Wednesday, February 25, 2015

Black Swan

Posted by Mars Laini at 3:03 PM 0 comments
Once, I too was a black swan
Alone in the middle of the lake
The only friend I got is the moon
Reflected on the water

Once, I too was a black swan
Forgotten by those white ones
With a thought that I will remain black
And all alone
For eternity


Once, I too was a black swan
Flapping my lonely wings in the dew of the isolated forest
Gazing the mirror water with tears in my eyes
Shattered, my heart was shattered into pieces

Once, I too was a black swan
But if the darkness come again and wash me away
Would you stay and tell me its going to be okay?
Or would you like the others? Slowly drifting away

If I lost in the blackness again
Would you come and drag me out of there?
Of the dark labyrinth once I was in
Or would you just let me drown
Into those black lake and being forgotten again


Written by Marslaini,
3.02PM, Feb 25

Friday, February 20, 2015

Roti Titab

Posted by Mars Laini at 8:54 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Okay entry kali ni nak cerita pasal sejenis makanan yang bernama roti titab. Haaa kalau datang kelantan, roti titab ni famous sebagai menu breakfast dekat kedai yang bernama Kopitiam Kita. Aku tak pernah makan roti ni kat situ, cuma dengar kawan-kawan yang pernah makan je cerita.

Alkisah dipendekkan cerita, aku terbuka cerita pasal roti titab ni dalam kereta on the way nak balik rumah. Encik ayahanda tercinta pun macam tertarik dan immediately suruh balik rumah buatkan untuk dia walaupun dia sendiri tak tahu bagaimana rupa sebenarnya roti tersebut.

So petang tadi aku pun acah-acah la try buat sebab encik ayahanda nak makan. Resepi pun aku main google je (sebenarnya aku google cemana nak buat telur separuh masak yang perfect). Okay instruction dia seperti dibawah:

Bahan:
Roti slice (jenama ikutlah apa-apa pun)
Telur (ikut berapa banyak korang nak makan)
Mentega/Marjerin
Kaya

Cara:
1. Sapukan mentega/marjerin kat roti, letak dalam toaster then ching! tunggu dia melompat keluar haha (atau korang bakarlah roti tu ikut cara korang suka)

2. Jerang air agak-agak air tu bila kita letak telur, telur tu tenggelam. Jerang sampai air tu menggelegak then tutup api.

3. Immediately, letak telur dalam air tadi. Letak slo-slow tau sebab air dah panas takut affect telur tu. Masa sangat penting kalau nak telur separuh masak tu jadi perfect. Aku set masa selama 7 minit then terus angkat telur keluar.

4. Letak kaya dekat 4 penjuru roti yang dah dibakar tu (aku letak lebih sikit sebab encik ayahanda suka kalau manis sikit).

5. Pecahkan telur tadi kat tengah-tengah roti.


tadaaaaa
Tudia roti titab dah siap. Korang boleh saja alter resepi tu ikut kesukaan masing-masing. Yang penting, encik ayahanda suka roti ni! Yeayy!! First attempt success!! Hehehe

Boleh pakat try cuba di rumah ye.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
roti ni buat minum petang or makan bebila pun boleh, tak semestinyatime breakfast saja :)

The Splendid Schooldays

Posted by Mars Laini at 12:13 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Okay tetiba rasa nak mengimbau balik kenangan zaman sekolah dulu. Ketika aku sedang membelek-belek belog cik nadia amran dan cik irnasofia tetiba terbuka post-post lama diorang yang bercerita pasal kenangan kami zaman sekolah dulu. Maunyaaa tak rinduuu.. rinduuu sangattt!

Semua kisah kami bermula di satu tempat bernama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Yeah kalau diingatkan aku tak sangka dapat kawan-kawan yang dari dulu sampai sekarang ni bertahan. 10 years and still counting insyaallah until jannah.

Masih teringat dulu kalau hujan habis basah baju. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi kantin ke, library ke, makmal ke, memang redah & main hujan tu perkara biasa bagi kami. Kekadang air sampai masuk banjir dalam kasut tapi nak buat cemana, kena redah juga. 

Ingat lagi petang-petang kalau ada kelas tambahan selalu tengahari lepas solat kami akan jalan kaki ke Pasar Siti Khadijah beli lunch. Apa ingat pasar tu jual ikan jeke? Naik tingkat atas maka akan bertemulah makcik-makcik yang jual nasi berlauk bermacam lauk. Selalu beli lauk ayam goreng je sebab murah kecuali irna, selalu lauk ikan keli dia haha.

Paling buat geng kita rapat bila kita semua pergi kem Syifaa dekat pantai mana aku tak ingat. Kat situlah bermulanya nama geng kita "Chemically Bond Together". Nama yang semalaman difikirkan oleh im dan diterima pakai sampai hari ni (aku senang panggil The Chemicals je). Dekat kem tu jugak kita buat persembahan sketsa ntah apa-apa. Hahahaha

Ada sekali tu kena sekolah sesi petang. Letih sebenarnya sekolah petang ni sebab petang kan waktu kita rehat-rehat. Selalu jugak bila pepetang langit dah gelap tu kami mintak cikgu batalkan awal kelas. Selalu memang macam tu. Kalau nampak nak hujan, penyelia petang iaitu ustaz wan aku lepas kami pulang awal. Tapi walau tak hujan, nampak mendung je pun kami selalu mengecek supaya cikgu kasi lepas awal ahaha. Tapi alhamdulillah PMRU tahun tu semua score dengan jayanya.

Kalau ada thobur (perhimpunan pagi) dekat sekolah selalu kami yang bersorak gembira sebab thobur kami berlainan daripada sekolah biasa. Thobur kami tidak kira hari apa, ikut suka pihak pentadbiran nak buat hari apa. Sebab kami gembira thobur ada ialah bila ada homework tak siap untuk kelas pagi tu maka kami tak perlu berkompromi banyak (dasar budak nakal) hahaha. Dan lepas tu mulalah kami menyesal kerana thobur itu kadang-kadang dari pagi membawa ke waktu rehat kami dan kami sudahpun kepanasan mentari nak dengar ceramah waktu tu. Yang bertafakur kat belakang barisan pun ada, biasalah tu haha.

Kami semua ni team IT sekolah dan kami unit kewartawanan. DSLR, camera stand, persediaan pentas, semua kami buat. Setiap kali ada pelawat datang ke sekolah tak kira ramai mana pun, kami akan diculik oleh cikgu-cikgu untuk handle semua pelawat tu. Bukan handle diorang pun, cuma kena jadi reporters, ambil gambar untuk website sekolah, set up bilik dan pentas untuk kegunaan mereka, semua kami buat. Best juga sebab tak payah masuk kelas haha tapi taklah selalu kami buat gitu. Cuma time ada pelawat je. Lepas pelawat balik cikgu mesti belanja kita semua makan sebab dah tolong-tolong. Kekadang tu makan sekali kat meja VIP lagi sebab VIP ajak makan sekali. LOL. Rapat juga kami dengan cikgu sampai bila kami keluar sekolah, cikgu kata team IT sekolah dah tak sama macam kitorang ada dulu. Sedih jugak mendengarnya.

Teringat bila masuk form 5, SPM mula menghantui hidup kami maka kami tak ada masa untuk aktiviti kokurikulum (sebelum ni pon malas nak join haha). Teringat aku dengan im nak pergi mintak cikgu tandatangan buku rekod, cikgu kata pelajar form 5 takpe bagi je buku cikgu sign. Tapi apa ke malang nasib kami ada instructor kawad tetiba suruh kami masuk barisan nak kawad. Aku dengan im ni dah la pakai baju kurung sekolah je. Tapi masuk juga barisan belakang, bila instructor tu tak nampak terus kami cabut lari hahaha (takkan nak kawad pakai kain kot!).

Padang kami luas. So, kalau melepak or buat usrah bersila atas rumput kat padang itu perkara biasa. Piknik masa rehat makan keropok, minum air green tea C2 yang rm1 sebotol, yeah memang rutin. Kekadang piknik bawah tangga pun jadi haha sebab kawasan bawah tangga blok kami tu cerah dan memang orang lalu-lalu situ. Teringat masa jamuan akhir tahun sekolah, geng kami biasa berpiknik bawah tangga tu, duduk bersila borak-borak sambil makan. Ada cikgu lalu pastu cakap "ni dah kenapa makan bawah tangga? kena halau ke?" hahahaha kami dan cikgu tergelak bersama disitu.

Hahaha kalau nak rewind balik memang banyak tapi tak terdaya nak taip panjang-panjang. Nanti boleh buat sambungan entry ni lain kali.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
I miss my school days 

Thursday, February 19, 2015

No S.O.S Needed No Rescuing She's Fine Out There

Posted by Mars Laini at 8:48 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Yeah lagu baru belog ni bakal jadi lagu tema sem baru ni dan mungkin juga, sem-sem yang mendatang nanti. Result sem lepas?? Ohh jangan dibicarakan tentang itu. Siapa suka membicarakan tentang result exam mereka melainkan, well yeah, mereka yang betul-betul bagus kan? Aku still masih perlukan usaha untuk capai title 'bagus' tu. LOL.

Tengok kengkawan semua kawin, travel, belajar overseas sana sini. Dan aku? Haha masih disini, menggali apa yang ada dengan kudrat setakat yang mampu ni. Not my time yet for those things maybe aha aha.

For now, I need to focus my last two semester and a practical before I graduate. Yeahh pejam celik pejam celik tinggal lagi setahun setengah untuk graduate. Kejap je kan? Rasa macam kemarin je baru aku masuk orientasi bebudak tahun satu bersama membaling mudball ke dalam kolam takungan universiti. Kah kah! Oh what a great memory indeed! :D

Apa pun doakan aku kental dan tabah dalam tahun-tahun akhir ni. Makin mencabar gamaknya seiring dengan peningkatan usia yang dah tak berapa nak muda mana ni.

*Letak tangan di dada* ALL IZZZ WELLLLLL

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
yeah, she's got life in her veins, she don't need no rescuing she's okayyyy
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea