Friday, January 24, 2014

Homemade Oreo Ice Cream

Posted by Mars Laini at 11:55 PM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Holidays kali ini teramatlah sejuk. Kota Bharu dikatakan berada pada suhu 20 darjah celcius (papa yang cakap). Memang sangat sejuklah. Air dalam bilik mandi pun tak kira masa pagi, petang, malam dah macam mandi dengan air batu yang dicairkan. Sejuk yang amat!

Tapi kesejukan ni tak membatasi rasa nak makan benda sejuk. Contohnya? Aiskrim!! yeah! Hari tu teringin nak makan aiskrim buatan sendiri. Homemade lah orang kata. So, mas search resepi dia kat internet. Cari yang paling simple mas boleh buat.

Bahan:
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
biskut oreo
1 tbsp ovalette
1 biji telur
esen vanila sikit

Cara:
1. Blend semua bahan kecuali biskut oreo
2. Habis blend, letak adunan tu dalam bekas
3. Hancurkan biskut oreo dan gaul dengan adunan tadi
4. Letak dalam peti sampailah aiskrim tu beku

Haaa senang kan? Hehe. Mas buat sikit je mula-mula sebab takut tak menjadi. And it turns out like this.

Yay! Alhamdulillah menjadi. Adik dengan umi mas suka sangat sampai tak cukup sebekas mas buat tu. Dan terpaksalah buat sebekas lagi. Hehe happy bila tengok orang lain makan air tangan yang kita buat :)

Awak awak boleh try di rumah >_<

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
boleh diubah ikut citarasa masing-masing

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea