Sunday, May 12, 2013

Bicara Abrar Dean List ⊂ Deen List

Posted by Mars Laini at 1:06 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

Malam semalam mas pergi satu talk yang dianjurkan oleh bebudak Financial Math Tahun 1 ni. Tajuknya sama seperti yang tertera di atas ye. Hehehe

Ramai gila orang. Sampai duduk atas tangga bagai. Mas pon sempat la jugak mempertahankan hujah dengan sorang budak perempuan ni. Tempat asal mas dah cop siang-siang lagi, tetiba dia mai letak beg dia pastu sesedap rasa kata tu tempat dia. Tak nak berganjak abis pula tu. Mas pun apa lagi, bangun pastu pergi duduk dekat rabi kat barisan paling belakang.

Takpe, aniaya orang. Esok-esok dia pulak yang kena. Berbalik kepada cerita asal. Cerita pasal talk ni. Panel penceramah seperti yang anda lihat dalam gambar diatas ialah Ustaz Don Daniyal dan Daie Azam al-kankari.

Ustaz Don bawa isteri dia. Perghh sweet sangat kot. Bicara kali ni pasal ilmu. Banyak juga input yang kitorang dapat. Tak larat nak cakap, tak larat nak gelak. Macam-macam aksi dan lagak yang mencuit hati kitorang sume. Hahahaha

Kadang-kadang cara penyampaian tentang apa yang kita nak sampaikan tu penting. Kalau nak bagi orang dengar apa yang kita cakap, ada cara dia, ada kaedah dia. Takdelah boring kan.

So, harapnya, ada banyak lagi talk yang macam ni di masa akan datang. FM students, you all are daebak! Great work guys! :D

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Dak ISA plak, bila kita nak buat program yang hebat camni? =_______=
 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea