Sunday, September 15, 2013

Rain

Posted by Mars Laini at 11:30 PM
Reactions: 
0 comments
Rain
So earthy and plain
So pure and untouched
Why is this happened to me?

Rain
I want to be just like you
So cool
But yet gives calmness
Every single drop of you
Contains secret message that are untold


Rain
I wish to be you
Fall on the earth, on the people
To touch their skin, their deepest heart
To know I they feel
Is it the same way as I am?

Rain
Wash away my worries and pain
Let go of my tears and cry
I want to be like you
Becoming yourself

Rain
Touch my deepest soul
Flow with my tears
As I dance with you
Tell the stories of the untold

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
mood: broken inside 

Thursday, September 5, 2013

To Become a Tougher Me

Posted by Mars Laini at 11:38 AM
Reactions: 
2 comments
Assalamualaikum..

Fuhh fuhh dah berapa lama blog ni bersawang. Harap maaf readers, mas tak sempat nak update apa-apa. Sibuk main game dan jadi surirumah berjaya cuti-cuti ni. Hewhew.

Well september yang menjelma ni bakal menjadi langkah baru untuk mas memulakan tahun kedua mas di usim. Sebelum-sebelum ni dua semester di tahun satu dah banyak yang dilalui. Pahit manis dalam belajar, alah bisa tegal biasa.

Mas kerap jatuh dan luka dalam proses menimba ilmu ni. Tanpa sokongan family dan kawan-kawan, susah mas nak bangun semula. Memang nak jadi kuat tu susah. Kuat luaran, semua orang boleh buat. Kuat dalaman? Tepuk dada tanya iman.

Mas belum punya kekuatan dalam diri. Susah nak jadi kuat. Betul. Tapi still berusaha untuk mencapai ke arah itu. Jatuh bangun. Jatuh bangun lagi. Luka banyak mana, sakit banyak mana memang diakui susah untuk bangun semula. But what choice we have? Duduk disitu dah biarkan luka itu mengalirkan darah? Atau bangun semula dan cari penawar untuk hentikan darah itu?

Buka semester baru, tahun baru dalam kehidupan kampus ni mas harap kita semua makin matang dan kuat dalam menuju alam yang makin mencabar ni. Note to myself juga. 


Friends, I hope we will always stand hands by hands, shoulders by shoulders in this tough journeys to find knowledge. Kawan jatuh tolong dia bangun balik. Bila berjaya, sama-sama berjaya. Kita tak tinggal sesiapa di belakang. Okay? :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
I hope to become a tougher me next time. Pray for me, pray for us :')

Saturday, June 22, 2013

'Mermaid Mars' at PD

Posted by Mars Laini at 7:42 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

A night without sleep but still a useless me. Satu malam tak tidur sebab nak buat coding game Mastermind. Tapi mas tak membantu sangat pun. Hanya mereka yang bijak pandai dalam group mas yang mampu buat. Mas ni cuma tengok je dari tepi. Huhu. Akibat tak tidur semalaman, pagi esok semua jadi zombie. Effect dia kat semua orang, perghh.

Petang tu, walaupun letih tak tidur, mas dengan roommates serta roommates jiran depan pergi Post Dickson. Alasannya nak release tension sama-sama sebab lepas ni dah tak duduk kk1 bersama dah. Sobs sobs. Sedih pulak. So, dengan dua buah kereta kami pun bertolaklah ke sana.

bersama roommates tercinta
Sampai je terus kecebur dalam air diorang ni. Tak sabar-sabar semua ha. Hahaha. Mula-mula diorang main banana boat. Oleh kerana mas tak reti berenang dan takut tenggelam, mas teman zati je dalam motobot yang tarik banana boat tu. Yang lain, kak tirah, kak waina, kak nida, kak min, nai dan atin semua naik banana boat. Hahaha.

Masa mas kat dalam motobot tu. Rasa cam best pulak. Hilang kejap rasa sedih dan masalah tu. Abang tu bawak laju gila. Air laut tu dekat je dengan mas dan rasa tempias dia. Tetiba rasa cam mermaid pulak. Ahahaha perasan la mas ni :p

Nampak diorang jatuh tenggelam dalam air bila nak sampai pantai tu memang kelakar. Hahaha. Terbalik abis banana boat tu. Lepas abis tu, kami main-main air kat pantai tu jela. Sekali diorang bawak mas pergi kat area yang mas tak cecah kaki (maklumlah pendek), tenggelam timbul macam nak lemas. Masa tu mas fikir "aku ada 3 paper lagi tak jawab!!". Apa lagi ditariknya zati yang ada depan mas ni. Sampai dia tenggelam sama. Hahaha

keadaan bila masing-masing dah mula berjimba
Mas main sekejap je sebab air laut yang masin tu mula buat muka mas panas dan bibir merekah. Nasib baik nai pun tak nak main lama-lama jadi kami berdua pun pergi membersihkan diri dulu. Tinggal bebudak lain yang macam tak pernah jumpa air laut tu main.

Pastu pergi makan kuey tiow kungfu dengan nai. Serious, sedap sangat. Hehe. Lepas tu kami pergi solat maghrib dan makan malam barulah balik. Sebab dah tahu jalan balik, maka mas tinggalkan akak kat belakang. Driving like a boss. Hahaha.

Mungkin ini masa last kami semua bersama. Lepas ni mula membawa haluan masing-masing. Mungkin dah tak jumpa. Haish sedih la pulak. Tapi dengan memori yang ada, ukhuwah kita yang terjalin takkan putus selamanya. Sobs sobs. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Lagu tema post ni, Cebisan Kenangan- Amar

Sunday, May 12, 2013

Bicara Abrar Dean List ⊂ Deen List

Posted by Mars Laini at 1:06 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

Malam semalam mas pergi satu talk yang dianjurkan oleh bebudak Financial Math Tahun 1 ni. Tajuknya sama seperti yang tertera di atas ye. Hehehe

Ramai gila orang. Sampai duduk atas tangga bagai. Mas pon sempat la jugak mempertahankan hujah dengan sorang budak perempuan ni. Tempat asal mas dah cop siang-siang lagi, tetiba dia mai letak beg dia pastu sesedap rasa kata tu tempat dia. Tak nak berganjak abis pula tu. Mas pun apa lagi, bangun pastu pergi duduk dekat rabi kat barisan paling belakang.

Takpe, aniaya orang. Esok-esok dia pulak yang kena. Berbalik kepada cerita asal. Cerita pasal talk ni. Panel penceramah seperti yang anda lihat dalam gambar diatas ialah Ustaz Don Daniyal dan Daie Azam al-kankari.

Ustaz Don bawa isteri dia. Perghh sweet sangat kot. Bicara kali ni pasal ilmu. Banyak juga input yang kitorang dapat. Tak larat nak cakap, tak larat nak gelak. Macam-macam aksi dan lagak yang mencuit hati kitorang sume. Hahahaha

Kadang-kadang cara penyampaian tentang apa yang kita nak sampaikan tu penting. Kalau nak bagi orang dengar apa yang kita cakap, ada cara dia, ada kaedah dia. Takdelah boring kan.

So, harapnya, ada banyak lagi talk yang macam ni di masa akan datang. FM students, you all are daebak! Great work guys! :D

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Dak ISA plak, bila kita nak buat program yang hebat camni? =_______=
 

Tuesday, April 9, 2013

Ienai Kara (Because I Can't Say It)

Posted by Mars Laini at 11:12 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

Cuti yang tak berapa nak cuti. Asyik layan lagu dengan anime je. Mood bermalas-malasan la nak dikatakannya.

So, ada la berapa hari ni duk dengar satu lagu anime ni. Lagu ni dari anime Puchi Purii Yuushi (Petite Princess Yucie), anime time zaman muda-mudi dulu. Hehehe. Lagu ending dia bertajuk Ienai Kara. Lagu dia santai & slow motion. Maka tergeraklah hati nak baca dia punya translation.

Huh! Memang kena dengan apa yang aku rasa sekarang ni. Hahaha ToT. Apa boleh buat. Orang kata songs are the words we can't express, betul tak? Apa pun meh kita intai sejenak translation dia kat bawah ni.

 No matter how many times I hear that gentle melody,
I am always enveloped by the same happiness.

 Every day I felt that there was something missing,
until, by chance, I met you.

 Those feelings that day, I can bring to mind anytime,
Even on rainy nights, even in my dreams; anytime at all.
But the words I want to say, I can't say them unreservedly
so I put them away in my chest, for just a while more.

 The words you spoke were soft,
wrapping me like the wind.

 Somehow, just with you at my side,
I feel that can do so many things.
Because you gave me the strength to make any kind of dream come true,
I'm just able to look straight ahead and start walking.

If we could be together
until the day I can say those words...

 Those feelings that day, I can bring to mind anytime,
Even on rainy nights, even in my dreams; anytime at all.
But the words I want to say, I can't say them unreservedly
so I put them away in my chest, for just a while more.

 Just looking straight ahead,
let's walk together.

Hehe best kan? Faham tak rasa-rasa apa yang lagu ni cuba sampaikan? Kalo faham, bagus! hehehe. Sesiapa nak nyanyi ikut lirik asal boleh pergi kat http://www.animelyrics.com/anime/puchipuriyuushi/ienaikara.htm nyanyilah puas-puas. Hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
mood sentap lah pulak ToT  

Wednesday, March 13, 2013

Best Birthday Ever!

Posted by Mars Laini at 6:46 PM
Reactions: 
4 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas oleh Allah di bumiNya. Semoga 20 tahun kurniaan daripadaNya ini membolehkan mas berusaha untuk menjadi seorang anak soleh, pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang tawadhuk, insyaAllah :')

Kali ni mas sambut ulang tahun hari lahir dekat kampus sekali lagi. Kali ni memang tak sangka, extraordinary, dan sangat special. Terharu ada, sebak pun ada.

Hari selasa 12/3/2013:

Kawan-kawan sekelas ajak mas keluar. Nak belanja makan malam katanya. Maka kami pun bertolak la ke sebuah restoran berdekatan dengan Bandar Baru Nilai. Still tak syak apa-apa sebab mas tahu, diorang memang dah tahu hari ni birthday mas. Normal la kalau diorang kata nak belanja kan.

Sekali bila duduk je kat meja yang disambung sebanyak 3 buah just untuk kelas kitorang je, diorang letak kek sebijik depan mas. Secret Recipe punya chocolate indulgence. Perghh... kat situ jugak rasa macam nak burst into tears. Terharu sangat-sangat.

Siap ada tukang baca doa lagi (shifi). Hahaha. Serius, tak pernah ada orang sambut birthday mas camni. This one is really special one. Malu kejap bila diorang suruh potong kek bagai. Ambil gambar bagai. Rasa macam artis kejap. Ahahaha :p

Oleh kerana mas tak berapa sihat, so, makan pun tak habis. Nasi dengan tomyam yang sedap tu mas hanya makan suku je. Tak luak pun. Kek pun makan tak ada rasa. Tersangatlah sedih.

Well, malam tu juga dapat hadiah yang mas tak pernah dapat seumur hidup ni. Rasa macam..... waahhh!!!! bestnya!! 

redstar from anis, nama dia miss mochi ^^
saber's art from syafiq :D
Rasa macam... weeeeeee!!!!! I truly like both of it! ^^

Sebenarnya, dalam kita duk happy happy sambut birthday ni, kita kena ingat. Bila bertambahnya umur kita, maka makin dekat kita dengan kematian. Bila Allah bagi peluang untuk kita hidup sampai sekarang, rasa pengalaman pahit manis kehidupan, ajar kita erti kesusahan dan kesabaran, semua tu ada hikmahnya.

So kawan-kawan, hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Allah sentiasa bagi apa yang perlu dan apa yang terbaik untuk kita. Have faith on Him :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
wish from other friends to me: semoga panjang umur, murah rezeki, pandai dan cemerlang dalam pelajaran, dapat jodoh yang terbaik.. ececece.. hehehe thanks you all, May Allah bless us always! :D
 

Friday, March 8, 2013

Sahabat

Posted by Mars Laini at 12:07 PM
Reactions: 
0 comments
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
thanks a lot kawan :') 

Thursday, March 7, 2013

I Miss The Old Me

Posted by Mars Laini at 8:31 PM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum...

I miss the old me...
The me who always laugh truly of my friends jokes
Not the one who plaster the plastic smile on my face

I miss the old me...
The me who always being happy with this life
Not the one who become more and more pathetic

I miss the old me...
The me who can tell all the problems to the trusted friends
Not the one who hide in sorrow and darkness

I miss the old me...
The me who can love everyone and anything she likes
Not the one who is limiting her love by herself

Truly.Truly.Truly

I miss the old me.

Please.Please.Please.

Come back to me please.

I'm missing you a lot "The Old Me".

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
this time i have to start being the one i have been before. the old me. 

Saturday, February 9, 2013

Small Reunion of 5SC2 Batch 2010

Posted by Mars Laini at 10:58 PM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni tersangatlah best kerana kami, geng 5SC2 ada buat reunion kecil-kecilan. Kat mana lagi kalau bukan di KB Mall. Tempat asasi sejak azali. Hahaha

Asalnya mas tak pasti nak pergi ke tak sebabnya takde transport. Last-last suruh umi mas juga yang hantar. Alang-alang tu ambil irna sekali on the way nak ke sana.

Sesampainya di sana mulalah bergerak ke food court. Tempat berjumpa. Yang datang cuma Fiq, Scha, Im, Huda, Fatini, Fadhlin, Irna dan Mas je. Yang lain semua tak dapat datang. =.=

Pastu ramai-ramai pergi menjamu selera dekat Noodle Station. Tempat biasa juga. Takde tempat lain dah. Hahaha. Habis makan je, semua dah pakat nak balik dah. Siap berpesan-pesan bagai diorang ni.

*Nak bertunang ke kahwin ke bagitahu la ye*

*Belajar elok-elok la semua*

Mas dengan irna still berlegar-legar lagi kat KB Mall. At last duduk dekat food court bergosip. Hahaha. Ehem :D

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
tagline kami still sama macam dulu. 5SC2 menggegar dunia :)
 

Monday, January 28, 2013

SEA Dragon Nest

Posted by Mars Laini at 11:50 AM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum...

Cuti dah mula start. Ramai yang buat hal sendiri kat rumah kan. Contonhnya? Masak? Kemas rumah? jaga anak jiran sebelah? tidur? Hehehe. Mas pun goyang kaki je. Nak masak? buka peti sejuk, nothing in it. Ayah mas dah beli siap-siap. Nak kemas rumah? sorang-sorang alamatnya pengsan la nanti. Hahaha

Okay jom mas cerita sikit pasal satu game. Online game. Diperkenalkan oleh seseorang kepada mas. Hehehe. Nama game ni SEA Dragon Nest. Yeaa...

Mula-mula memang mas tak tau nak main macam mana. Hatta nak sign up macam mana pun terpaksa tanya dia juga. Tak perlu mas panjangkan siapa dia itu di sini ya. Secret identity. Hehehe. Bila semua dah siap sign up, mas mula la buka balik folder yang dia bagi hari tu. Folder yang mengandungi semua pasal game ni.

Try buka first time, mas macam WAAAHHHH!!!! fascinated gila dengan dia punya graphic yang cantik. Karakter dia pun comel-comel. Hahaha geram tengok. Mas pun pilih karakter. Mas amik yang Academic sebab nampak comel sikit. Nak ambil yang Sorceress seksi sangat la pulak =.=

So, start main. Oleh kerana mas ni jenis lampi lagi nak kawal key, masuk-masuk je terus kena belasah kaw-kaw. Huhuhuhu. Dia gelak-gelak je bila mas cakap mas kena belasah. Huhu. Last-last dia masuk sekali main.

Agak malu disitu ye sebab bila dia dah masuk, dia punya karakter duk sebelah mas punya karakter. So, dia nampak semua apa yang karakter mas buat. Ada time mas tersilap masuk dalam kedai mana tah.

Dia: Eh eh mas nak pergi mana tu?
Mas: Alamak silap jalan.. huuuu =.=
Dia: Hahaha arrow kau belah mana dia nak?
Mas: Sebelah kanan atas
Dia: Haa.. dah-dah jom ikut aku

So, terpaksa la ikut dia. Nak buat macam mana dah tak reti main lagi. Ikut jela belakang dia. Dia siap party bagai lagi dengan mas pastu sama-sama main quest. Dah la mas ni tak reti. Bila masuk je quest, tak tahu nak buat apa, berdiri je kat situ. Dia yang tolong belasah semua monster tu =.=

Dia: Ape lagi mas, pukul la monster tu
Mas: cane nak buat ni?? huuuu =.=
Dia: Tekan mouse cepat.. kacang je monster ni

Memang la kacang dah mas ni baru level 1. Dia dah level 50 kot. Haihh la.. Dah la gaya mas lawan monster tu macam horrible gila. Mesti dia tengah gelak sorang-sorang. Huhuhu.

At last, dengan bantuan dia, barulah clear quest tu. Mas yang penat main. 

Dia: dah siap jom balik mas
Mas: haaaa??

Terus mas di teleport masuk balik perkampungan tempat takde monster. Mas macam.. errrr.... malunya!! Malu yang amat sebab tak pandai main. Hahaha. Dia kata kalau nak main, main yang senang je kalau solo. Yang tadi memang susah sebab kena ada party member bagai. Hahaha

Tapi serius game ni memang best. Mas cuma harap mas tak addict je. Tak reti main lagi takpe. Bila dah pandai pasni, tak pandang kiri kanan dah bila main. Hahaha. Terima kasih kepada dia kerana ajar mas main. Hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
oh ya.. game ni membolehkan pemainnya chat antara satu sama lain. so, dah tak payah keluar masuk game nak tanya dia, chat je kat dalam game tu.. hehehe terbaekk :)
 

Thursday, January 3, 2013

Love, Intelligence, Freedom

Posted by Mars Laini at 6:37 PM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum...

Fuhh fuhh selesai sudah exam arab dan english. Tinggal lagi dua paper iaitu C Programming dan Statistics.Subjek yang bakal buat mas pening lepas ni. Huhuhu

Well, how's your new year? Baik? Alhamdulillah praise Allah :). Beberapa hari lepas mas terbuka facebook dan dalam page Manga Fox ada sesuatu yang menarik perhatian mas. Benda itu ialah benda di bawah ini:

Yeah, the first three words you see will come to you in 2013. Mas dapat love, intelligence dan freedom.

Ketiga-tiga benda yang mas sangat-sangatlah berharap mas ada dalam hidup ni. Rasa macam tak percaya pulak. Hahaha. Ehem.. tapi kita tak boleh percaya 100%. Semua itu datang daripada usaha kita dan pemberian daripada Allah kan.

Apa pun benda ni tak berhenti buat mas tersenyum sepanjang hari. Positive things make you smile :).

Love:
Bukannya mas tak dapat love yang cukup. Semua dah bagi love nya pada mas iaitu, family dan kawan-kawan. But i am wondering what type of love do i will get in this 2013. Haha. But I really hope i get more love from Allah. The most pure love is from Him InsyaAllah :)

Intelligence:
I truly want to be intelligent in everything i learn and everything i decide. Tapi sekali lagi, itu hak Allah dan usaha mas sendiri untuk dapatkannya. Insyaallah i will try my best to get this intelligence :)

Freedom:
Yeah! Mas nak kebebasan. Kebebasan bersuara. Dimana mas boleh share apa mas nak tanpa rasa broken heart. Boleh pergi kat mana je mas nak. Boleh tinggal sorang-sorang dan alami kedamaian ini. Freedom! I will go for you!

Apa yang kita nak kita kena usaha untuk mendapatkannya. Hatta nak makan sekalipun, kalau malas pergi beli makanan, malas suap masuk mulut sendiri, memang tak dapat makanlah jawabnya kan. Tiada kejayaan yang datang bergolek.

Selamat berusaha kawan-kawan! Jom berusaha sama-sama! Ganbatte!!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
study study study
 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea