs and Alcohol

Posted by Mars Laini at 2:01 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Drugs and alcohol. Everyone knows that we must avoid these two dangerous things. Once you get it, you will become more and more addicted to it.

My view? Rasanya sama sahaja dengan view orang lain. Dadah dan alkohol ialah badan yang boleh merosakkan badan jika diambil secara berlebihan.

Boleh diambil? Ya boleh tapi dengan tujuan, sukatan dan arahan doktor yang betul. Contohnya, time kita sakit kita ambil ubat kan? Ubat tu sejenis dadah yang jika kita ambil boleh buat kita lega daripada rasa sakit. Tapi hanya boleh diambil mengikut prescription doktor dan sukatan tertentu sahaja.

Jauhi dadah dan alkohol. Ingat orang tersayang.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
This tenth question ask something that most people will answer it the same. 

Q9: Your Last Kiss

Posted by Mars Laini at 1:54 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Soalan apakah ini. Your last kiss? I even don't get my first kiss lagi. Haha of course yang first itu untuk bakal mr.husband tercinta yang saya tak tahu siapa dia sekarang haha.

So nope, no last kiss or anything like that.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Ninth.. now I kiss my books only :3 

Wednesday, January 29, 2014

Q8: Something You're Currently Worrying About

Posted by Mars Laini at 2:33 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Soalan yang menakutkan untuk dijawab ye. What do I worry now?

1. My grades!
Yes, the most biggest, monstrous problem I had now is worrying about my exam grades. I always put my grades first because that is what my parents, uncles, aunts, friends and world want to know right? How stupid I am. My grades usually cannot be consider as excellent. Only good enough to level up for the next semesters. And when I had bad grades, everyone will had bad-eye for me and it's like grounding me at basement for a year and crushing my self esteem more. Yeah, bad and big impact!

2. Do People Around Me likes Me?
Yeah that's my problem too. I always worry too much about others. What they think of me? What do I do if they don't want to be friends with me anymore? I can't bear it AAARGGGHHH!! *that's me screaming*. Some of my friends told me to just be yourself and don't bother what other people think or speak about you at your back. But what worrying me is, THEY are the one who did speak at my back.

3. Do My Crush Know I like him?
Yeah a minor problem of 'heart-beat-fast' thingy. When he's around I always think the same thing. Do he knows I like him. A lot? Do he likes me too? Do he hate me if I try to talk to him? Do I bother him? yeahh to many questions.. hmmm

4. Am I healthy?
I always think about my health. If I feel sick or does not feeling well, I will be a little bit worried. Because why? I hate going to hospitals or clinics, seeing the doctors. Beside the chance I will get stab with a BIG needle or the doctor's drawing out my blood from my body, I hate answering questions from the doctor. I feel embarrassed. It's like someone want to know about your own body or something like that.

Yeah sometimes worrying create problems that is not there in the first place.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
The eighth. Ughh I don't want to talk about it anymore. Making me nauseous.  

 

Tuesday, January 28, 2014

Q7: Your Opinion on Cheating on People

Posted by Mars Laini at 3:27 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Cheating. Everyone must had did it in their lives rite? Persoalannya sekarang untuk apa?

Asking my opinion on cheating and I will ask the question "for what you cheat?". Bagi mas nak cheat cheat orang ni kena bersebab DAN sebab tersebut mestilah tidak mementingkan diri sendiri atau untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang diri sendiri buat.

Antara contoh cheat yang dibolehkan:
Cheat dengan tujuan nak memulihkan hubungan orang yang bergaduh. Contohnya, kawan kita dua orang sedang bergaduh. Kita taknak keruhkan suasana kita cuba 'menipu' agak mereka berdua kembali berbaik. Adakah itu salah?

Antara contoh cheat yang tidak dibolehkan:
Cheat dengan tujuan nak membela diri daripada kesalahan yang terang-terangan kita buat. Contohnya, kita pecahkan pasu bunga jiran kita. Kita menipu kata anak dia yang buat atau tak nak mengaku langsung. Tu kira menipu yang tak boleh la kan?

Kesimpulannya, manusia dah diberi akal oleh Allah untuk membeza mana baik mana buruk. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang. Cheating on people, most people misuse it for their own benefits. Sebab itu orang akan terus pandang serong kepada perbuatan menipu ni kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.RD.
The seventh done, jangan cuba nak belajar menipu pulak lepas ni ye  

Q6: The Person You Like and Why You Like Them

Posted by Mars Laini at 12:59 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah wah wah macam soalan cepumas je ni. Haha macam segan je nak jawab. Like ni sama dengan love ke macam mana? Ke like sekadar suka ke ape? Boleh dikira love la tu kan? Hoihoi ikut tafsiran korang la haha.

1. Papa and Umi
Kalau termasuk dalam kategori person that I like semestinya mak ayah sendiri kan? Kenapa? Hmmm sebab tanpa mereka saya takkan ada di dunia ini cewah! Walaupun kadang-kadang rasa macam annoying jugak tapi yep, my parents are the persons I like. They are caring, loving and give what's the best for me. Tak payah cerita banyak semua orang pun tahu.

2. My best friend, Irna
Ohohoho why I like her soooooo much? Because sometimes it's like she is in my shoes. She knows how I feel and what I feel. She experienced what I'd experienced too. Dan minat kami terhadap books and musics are soooo BIG! And she is also not stingy. The best thing I like is her stories and how she makes me laugh. Haha memang geng sekepala lah!

3. My CBT's friends
Geng gila-gila zaman sekolah sampai sekarang. Im, qis, ten, nab, ana, ibah, and of course irna too. Kalau cuti ke apa mesti plan buat something sama-sama. Picnic ke potluck ke bbq ke. Kalau musim raya pula konvoi ramai-ramai ke rumah kawan-kawan dan sahabat yang lain. Marvelous us!

4. My classmates
Yep.. annoying enough but they are there when I need them sometimes. 

5. My mr.crush
Herrr malu derp.. tapi bleh kira masuk dalam person I like kan.. haha sebabnya? minat yang sama, animes. And both of us are gamers. Haha. Actually I don't really know whether he knew I like him or not. Sebabnya jarang sangat bercakap face-to-face. Pernah bercakap, bila ada kerja or it's like a semester once, something like that. Malu ke camne tak tahu lah. Haha. Sebabnya lagi? There's something about it him that I can see but anyone around us can't. What is it? Don't ask me because I could not explain what is it. Okay done haha.

Dalam hidup sesiapa pun mesti ada orang yang kita suka dan sayang. Tapi bukannya dengan mengharapkan mereka membalas balik rasa sayang kita tu, tetapi diri kita sendiri yang perlu memberi atau manunjukkan rasa suka dan sayang yang tak berbelah bahagi kepada mereka walau mereka tak nampak semua tu. Lama-lama nampaklah tuuu..ehh haha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Sixth. Ku benar-benar sayang.. pada dirimu oh kasihku.. nananana

 

Q5: Five Things that Irritate You about the Opposite/Same Sex

Posted by Mars Laini at 10:57 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Okay kali ni soalan macam direct je, jadi mas pun jawab direct lah.

1. People that want to dominate the others
Ini adalah satu golongan yang mas tak suka lagi-lagi kalau dalam kumpulan. Dia sentiasa nak berada di atas dan emandang rendah orang lain. Dalam perbualan juga, mereka ini nak mendominasi. Pendapat orang lain ditolak ke tepi. Serius mas tak suka. I mean, kadang-kadang kita pun kena dengar pendapat orang lain juga kan. Idea kita pula tak sentiasa betul. Orang macam ni better duduk sorang dia je kalau tak nak bekerjasama dengan orang lain.

2. Tak suka diri sendiri dilayan sebegitu, tetapi melayan orang lain dengan cara tersebut.
Err.. faham tak? Hermm contoh la, ada seseorang yang tak suka diri dipandang rendah oleh orang lain tapi dia sendiri memandang rendah orang lain. I mean, come on la, macam mana orang lain nak respect diri kita kalau diri sendiri pun tak respect orang lain. Mas selalu kena dengan orang macam ni dan biasanya memang mas balas balik dengan 'pedas' sikit. Bagi depa sedar.

3. Orang yang melebihkan kawan yang dia rasa kawan paling rapat dia
Yep. Pernah dengar tak hadis ni "apabila kamu bertiga, maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi, kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai, kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)". Orang ramai tu means orang yang dikenal oleh orang pertama, kedua dan ketiga juga. Dah kalau orang ramai tu orang yang lalu-lalang sekeliling buat apa. Mas paling tak suka orang macam ni (sebab mas selalu jadi yang ketiga) sebabnya bila mereka dah rapat dengan orang yang mereka nak (ada advantage kalau rapat) yang takde apa-apa macam mas ni depa buang ke tepi lah. Bila nak baru cari. Hampas.

4. Orang yang berkawan kerana advantages atau kelebihan.
Bila ada kawan pandai, dalam setiap test atau exam baru nak duduk sebelah. Bila kawan ada kereta, baru nak rapat boleh minta tolong angkut sana-sini. Bila kawan ada duit, mula nak pinjam itu ini. Tapi bila kawan dah takde advantages itu semua, kita pun dia tak nak pandang. Tolak tepi je selalu. Mas paling anti dengan orang macam ni. Berkawan kerana material semata-mata. Friends-of-advantage la katakan.

5. Sepahkan atau guna hak milik mas tanpa kebenaran
Yep. Juga terjadi banyak kali. Bangun pagi barang orang lain atas meja mas. Meja mas dah sedia bersepah dia sepahkan lagi. Siapa tak panas camni. Lagi panas kalau ada orang guna tanpa kebenaran. Kalau benda basic macam buku ke, laptop ke, nak guna reti simpan takpe. Ni sampai tuan sendiri tak jumpa dah kat mana barang dia itu memang bikin gua hot. Lagi-lagi kalau korang balik rumah dengar kawan cakap "mas aku dah makan makanan kau tadi", maunya tak mendidih. Hamboi mana tau kawan kau balik kebulur tengok-tengok makanan dah takde. Nak tengking kang bergaduh  pulak. Tapi bila dah orangnya jenis tak fikir dekat orang lain macam tu la jadinya.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Fifth. Aku pulak mendidih tulis post ni sebab duk teringat kejadian-kejadian yang berlaku tu. 

Saturday, January 25, 2014

Q3: What Kind of Person Attracts You

Posted by Mars Laini at 12:27 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Okay first of all nak tanya, soalan ni merujuk kepada individu yang berlainan atau sama jantina? haha okay okay just kidding. Mas akan jawab for both sides.

Hemmm first of all apa yang menarik minat mas dekat seseorang tu of course, dari sudut pandangan luaran dulu. Wajah dan personaliti. Haha jangan salah faham. I mean, takkan bila tengok seseorang tu kita bleh kenal terus dia tu macam mana kan? Mesti kita kenal dengan tengok rupa dan perwatakan dia dulu. And i'm quite attracted to people with cute and baby-face. "Jambu" lah kalau bahasa orang kita ni.

Next, baru pergi kepada personaliti. Mas suka orang yang boleh buat mas gelak. Ada sense of humor la orang kata. Because me is a bit negative-mind person. So, aura nak buat lawak mas tu kurang nak menjadi lah. Tapi mas suka bila orang lain buat mas gelak terguling-guling. Haha

Person tu akan lagi attract mas kalau dia ada minat yang sama macam mas. For the basic, anime and game! Yeah me is a hardcore. Mas susah nak cari orang yang sama minat dengan mas. Mostly my classmates are korean fangirls or football maniacs. Mas tak tahu nak kongsi rasa minat mas dengan siapa. Jadi, kalau jumpa geng sekepala memang orang itu akan jadi attraction bagi mas macam magnet.

People who have the same condition and feelings as me too are also attracting me. Sebab mas rasa macam orang seperti ini akan memahami mas sebab mereka juga melalui apa yang mas lalui. Mereka takkan pandang rendah kalau mas jatuh. Yea.. a bit like that.

A person whom I can share everything with. Orang kata tak elok cerita semua benda dekat orang lain. Kita tak tahu siapa betray kita nanti. But for me, memang akan ada seorang yang akan dengar apa yang mas nak cerita. And that person, yes, attracts me.

People who give me their attention. Yes! They also attracts me. Haha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
three 

Friday, January 24, 2014

Homemade Oreo Ice Cream

Posted by Mars Laini at 11:55 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Holidays kali ini teramatlah sejuk. Kota Bharu dikatakan berada pada suhu 20 darjah celcius (papa yang cakap). Memang sangat sejuklah. Air dalam bilik mandi pun tak kira masa pagi, petang, malam dah macam mandi dengan air batu yang dicairkan. Sejuk yang amat!

Tapi kesejukan ni tak membatasi rasa nak makan benda sejuk. Contohnya? Aiskrim!! yeah! Hari tu teringin nak makan aiskrim buatan sendiri. Homemade lah orang kata. So, mas search resepi dia kat internet. Cari yang paling simple mas boleh buat.

Bahan:
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
biskut oreo
1 tbsp ovalette
1 biji telur
esen vanila sikit

Cara:
1. Blend semua bahan kecuali biskut oreo
2. Habis blend, letak adunan tu dalam bekas
3. Hancurkan biskut oreo dan gaul dengan adunan tadi
4. Letak dalam peti sampailah aiskrim tu beku

Haaa senang kan? Hehe. Mas buat sikit je mula-mula sebab takut tak menjadi. And it turns out like this.

Yay! Alhamdulillah menjadi. Adik dengan umi mas suka sangat sampai tak cukup sebekas mas buat tu. Dan terpaksalah buat sebekas lagi. Hehe happy bila tengok orang lain makan air tangan yang kita buat :)

Awak awak boleh try di rumah >_<

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
boleh diubah ikut citarasa masing-masing

Q2: How have You Changed in the Past 2 Years?

Posted by Mars Laini at 2:49 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Well, how do I changed in the past two years? Hmm I don't think I have changed a bit. Two years backwards was the first time I entered college.

Ya, mungkin ada sedikit perubahan. Sebelum ni tak pernah berpisah dengan mak ayah tiba-tiba masuk universiti. Semua kena buat sendiri. So, I'd turned from mommy's and daddy's girl to an independent woman now. Semua dah boleh buat sendiri sekarang, masak, drive, basuh baju, all I did myself.

Then the next thing is, I've become overly attached to my gadgets especially my laptop. Start bila dah dapat laptop sendiri dan masuk pulak course computer science in degree, makin-makinlah laptop tu jadi macam best friend. Dan bila dah ada laptop ni, gamer mode yang dulunya dah berenti kini kembali. Lagi-lagi kalau ada orang trigger kan.. hehe

I started to hate nuts! Yeah.. masa kecik-kecik suka sangat makan kacang. Mungkin gigi masih suci dan kuat masa tu. Sekarang ni kalau makan je memang susah nak keluar bila melekat celah-celah gigi even lepas berkumur pun. Dan jika itu berlaku, I'd take all day to get rid of that thing out of my precious tooth (me is not really having good memories with dentists). Dan start daripada itulah, i will not let nuts to pass through my mouth. Kalau lembut macam kacang merah ke takpe lagi. Kacang tanah? Out!

I'd also become too open with people I'd get along with. Yea, ada seorang kawan yang bagi nasihat supaya kurangkan habit begitu sebab tak semua orang boleh dipercayai. That's my problem nowadays. Mudah sangat cerita kat orang apa-apa je. But not others secrets la. Cerita tu I means about myself or my family or my feelings or anything about me. I'm trying really hard to control this one.

Sebenarnya nak berubah ke tak tu atas individu tu sendiri. Orang lain paksa pun kalau kita sendiri tak nak tak boleh juga. Tapi apa yang kita boleh pilih ialah nak berubah jadi baik ke buruk? Pilihan di tangan kita semua. Moga-moga kita berubah kearah kebaikan lah hendaknya.. insyaallah :)

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
two done then :D 

 

Thursday, January 23, 2014

Q1: Weird Things You Do When You're Alone

Posted by Mars Laini at 12:25 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Wow the first question makes me think a lot how to answer it. Because actually I don't really have weird things I'd do when I'm alone though. But well, I'll just describe some random things here.

1. Makan apa saja yang berkenan di mata.
Yeaa.. that's me. Bila duduk seorang diri what I think first is about food. Sweet things mostly. So, mulalah raid peti ais atau almari kat rumah untuk cari something yang boleh buat mulut ni ringan untuk mengunyah. Aiskrim, chocolates, nuggets, fries, biscuits dan lain-lain semua masuk mulut. Not weird enough I think coz I know people also do that.

2. Tweeting
Twitter seems so addicting to me since I know how to use it. Lepas tu bila papa belikan android makin menjadi-jadi perangai ni. Kalau handphone dan line wifi ada bersama, memang semestinya twitter akan dibuka. Walaupun benda entah apa-apa tapi yes, I still post something. Haha

3. Daydream of something impossible
Me is a karate master? Yes. I'm a ruler of some imaginary kingdom? Yes. Me is the best student in every subjects? Yes. My crush likes me too? Yes. In my imaginary world haha. Kekadang daydreaming camni bleh buat aku doze off or something like, terleka sekejap. Syok sangat berangan walaupun benda tu tak pernah terjadi haha.

4. Go round and round while listening to music.
Yeah my feet just can't only sit when my headphones is on. I'll keep go round and round and round while listening to the music. Incredibly I don't feel tired at all. Sometimes it's embarrassing when my parents or friends caught me doing this thing because they think I'm dancing while listening to the music. Well! I'm not! And I'm not a pretty good dancer either.

I think that's all that I can think off. Biasalah tak banyak sebab aku ni bukannya manusia yang pelik mana pun. *Rasanya lah haha*

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
One done 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea