*cerita ini hanya rekaan semata-mata sekadar untuk menajamkan lagi skill menulis saya, okay dah jom baca*
Di satu petang yang hening di sebuah kampung yang aman permai, lapan orang sahabat yang baru tiba dari bandar sedang sibuk dengan acara masing-masing.
*Di perkarangan kebun rambutan Mak Esah*
"Im, yang sebelah kiri tu nampak besar. Ambillah sekali" jelas suara irna dari bawah pokok rambutan itu.
Terkial-kial Im cuba menarik dahan yang dikatakan oleh irna tersebut. Sementara balqis sedang sibuk mengunyah rambutan yang telah dikait dibawah.
"Wei qis, janganlah asyik makan je. Tolonglah kait sekali. Tu yang dahan paling rendah tu boleh capai dengan tangan dah" kata irna.
"Sedap awak bagi arahan yang awak dari tadi duk tercegat tak tolong apa-apa boleh pulak" balas balqis.
"Eh yang lain mana?" kata irna cuba mengubah topik.
Di sepanjang jalan untuk ke kebun rambutan, faten sedang mengayuh basikal sementara mas membonceng di belakangnya.
"Ish lambat lagi kita. Nanti habis rambutan tu diorang bantai" kata faten sambil mendengus.
"Lahh tadi awak yang nak makan aiskrim dekat kedai pak mat tu. Siapa yang lambat sekarang?" kata mas.
"Hahaha hari panas sangatlah. Harap adalah sedikit rambutan untuk kita" kata faten sambil mengayuh lebih laju.
Tanpa mereka sedari ada yang lebih laju mengayuh di belakang mereka.
"Faten!!! Mass!!!! Tepii!!! Tepii!!!!" kata Ana yang mula hilang kawalan terhadap basikalnya. Kebetulan pula dia membonceng Nab dibelakang basikalnya juga. Nab sudah pun menutup matanya, tak sanggup untuk menghadapi apa yang terjadi.
"Makkkk!!!" jerit faten.
Skreeetttttt!!! Kabushh!!! Kedengaran bunyi tayar basikal bergeser dengan tanah diikuti bunyi percikan air. Ana telah hilang kawalan terhadap basikalnya, merempuh faten dan mas sebelum mereka berempat terpelanting ke dalam tali air berdekatan. Basikal mereka juga turut tercampak masuk ke dalam air.
Kemudian Ibah datang dengan santai bersama basikalnya dan memandang ke arah mereka sebelum tergelak besar.
"Ana!! Apa ni?? Kenapa bawak basikal laju sangat" kata faten selepas tercungap-cungap keluar daripada air. Mas sudah pun memakai semula kaca matanya yang turut terpelanting tadi. Kelihatannya kabur kerana basah terendam air.
"Kami ingat kami dah lambat tadi sebab tu saya kasuh cepat-cepat" kata Ana sambil menarik Nab bangun daripada air. Mujurlah tali air itu cetek sahaja. Mereka pun bukannya pandai berenang sangat.
"Hahahahaha korang semua nampak macam baru balik daripada berkubang" jelas Ibah dengan gelak tawanya yang masih tersisa.
"Shut it Ibah kalau tak awak pulak yang berenang kat sana" kata faten.
Oleh kerana tayar basikal mereka telah bengkok kedua-duanya, mereka mengambil keputusan untuk menutun sahaja basikal-basikal itu dan berjalan kaki. Ibah turut turun daripada basikalnya dan berjalan beriiringan bersama mereka. Sahabatlah katakan.
"Kita basah macam ni sebab rambutan. Kalau rambutan dah habis nanti sia-sia saja usaha kita bergelumang air sawah tadi" kata mas sambil memerah bajunya yang masih tersisa air.
"Apa susah. Kalau rambutan dah habis kita panjat lagi" kata Ibah.
"Good idea. Awak yang panjat nanti" kata Ana sambil menuding ke arah Ibah.
Sesampainya mereka di kebun rambutan itu, kelihatan Im terkial-kial memanjat dan memetik rambutan di julai yang tinggi sementara irna dan balqis bersenang-lenang dibawah pokok.
"Amboi amboi. Awak biarkan Im panjat sorang-sorang sedangkan awak berdua bersantai kat bawah ni" kata faten sambil bercekak pinggang.
"Eh dah sampai. Eh kenapa basah empat orang ni?" kata irna sambil menunjuk ke arah mas, faten, ana dan nab.
"Tak nak cakap pasal tu lagi. Mana rambutan kami?" kata Nab.
"Wei korang kalau nak makan sama tolonglah panjat sekali. Aku sorang tak larat nak panjat ni" laung Im dari atas.
Dengan semangat setia kawan mereka bekerjasama mengait buah rambutan tersebut. Oleh kerana baju mereka tidak basah, irna, balqis dan ibah mula memanjat dan menolong Im memetik rambutan yang tinggi. Sementara nab, mas, faten dan ana menarik-narik dahan yang boleh mereka capai.
Hampir banyak rambutan yang mereka kumpul, mereka sama-sama duduk dibawah pokok itu dan memulakan pesta rambutan. Dengan gembira mereka makan sambil berbual-bual sebelum satu perkara tragis terjadi. Kelihatan balqis seperti kelihatan tercekik sesuatu.
"Uhukk.. uhukk.. biji.. rambutan.. tersekat" kata balqis tersekat-sekat.
Dengan pantas Nab dan Im yang berada bersebelahannya menepuk-nepuk belakang balqis, sementara yang lain tergelak terbahak-bahak melihat situasi tersebut.
"Tulahh qis, time makan jangan gelak banyak sangat. Kan dah tercekik" kata faten sambil tergelak lagi.
"Diam ahh!" kata balqis setelah biji rambutan itu berjaya dikeluarkan.
Setelah selesai makan rambutan tersebut, mereka mengumpulkan sisa-sisa dan sampah untuk dibuang.
"Harap lepas ni kita dapat lagi rasa pengalaman kampung ni" kata Ibah sambil tersengih ke arah yang lain.
Dengan senyuman mereka semua berlumba pulang ke rumah masing-masing.
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
harap cerita ni tidak membosankan and of course, mas masukkan diri sendiri dan kawan-kawan dalam cerita ni.. do left your comment about this story kay.. thanks :D
Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
-
Assalamualaikum w.b.t
Dalam Islam, kita percaya kepada rezeki. Dan rezeki juga sering kali
dikaitkan dengan "Luck". Kita boleh berusaha untuk dapatkan r...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P