Sunday, August 2, 2015

The Raya 2015

Posted by Mars Laini at 10:37 PM
Reactions: 
0 comments
Assalamualaikum..

Masih lagi dalam bulan Syawal dan ada lagi yang masih menyambut Aidilfitri serta berkunjung ke ruma-rumah terbuka saudara mara dan kawan-kawan bagi mengeratkan silaturahim. Post kali ni aku rasa nak cerita pasal suasana raya tahun ni hoihoi.

Serius nak kata, aku rasa hambar sikit raya tahun ni. Tak tahu kenapa. Rasa first tu pun dah rasa nak sambung tidur, kah! Mungkin sebab tak ramai orang datang rumah dan konvoi raya seperti tahun-tahun lepas tak berjalan. Masing-masing dah busy. Ada yang raya kedua ketiga dah kena kerja balik, pergi kelas balik. Plus mungkin bila umur dah meningkat ni suasana raya dia lain kot. 

Dalam seminggu lepas raya tu baru bebudak ni buat open house semua. Bebudak tu means kengkawan aku la. Kenduri kendara kawan mak ayah aku pon banyak lepas tu. Ada sampai satu minggu tu direct aku pergi kenduri dengan open house. Pehh alhamdulillah makan free :D

Peneman umi pergi kenduri selalunya aku la sebab adik-adik aku yang lain jenis malas nak keluar rumah. Terperap je tengok tv. Tahun ni dialog makcik-makcik tu lain sikit. Tahun lepas diorang tanya aku tingkatan berapa kahkah! (sebab makcik tu kata aku ni rendah), sekolah kat mana (sekolah uni makcik *sengih*). Tahun ni diorang tanya umur berapa, tahun berapa, dah ade orang ke (ehem). Sebetulnya aku kalo pergi kenduri takdelah nak cakap banyak. Sekadar teman umi & makan pastu diam (sebab rasa tak elok nak jampuk cakap orang tua). Tapi aku respon je kalo makcik makcik tersebut tanya pape. Takdelah sombong giteww.

Open house kengkawan pun banyak. Open house memula rumah meknik dia masak nasi ayam khas untuk kitorang je sebab dia tak panggil orang lain. Kira kawan rapat dia jela. Dah pas dah masak nasi ayam tu dah boleh kahwin dah meknik oi haha (ehh). Esoknya rumah mizah, classmate masa sekolah menengah dulu. Kengkawan kelas dulu pon ada datang rumah dia kiranya macam mini reunion kitorang la. Sedap gilos mak dia masak laksa kemboja, dan paling best skali popia vietnam mak dia buat pehh!! 3 batang aku bantai sorang haha. Pastu bila naik atas penimbang mula nak meroyan. Sempat lagi mizah ni bergurau "mas ni rumah dekat je dengan rumah kita tapi tak pernah datang". hahaha memang la dah aku tak tahu rumah dia dekat ngan rumah aku. My bad >_<

Esoknya lagi rumah si balqis aka mekqis pulak. Geng The Chemicals best friend mesti kena pergi maka aku pergilah juga. Sama macam meknik, mekqis ni pon ajak kawan-kawan jiran-jiran orang dekat je. Cheesecake akak dia buat sedap amat tapi masuk haritu aku dah mula demam & selsema aku tak makan banyak sangat kat rumah dia. Naik ulcer kat lidah. Slow sikit aku melantak hari tu. 

Then the next week nya pulak rumah Im. Peh masa ni dah sihat maka aku melantak balik. Dah la im masak sedap-sedap. Banyak pula tu makanan dia buat. Laksa penang, laksa kelantan, mee/kuetiew sup, soto, sate, nasi impit, roti jala, kuzi. Dessert pula chocolate cheese cake, victoria sandwich cake, cocktail. 3 round aku bangun amik makanan haha, takleh beat kawan aku yang lain ade sampai 6 round! Makan makan makan sambil gosip gosip. Maklumlah yang lain pun ade si irna, meknab, mekqis, meknik pun ada sama. Makin menambah perasa gamaknya.

Mak si Im ni pon dah tanya gurau gurau giliran sape dulu naik pelamin tahun ni. Cehh bebudak ni bila sembang pasal kahwin, kencang! Hahaha. Masa salam nak balik dah tu, mak dia siap cakap "tahun depan datang berdua dengan orang lain lah pulak ye korang semua" hahaha yelah makcik. Kawan-kawan aku yang dah berpunya ni takpe insyaallah rezeki diorang ade la yang datang berdua raya tahun depan kihkih. Aku? Takpelah aku bagi kawan-kawan aku dulu. Nak kena abiskan degree ni dulu. Diri sendiri pon tak terurus cano ai nak urus anak orang lain hewhew. Ada rezeki, ada jodoh, ada lah tu.

Takat tu je last open house aku pergi. Pastu rasanya dah takde dah pasni semua pakat nak balik kerja dah. Tapi aku boleh cakap, mungkin tahun ni tahun last aku beraya as student degree (tahun depan mesti dah kerja), dan kalau rezeki sambung Master kat mana-mana insyaallah status jadi student balik. Hihi insyaallah ameen :)

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
di hari raya, terkenang daku kepada si dia, kampungku indah nun jauh disana, ayah serta bondaku :) selamat hari raya aildilfitri, maaf zahir dan batin. 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea