Saturday, December 29, 2012

My Independent Destiny

Posted by Mars Laini at 1:18 AM 0 comments
I've never been there, so let me go out
For I can reach you where you are
I will go, all for you, all for you and me
You and my future

I'm watching the scenery outside the window
It's the same morning as ever; no change, a dead end as usual
Wherever I want to go, I can't
I'm not alone, yet I feel so lonely
In my head I hear God's words echoing:
"You cannot escape the ordeal"
I tried to stay kind, but still there was no rescue in sight
Until the day I met you.....

I was always searching for that warm hands of yours
My heart was taken by you and melted away
Stay by my side forever
Let's imagine the future of us
And smile, believing that we can be happy
Forever and ever
I will be thinking of you
The dead end has gone, and the gate to our tomorrow
Where today's leading to, is wide open

The reason for your strength
Is to conceal your weaknesses
Please, show me the truth as it is
You don't need to be afraid of anything
You don't have to bear down your sadness and pain
If your wounds open again, I'll be there to heal them
You, I want to protect you
Because I'm not lonely anymore
I'll become strong for you whom I hold dear
If we stay by each other's side, I'm sure
That our wish will come true
No matter the thickness of the wall between us and our tomorrow

 If we really want, we can break through
Soon, the missed past, the struggle against reality
And our future drifting away from us
They will all become present again, I finally realized it
That is my, and only my, irreplaceable destiny

I refuse to give in to the despair inside me
After all, my promise to you is now stronger than ever
I won't lose again
Stay by my side forever
Let's imagine the future of us
And smile, believing that we can be happy
Forever and ever
I will be thinking of you
The dead end has gone, and the gate of our tomorrow
Where today's leading to, is wide open
So, let's step ahead towards the future of us

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Asuna Character Song from Sword Art Online 

Friday, December 21, 2012

Tsc2 at Big Bad Wolf Bookfair!

Posted by Mars Laini at 8:32 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah kecoh pasal pesta buku yang buku-buku dia murah tak ingat tu kan? Yeaaa! Big Bad Wolf Bookfair dekat The Mines.. So, pada hari selasa hari tu, kami sekelas tsc 2 bersama ke pesta buku tersebut. Yes, SEKELAS! hebat kan. hehe

dekat ktm nilai
Kira ukhuwah la ni pegi ramai-ramai. Hahaha *bajet*. Ehem.. apa pun setelah mengalami kesusahan mencari tempat parking kat ktm nilai tu, barulah dapat beli tiket dan pegi the mines.

Sampai kat sana kena jalan kaki sikit. Pastu hujan.. Perghh berlari-larian kami. Nasib baik yana payungkan sebab mas tak sihat. Cewah! love you yana.. hehe. Sampai kat the mines, kami berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang nak beli buku dan nak makan. Oleh kerana takde selera, mas pegi beli buku jela.

Masuk kat pesta tu, perghhh macam masuk syurga buku kot. Penuh dengan buku. Kat pintu masuk siap sedia kotak lagi. KOTAK! bukannya bakul atau troli. Memang tahulah yang masuk kat situ memang borong habis-habisan. Fascinated, kitorang berpecah. Mas dengan haziana berkepit je. takut tak jumpa member nanti.

Selesai dua tiga round maka kitorang dapat la buku yang dicari. Mas pergi kat bahagian manga. Ingatkan banyak la manga kat situ. Rupanya banyak manhwa(manga cina & korea) je. terus tak jadi beli.Hahaha


faiz & shifi

murni
Lepas habis beli buku pergi makan lagi. Haishh diorang ni makan je kerjanya. Pastu bantai Coolblog sorang satu. Orang sakit cam mas ni hanya mampu memandang.. arghh jelesnya nak jugak. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak balik. Idea ain yang buat kitorang balik naik bot. Alaa.. pakcik bot tu hantar sampai dekat jalan nak pergi ktm je.

atas bot tu^^
Well, kitorang balik dengan letih tapi gembira. Best sebab pergi jalan-jalan satu kelas.

what i've got there
hoihoi~ banyaknya buku.. bila nak habiskan? lepas exam nanti? erkk okay exam =,=

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
dah start baca witches of east end~ haha 

Monday, December 17, 2012

Kejohanan Memanah UPM 2012

Posted by Mars Laini at 9:23 PM 0 comments
Assalamualaikum...

*KoffKoff* batuk dan selesema mula melanda mas. Gara-gara berpanas dan sedikit berhujan pada hari kejohanan memanah yang berlangsung di UPM pada hari sabtu lepas.

Okay la sekarang jom mas cerita sikit pasal kejohanan ni. Kejohanan ni just sebagai perlawanan persahabatan antara USIM, UPM dan juga UIA. Sambil-sambil pergi berjalan kat tempat orang kan. Best jugak la walaupun pak cik bas sesat dalam kawasan UPM tu haha.

Sesampainya dekat sana, masing-masing mula menyambar breakfast dan ambil nombor. Kira macam nak shoot dekat mana dan giliran ke berapa la ni.

my number ^^
*KoffKoff* mas tak sihat, so biarlah gambar sahaja berbicara. Hehehe


my bow

nadiah & sikin

archers usim pakai baju merah semuanya

suasana ketika perlawanan

mas, asma & sikin
Alhamdulillah tempat pertama lelaki dimenangi oleh usim manakala pemanah kategori wanita pula dimenangi oleh pelajar usim keseluruhannya. Terbaiklah korang!

medal
Mas dapatlah juga pengalaman dan kawan baru kat sana. Dan juga bawak balik selsema dan batuk sekali. Hahaha. Adoyai~

Apa pun dengan berakhirnya maka berakhirlah kelas memanah mas dekat usim. Sedih jugak sebab memang enjoy sangat masuk memanah ni. Huhu. Tapi takpe, at least semester depan dah tak payah fikir pasal kokurikulum lagi. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
tinggal kenangan~
 

Wednesday, October 24, 2012

I-Inova 2012

Posted by Mars Laini at 9:22 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Dah nak hampir seminggu Islamic Innovation Expo atau short nye I-inova berlalu. Tapi rasa penat menghandle benda tu masih lagi terasa. Hehehe


Expo ni berlangsung selama 2 hari, sabtu dan ahad. Pada masa ni la ahli majlis tertinggi dan ajk-ajk ISA mula kalut. Oppss ISA stands for information security and assurance tau. Malam-malam tidur nak dekat pukul 2 pagi sebab siapkan segala benda untuk booth kami.

Shift mas jaga booth tu bermula sabtu pagi. Tapi sebab bimbang anak-anak buah tak dapat cope dengan apa yang berlaku nanti terpaksalah mas pergi sabtu ahad. Letih tu ada la jugak, tapi serius, memang best la expo tu.

Kat booth kami ada banyak la juga aktiviti. Antara yang popular ialah survey tentang tahap addiction kepada internet, baling dart dengan PES. Boys memang sibuk main PES hari ahad tu. Penuh jap booth kitorang. Bising macam kat padang bola betul pulak. Kami girls plak layan orang-orang yang datang je. Tapi booth kami antara booth yang termeriah la. Hahaha

Berkat ke'united'an kami, alhamdulillah geng ISA dapat tempat ke-3 antara 7 course yang bertanding. Terharu kot mas masa naik pentas nak ambil hadiah tu, prof norita ucap tahniah dan kebanggaan terpancar di wajahnya. Hehehe.

InsyaAllah kami akan cuba improve apa yang kami buat jika ada lagi program macam ni di masa hadapan.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
mana hamper tu? mas dah tak nampak dah.. huuuuuu =,=
 

Saturday, October 20, 2012

Cerita Geng Basikal

Posted by Mars Laini at 11:21 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Hujan telah menjadikan kebiasaan di Nilai sekarang. Namun alhamdulillah, petanda rahmat kepada kita semua. 

Ok mas nak cerita sikit pasal geng basikal TSC 2 ni. Hehe. Pada mulanya mas pun nak beli basikal juga.So, mulalah meminta dengan papa. Tapi alangkah sedihnya. Tak diberi kebenaran kerana papa mas takut tak larat nak naik bukit. Sedih kot.

So, bermula kat situ mulalah pinjam basikal bid. Dah gian sangat nak naik basikal. Mula-mula naik terhuyung-hayang la juga sebab dah lama tak naik basikal. Tapi sekejap je, dah master balik kemahiran lama itu. Hahaha.

Okay geng basikal TSC 2 terdiri daripada syafiqah zakaria, ain fatimah, anis syazwani, yanaza dan auni. Selalu pergi kelas dan balik kelas bersama. Mula-mula mas jeles juga tengok diorang tapi oleh sebab basikal ain ada seat kat belakang, mas selalu tumpang dia la pergi kelas. Jadi la juga sebahagian daripada geng basikal. Hehehe

Walaupun dua tiga hari lepas tu jadi bahan gelak je (sebab diorang tengok pelik ain bonceng mas) tapi mas peduli apa. Benda ni la yang merapatkan kami setiap hari. 

Naik basikal sambil bergelak ketawa. Lepas tu main lumba siapa yang paling laju. Pergghhh... Takut gak tapi pada masa yang sama seronok.

Tapi takpelah. Selagi ada kudrat selagi tulah geng basikal ni akan terus wujud.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
terima kasih kepada ain kerana sanggup bonceng mas pergi kelas.. hehehe
 

Sunday, October 7, 2012

Promise For When We Take Our Nap

Posted by Mars Laini at 1:05 AM 0 comments
For the special one, this is for you :)





 Tonight we'll fall in love. Let's meet in a happy dream.
Please make sure that you come and find me.
It'll be our promise for when we take our nap.


I became confused at the gentle glow of a budding warmth.
You still don't seem to understand this kind of feeling.


Supposedly, there is nothing special in your gaze,
since it's the same way you look at all your friends.


My tiny wishing star slowly dissolves into the dawning sky.
The magic would only work at night. ...Please notice me.
Tonight we'll fall in love. Let's meet in a happy dream.
Please make sure that you come and find me.
It'll be our promise for when we take our nap.


 After school, the space around us would always feel so special
that we'd feel as if we were together even though we were not.


We should just keep spending our time nonchalantly like this,
before we let our story start with a more conventional beginning.


I was searching for you among the twinkling stars,
believing that we'd be able to meet very soon. ...I'm right here.
Someday we'll fall in love. Even if a new morning arrives,
please make sure that you would not fade away.
I am praying to your smile.


 We should just keep spending our time nonchalantly like this,
Kindness is slowly filling up my bosom.


 My tiny wishing star slowly dissolves into the dawning sky.
The magic would only work at night. ...Please notice me.
Tonight we'll fall in love. Let's meet in a happy dream.
Please make sure that you come and find me.
Let's exchange our smile.


 I was searching for you among the twinkling stars,
believing that we'd be able to meet very soon. ...I'm right here.
Someday we'll fall in love. Even if a new morning arrives,
please make sure that you would not fade away.
It'll be our promise for when we take our nap.


O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
i love this :) 

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday

Posted by Mars Laini at 12:45 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Pagi yang hujan lebat, kini sudah terang benderang. Di saat ini, mas mula mengalami gangguan saraf dimana assignment mula melambak, presentation bermula, perjumpaan di sana sini, program itu program ini.

Hari ni takdelah wordless sangat pon. Banyak juga wordnya. Hehe. Nasib baiklah prof jalani bagi cuti free hari ni. Maka dapatlah kami menyelesaikan sedikit sebanyak kerja-kerja yang memenatkan itu.


Hari ni ada sesuatu yang mengganggu fikiran mas. About me actually? Kadang-kadang bila mas cakap dengan orang lain, i have a feeling that i'm an outspoken person. Sometimes, what i say to others make me uneasy myself. Rasa macam ada yang tak kena je. 

Sebab kita tak nampak diri kita sendiri. Orang lain yang akan nampak dan judge keperibadian kita. Kadang-kadang terfikir juga, patut ke aku senyap je. Sebab makin banyak cakap makin banyaklah salahnya. 

But, there's something i can do whenever i feel uneasy and don't know what to do.

return to Allah
Happy, difficult, quite, painful, always have Allah in your heart, your mind, and your soul. In every moment, let zikrullah flows in your blood. Allah in my every breath.

Therefore, bear Me in mind with reverence so that I bear you in mind and impel yourselves with gratitude. And do not be callous with hearts barren of faith.
Al-Baqarah 2:152

Bila start new life in new class ni, agak awkward la juga mula-mula. Tapi insyaAllah bila dah lama nanti kita akan jadi best friends juga. Credits to TSC2. 

Advice for all and myself: always mind your words towards others. We don't know wether our words has pierce others hearts or not.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
i'm going to have my statistics tutorial done today.  

Thursday, August 30, 2012

Degree: Suatu Permulaan

Posted by Mars Laini at 6:44 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Ini mungkin entry last sebelum mas bercuti daripada menulis blog mulai hari ini. Well, cuti selama 4 bulan dah berlalu. Esok, sekali lagi mas kena mengucapkan goodbye kepada bumi kelantan tercinta ini.

Bermula 1 September 2012 ni, mas mula bergelar sebagai pelajar degree di Universiti Sains Islam Malaysia USIM. Rasa berat hati dan tak lalu makan mula melanda mas. Sedih sebab cuti dah habis dan dah tak boleh nak bermalas-malasan lagi.

Kawan-kawan yang seangkatan dengan mas pun sama jugak. Semuanya rasa sedih. Mas bertolak ke Nilai pagi esok, tapi barang pun tak habis kemas lagi. Nampak sangat tak nak balik Nilai. Haha

Firstly kawan, doakanlah mas berjaya untuk degree ni. InsyaAllah, mas akan sedaya upaya untuk buat yang terbaik di sana. Then, forgive me kalau mas ada buat sesiapa terguris perasaan sebelum mas start dunia kampus mas yang baru ni.

Sekian, itu sahaja daripada mas yang tengah sebak ni.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
do the best, and let Allah do the rest.. insyaAllah :)

Thursday, July 26, 2012

Kenangan Ramadhan di Tamhidi

Posted by Mars Laini at 11:23 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Apa habaq semua? Camne puasa? Tak ponteng lagi? Baguss!! Tapi kalau perempuan lain lah ye. hehehe. Well, tadi masa mas berbuka puasa dengan air limau nipis + kurma sebiji, mas teringat kenangan puasa di kampus tahun lepas.

Ye ye, dua tiga hari ni asyik mengimbau kenangan lama je. So, mas nak cerita sikit pengalaman puasa tahun lepas. Tahun 2011 ialah tahun first mas puasa tanpa family disisi. Cuma dikelilingi oleh housemates sahaja. Hehehe

Sehari sebelum puasa, roomate mas, bid, bawak berkotak-kotak kurma yusuf taiyoob jenama safia. Mas ambil sekotak. Dia bawak banyak kes ada orang tempah dengan dia la. Jadi tauke kurma jap dia tu. Hehehe

Puasa kat sana memang agak letih. Kalau budak sekolah yang hari biasa balik pukul 2, kalau bulan puasa balik pukul 1. Tapi kami tak! Jadual tetap tak berubah. Tetap balik pukul 5.30pm tetap! Apa boleh buat. huhuhu. Lepas tu dalam kuliah masing-masing buat muka toya. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang tongkat dagu atas meja. Macam-macam lah.

Lepas tu, bila balik je ke kolej kediaman, masing-masing pakat serbu pakcik dan makcik kafe. Ada juga yang beli makanan berbuka dekat luar. Biasalah kalau orang kaya kan.. Tapi mas ni tak kaya sangat so, beli jelah makanan dekat kafe tu walaupun terpaksa berasak-asak dengan orang lain yang serbu kafe jugak.

Paling haru, beli makanan berbuka dengan sahur sekali. Oleh kerana takut basi, mas hanya berani beli ayam goreng dengan nasi putih je untuk bekal sahur. Tu jelah makanan mas sebulan puasa kat sana. Sobs sobs...

Apa pun masa berbuka lah yang paling meriah sebab satu rumah mas berkumpul buat halaqah kat ruang tamu dan makan ramai-ramai. Pergghhh!! Walaupun lauk tak seberapa tapi, sebab keakraban kami, nasi kosong pun jadi sedap. Huhuhu

Lepas solat maghrib sama-sama, kami pun turun ke bawah untuk solat terawih ramai-ramai. I mean, dengan boys la pulak kalau dah turun ke bawah kan. Memang seronok sangat bila dapat berkumpul camtu.

Bila bersahur pula, semua tak banyak cakap. Maklumlah masing-masing mengantuk. Semua makan dekat meja belajar sendiri. Habis makan, mas dengan bid selalunya sambung tidur balik kejap. Hehe, roommate kan, sehati sejiwa la.

Paling tak boleh lupa masa iftar dengan bebudak kelas. Idea ini direncanakan oleh encik kapten dan juga penolongnya disamping untuk meraikan kejayaan kawan kami, Amal, yang berjaya dapat tawaran ke mesir untuk sambung belajar. Sedih juga sebab tu hari last kami jumpa dia, lepas tu dia terus pergi mesir. Tak sempat habis pun semester 1.

Apa pun mas tak tahulah bila lagi boleh dapat kenangan macam tu. Punyalah best, punyalah seronok sampai tak sedar sebenarnya, kami sekelas ni memang rapat macam family. Okay maybe tak macam family sangat, tapi still dapat rasa ukhuwah tu.

Ramadhan mas kali ini dekat hometown sendiri. Mas harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan sentiasalah mencari rahmat dan keredhaan Allah. Selamat berpuasa ya!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
flashback never stop in my mind.. those are very precious memories :) 

Saturday, July 21, 2012

We Meet Again, Dear Ramadhan

Posted by Mars Laini at 10:57 PM 0 comments
Assalamualaikum...


How's your first ramadhan  dear muslim brothers and sisters? Happy kan dapat bertemu lagi bulan mulia ni? Bulan dimana kita umat islam seluruh dunia diberi rahmat dan kasinh sayang yang melimpah ruah daripada Allah.

Well, ada juga yang kata bulan ramadhan ni bulan kurma. Memang betul pun sebab kat rumah mas sendiri memang susah nak jumpa kurma kalau hari biasa. Bulan puasa je rumah mas penuh dengan kotak kurma.

my favourite^^

Bulan puasa ni bukan sahaja kita belajar untuk menahan lapar dan dahaga tetapi kita juga belajar untuk belajar mengawal nafsu. Walaupun syaitan dah dirantai, nafsu manusia tetap ada. So, di bulan yang mulia ni, banyakkanlah ibadah ye. 

Memang la Allah buka pintu rezeki tu luas pada bulan ni, yang bermaksud ada yang cuba nak berniaga la, ambil tempahan biskut raya la, buat baju raya la. Tapi ingat! Jangan sesekali kawan-kawan dilalaikan oleh semua benda tu. Fokus utama kita, beribadah kepada Allah. Kumpul point banyak-banyak bulan puasa ni. 

Kan segala amalan baik akan ditambah berlipat ganda pahalanya. Begitulah specialnya bulan ramdhan ni. Memang special pon, sebab kalau nak tengok umi mas tak pegang langsung periuk belanga semua tu, di bulan puasa la jawabnya. Ayah mas beli je semuanya. Senang katanya.

Mujurlah segala makanan itu boleh dihabiskan oleh ketiga-tiga adik lelaki mas yang kaki makan tu. Sekurang-kurangnya taklah membazir. Agak sunyi juga ramadhan kali ni sebab adik perempuan mas yang sorang tu still dekat UPM. Apa boleh buat...

Apa pun, dear brothers and sisters, selamat menjalani ibadah puasa tak kira dimana jua kita berada. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita semua.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
jangan makan banyak sangat masa berbuka nanti tak larat nak solat terawih.. okay :) 

Saturday, May 5, 2012

Nilai vs Kota Bharu

Posted by Mars Laini at 12:51 AM 3 comments
Assalamualaikum..

Hai hai apa khabar semua. Kepada yang bercuti macam mas, selamat bercuti, kepada yang masih belum cuti, sabar je la eh.. Hehehe

Hampir seminggu dah mas balik cuti kat kelantan ni. Tapi masih lagi belum nak boleh adapt dengan cuaca baru yang panas membakar ni. Suhu di Kota Bharu hampir mencecah 34 darjah celcius. Huh panas betul. Hari tu pun mas dah terkena heatstroke. Nasib baik kat rumah, kalau keluar pengsan la alamatnya.

map nilai
map kota bharu

Kalau dekat nilai, waktu pagi tu still nampak gelap lagi, waktu tengahari matahari biasa-biasa sahaja memancar, waktu petang angin sepoi-sepoi bahasa, malam kadang-kadang hujan.

Kalau di Kota Bharu pulak, pagi, tengahari, petang memang membakarlah panasnya. Malam kadang-kadang ribut petir melanda.

Sejak mas balik ni, air mineral sudah menjadi minuman favorite mas. Tak boleh lekang. Duduk kejap mesti rasa nak minum air. Tengok tv kejap je dah pergi dapur ambil air. Perghh.. panas la katakan.

Cuaca sekarang dah makin tak menentu. So, korang semua pandai-pandailah jaga kesihatan yer.. Minum sky juice banyak-banyak oke..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
jangan ada yang merasa heatstroke macam mas plak... 

Sunday, April 29, 2012

Memoria: Tamhidi Sejuta Kenangan

Posted by Mars Laini at 12:29 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Sebelum memulakan post ni, sebak masih lagi bersarang di dada. Tika kaki mula melangkah keluar dari Kolej Kediaman Nilam Court, ketika USIM mula memberi lambaian terakhirnya kepada kami, kenangan yang tercipta mula bermain di memori.

Terlalu banyak sangat kenangan yang mas tak boleh lupakan di sini, USIM, dimana kami semua belajar berdiri diatas kaki sendiri, belajar dengan tekun, mengenal erti persahabatan sejati, membina ikatan ukhuwah bersama. Tapi apakan daya, setiap yang bertemu pasti berpisah. 

Paling tidak dilupakan kepada ahli terhormat rumah E-4-6 iaitu mas sendiri, bid, nadiah, nabila, yana, dibah dan juga saadah.

we all~
Terkenang saat kita makan bersama, sesi bercerita kita pada waktu petang sambil makan nasi goreng dan kuey tiaw kungfu.. Hahaha tak lupa pada waktu kita outing bersama di giant atau tesco, jalan-jalan kat tasik depan kknc. 

Pendek kata, sejak kita jadi satu family ni, mas rasa kalau tak balik kelantan pun takpe. Korang dah melengkapkan segalanya disini. Kalau ketawa, ketawa bersama, kalau menangis pun macam tu. Korang memang best. Maaflah kalau ada yang terguris hati dengan mas sepanjang kita bersama. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di degree nanti.

Kepada tutor 8, kenangan kita paling banyak sebab macam aktiviti kita lakukan. Bermula dengan ifthar, lepas tu konvoi raya, dan macam-macam lagi.

tutor 8 sc tech 2
Kenangan yang tercipta takkan dapat mas lupakan selamanya. Nama korang semua akan sentiasa terpahat di ingatan mas. Rasa macam dah satu family dah kita ni. Terima kasih kerana sentiasa shuffle group presentation kita (supaya lebih compatible dengan semua member kelas).

Lastly, sesiapa yang dah selamat sampai hometown masing-masing, Kedah, P.pinang, Selangor, Perak, Johor dan sebagainya, selamat bercuti, jangan ljupa buat kerja berfaedah cuti ni. Kalau ada yang nak datang kelantan tu, call la mas ea, bleh kita pergi jalan-jalan sama-sama. Being friends with all of you is the greatest treasure i've ever had.

You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know i'll take your hand
When it gets cold, and it feels like the end
There's no place to go, you know i won't give in
No, i won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make through it
Just stay strong
'Cause you know i'm here for you

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
semoga kita berjumpa lagi bulan 9 ni, ditempat yang sama, kita sekali lagi mengejar impian dan cita-cita kita...  

Saturday, April 28, 2012

Dinner Tamhidi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 11:33 PM 1 comments
Assalamualaikum..

Berlalu sudah setahun peringkat tamhidi mas. Rasa macam sekejap sangat. Tak sempat lagi nak kenal lebih banyak tentang rakan-rakan tutor 8 tercinta.

Apa pun, mas nak cerita tentang malam penutup kami Malam Sekalung Budi bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Well, malam ini ialah malam dimana semua pelajar boleh melaram sepuas hati mereka. Hahaha. Apa pun mas nak ucap terima kasih sangat kepada:

Penasihat Fesyen Mas:
Bid, Dibah

Perunding Imej Mas:
Yani

Mak Andam:
Yana, anis syazwani

Hahaha macam-macam la diorang semua ni. Buat pertama kali dalam hidup ni mas merasa pakai dress dengan wedges yang tinggi uh. Idea diorang la. Tapi takpe, ikut je. Nak jaga hati. Hehehe

kat meja makan dengan ain dan mimi
Macam-macam persembahan la ada. Semua orang pakai baju bak artis semuanya.Bling! Bling! Yang lelaki siap dengan baju melayu bersampin segala. Ada juga yang ber'vest' dan kot bagai. Yang perempuan mak ai, macam pengantin la pulak.

Bangga jap bila ketua tamhidi mention kelas kami iaitu tutor 8 di atas pentas. Cewah! Tapi tutor 8 tetap gorgeous selamanya! Tapi kerja diorang sume makan je. Tak larat nak tengok.

tts 8 girls~
we're all in this together


boys punya hal
 Keje kitorang ambil gambar banyak2. Sebenarnya mas expect sesuatu yang lagi extraordinary pada malam tu tapi takde pon. Hurrmm.. tak mengapa. Bukan masanya lagi.. Cikgu pulak sume sporting sangat!

bid, miss ila comel, mas
Miss ila comel sangat2. Dia sempat lagi tegur mas. Dia kata mas sytle lain malam tu. Memang la, hasil kerja bebudak ni semua.. Hahaha

yang baju biru tu ustaz nasir
Apa pun, malam dinner tu memang tak dapat dilupakan. Segala kenangan manis tak dapat dilupakan sepanjang mas bergelar pelajar tamhidi usim ni.. InsyaAllah kita semua akan sama-sama bertemu kembali di peringkat degree nanti. Aminn..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
sebak la jugak nak meninggalkan diorang sume ni ;( 

 

Saturday, April 14, 2012

The Love Between My Sight- TTS 8 Forever

Posted by Mars Laini at 8:38 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setelah hampir setahun mas bergelar pelajar tamhidi di USIM ni, rakan-rakan banyak membantu dalam menghadapi susah senang kat sini especially my friends from TTS 8.



Kawan-kawan,
Kita dah nak tamat dah tamhidi. Tak lama lagi final exam dan lepas tu, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tapi takpe, mas doakan kejayaan setiap orang dalam kelas kita. Paling penting, semoga ukhuwah kita berkekalan sepanjang masa.

Kat sini, mas nak ucap jutaan terima kasih kerana sudi bantu mas dalam semua benda dan juga ingin meminta seribu kemaafan atas kekhilafan yang mas lakukan. Maklumlah, hari tu tak sempat nak buat thank you card untuk semua. huhuhu

Untuk kawan-kawan semua:

CAPTAIN MIQDAM
-thank you sebab jadi ketua yang sporting lagi superb
-sorry kalau aku ade buat ko rasa annoying..
-thank you lagi atas segala usaha ko yang tak berbelah bahagi kepada TTS 8.. arigato!

KAKLONG HAJAR
-thank you sebab jaga bebudak pompuan tutor 8 ni.. hehe
-ko memang gorgeous la masa satu group tamsil dengan aku
-semoga berjaya masuk kimia industri nanti^^

BID MY ROOMATE
-thank you sebab memahami diri aku yang tak seberapa ni sebagai rakan sebilik ko
-thank you sebab sudi dengar cerita merepek aku yang ntah pape selama ni
-thank you sebab selalu share apa-apa je dengan aku

NABILA MY HOUSEMATE
-sorry sebab banyak buat nabila terasa hati
-thank you sebab banyak tolong mas buat assignment dan banyak tolong tunjuk ajar
-semoga nabila dapat apa yang dicita-citakan

SYAH FAHMI
-thank you sebab bagi cooperation masa aku satu group dengan ko
-sorry kalau ko ada terasa hati dengan aku ke
-semoga ko dapatla masuk actuary macam yang ko nak tu.. hehehe

ANIS SYAZWANI
-thank you sebab selalu dengar cerita2 mas dan selalu bagi nasihat yang baik
-thank you sebab suka kongsi semua benda dengan mas
-sorry kalau kadng-kadang mas emo jap. bukan marah anis tapi orang lain.. hahaha

NAZIPAH
-thank you sebab selalu je jadi rakan bual mas.. hahaha
-hopefully bila kita balik hometown nanti datang-datanglah rumah mas ea..
-hope pah dapat medic nanti.. ganbatte!

MIMI
-thank you sebab banyak tolong mas buat kerja
-thank you sebab jadi ahli group lab mas yang sporting
-sorry kalau mimi tak suka attitude mas yang kadang-kadang tu annoying la jugak

AFIQ FARHAN
-thank you sebab bagi cooperation dalam group
-sorry kalau sikap aku ni annoying
-tahniah la sebab berjaya jadi ketua tamhidi yang berwibawa

FAIRUZ
-thank you sebab tolong translatekan teks arab aku.. hehe
-thank you sebab belanja aku air mineral hari tu^^
-semoga ko dapat apa yang ko cita-citakan.. never stop pray to Him!

ILY
-sorry kalo masa aku tak tegur ko tuh
-thank you sebab tahan dengan perangai aku ni
-hope dapat jumpa lagi time degree.. hehehe

SAFUAN
-tahniah sebab jadi ketua kuliah yang sporting
-thank you sebab selalu balas mesej aku (bila aku tanya kelas kat mane.. haha)
-thank you sebab bagi cooperation walaupun kita tak pernah satu group

ALIA
-thank you sebab selalu tanya pendapat aku walau tak seberapa
-teruskan usaha ko walau dimana jua ko berada
-sorry kalau aku ada terpijak kaki ki ke.. hahaha

QANITAH
-thank you sebab dah jadi classmate sejak zaman sekolah lagi
-thank you sebab dah tunjuk tarbiah yang baik
-thank you sebab bagi cooperation dalam group ict

YANI
-thank you sebab tak pernah mengeluh dengan sikap aku yang ntah ape2 ni
-sorry sangat2 kalau aku ada buat ko tak puas hati dalam group bi
-sorry kalau ada idea aku yang tak boleh pakai

SYAQIRAH
-thank you sebab selalu jagakan tempat duduk dalam kuliah.. hehe
-thank you sebab sudi dengar mas membebel setiap masa^^
-thank you sebab selalu satu group dengan mas

FAIZUDIN
-thank you sebab bagi cooperation
-sorry kalo ko tak senang dengan aku
-teruskan usaha untuk apa yang ko nak

ULIN
-thank you sebab ko sanggup suruh aku check karangan bi ko walaupun aku ni tak seberapa
-thank you sebab bagi aku semangat untuk jadi diri aku sendiri
-thank you sebab bagi tunjuk ajar dalam bi

ANIS FARHANA
-thank you sebab jadi ahli group bi yang sporting
-sorry kalo ko ade terasa hati dengan aku ke
-aku respek masa ko speaking english.. really cool and superb!

SHAKIR
-thank you sebab pernah bagi aku naik kereta ko
-thank you sebab bagi thank you card tu.. hahaha
-sorry kalo ade buat ko tak senang hati

ANA
-thank you sebab bagi pandangan tentang astronomi tu
-thank you sebab jadi ahli group arab yang sporting
-thank you sebab bagi pinjam komik.. hehehe

MIMAH
-thank you sebab banyak tolong aku
-semoga ko dapat apa yang ko cita-citakan
-ko punya tamsil arab memang hebat. hahaha

AIN
-thank you sebab selalu membebel skali dengan mas
-thank you sebab suka bila satu group dengan mas
-i hope you change yourself a little bit. reduce your shyness sket supaya boleh bercakap kat depan nanti

KHAIRUDDIN
-thank you sebab bagi banyak idea masa tamsil hari tu
-thank you sebab ajar aku arab masa presentation hari tu
-thank you sebab jadi sporting friend

FATHIN
-thank you sebab bagi cooperation masa group ict
-thank you sebab suka beralah dengan mas.. hehehe
-thank you sebab tolong mas banyak benda

AZRAAI
-thank you sebab pernah satu group dengan aku
-sorry kalo ade terkasar  bahasa
-thank you sebab bagi cooperation

SEHA
-thank you sebab bagi idea masa group ict
-sorry kalo aku ade buat ko rasa annoying masa group bi
-thank you sebab sudi satu group dengan aku

SHIHA
-thank you sebab selalu lemah-lembut dengan aku
-kita tak pernah dapat satu group pon.. huhu
-chaiyok in everuthing you do

IZZATI
-thank you sebab bagi pandangan kat aku
-thank you sebab sudi dengar cerita-cerita aku
-thank you sebab bagi aku main ko punya handphone.. hahaha

Apa pun, thanks guys because you all give me the memories that i could not forget forever.. semoga lepas ni, kalo kita bertembung atau berjumpa lagi, janganlah buat2 tak kenal ea.. hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
i love u all buddies!! TTS 8 forever.. 

Sunday, March 11, 2012

Mukhayyam Arabi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 8:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Kaifa halukum?? Hehehe.. demam mukhayyam arabi masih terasa walaupun baru kelmarin tamatnya program itu. Best la juga. Mas dapat ustazah yang sporting sangat2. Syukran jiddan ustazah!

Program ni bermula pada petang jumaat lagi sebenarnya. Mas pon tak pasti apa tujuan ustaz wan buat program ni. Tapi rasanya tiap2 tahun ada. So, walaupun malas dan mengantuk pada asalnya, mas pergi la juga mukhayyam petang tu. Senang cerita mas panggil mukhayyam ni kem la. Walaupun tak tidur kat usim (pernah dengar rumours yang cakap kena tidur dalam khemah!)

Bermulanya pukul 3pm, maka bermulalah kem itu. Mas terpaksa naik tingkat 3 sebab lif tu lembab sangat. Masuk bilik tutorial 12. Ustazah bagi group mas namanya siti amina. Comel sangat. Baik pulak tu.. hehehe

Petang tu takde apa sangat. Just discuss je dengan kumpulan. Yang happeningnya hari sabtu tu la. Pagi tu mas datang awal sebab nak jaga tempat makanan (atas arahan miss afzan ye!). Tapi dah ada yang tolong jagakan. So, mas malas nak menyibuk, mas duduk je dan tengok budak2 tamhidi yang lain lalu-lalang kat situ.

Bosan jaja muka kat situ, mas pun naik ke tingkat atas balik. Pagi tu memang 1 jam 30 minit tu, ustazah cerita je pengalaman dia kat Jordan. Tak belajar la dengar cerita dia. Hahhaa... Ustazah bawak anak dia kot!

Lepas tu, tengah hari tu berlalu tanpa arah tuju. Mas duduk je dekat DKS dengan mimah, anis dan fairuz. Boring la pulak. Dalam pukul 2.30 pm tu baru mas naik kat tingkat 5 untuk majlis penutup tu.

Mas yang datang awal, so mas la duduk depan  kan. Tapi hot la jugak dengan seorang dua budak nih. Ada ke patut, dah la datang lambat, dibantainya pulak datang duduk depan mas yang dah cop depan awal2 ada ke patut?. Memang geram la jugak. Nasib baik miss faeza kata tempat depan tu untuk lecturers. Terpaksalah diorang pergi belakang.

Tak kurang juga yang berlagak nak jadi cameraman, dibantainya jugak duduk bertenggek depan mas yang tengah rakam video persembahan ni. Habis rosak video dek termasuk gambar diorang yang kontrol jadi fotografer tu. Tolonglah makcik! Nak menunjuk pun ada tempatnya. Bukan mas je, orang2 sebelah mas pun bengang dengan perangai orang yang jenis potong queue ni. Aishhh...

Ok, selesai sesi membebel. Hehehe. Persembahan petang tu memang mantop lah! Paling mantop semestinya dari group Sc Tech la kan. Hehehe. Budak laki buat boria manakala perempuan buat choral speaking.

Budak law lelaki nasyid, yang perempuan pantomin. Yang akaun lelaki plak dikir barat, yang perempuan sajak. Dentist dan medic gabung buat dikir barat dan lakonan. Hahaha. Memang gelak habis lah. 

Bila semua dah selesai, Dr. Nurlida bagi ucapan penutup. Semua dapat hadiah. Takde yang menang dan takde yang kalah. Fair and square. Lepas tu mas dengan dibah terus keluar dari dewan tu. Nak balik cepat la katakan. Berlari turun tangga! Hahaha. 

Lepas sambar kek dan karipap serta air kotak laici, mas dan dibah terus berlari ke arah bas. Nasib baik dapat duduk. Hahahaha. Tapi kami tak berebut tau!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kepada cameraman2 itu, maaflah, saya tau awak semua profesional, saya ni cameraman kampung je. kepada yang tetiba menyemak depan mas tu, lain kali tolong jangan potong queue orang ye. first come first serve la... 

Friday, February 24, 2012

Jeram Toi + Jusco Seremban 2

Posted by Mars Laini at 1:43 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah wah wah.. dah lama mas tak update blog. Almaklumlah.. bizi dengan test dan quiz apa semua tuhh.. Haha. Anyway meh sini mas story sket pasal apa yang mas buat weekend lepas. Mas, bid, saadah & dibah pergi jalan-jalan dekat jeram toi.. Hoihoihoi~ best kot!

bid the driver.. haha
kitorang bertolak dari KKNC dalam pukul 10 pagi dek keterlewatan akak tu hantar kereta yang kitorang nak. Yang bestnya, umi & abi bid ikut skali sebab hari tu birthday adik bid. Hehehe..

Macam-macam liku kami tempuhi semasa dalam perjalanan ke sana. Cewah! Masa dalam perjalanan tu jumpa banyak kampung. Ada la pulak satu kampung ni nama dia Kampung Ngoi-Ngoi. Sepanjang jalan kitorang gelak lepas jumpa signboard tu. Hahaha.. 

Lepas sampai tu mulalah nak cari port. Tapi ramai lelaki la pulak yang main kat port yang kitorang nak ni. Adoyai...

muka tak puas hati saadah & dibah.. mas blurr jap.. haha

kita makan dulu!!
Akhirnya kami buat keputusan untuk main je kat belakang tu. Takde orang lain..

basahkan kaki dulu..
bid lencun habis!
operasi menyelamat baldi yang hanyut.. haha
indahnya alam ciptaan tuhan :D
ini kami + adik bid ariff
saadah kena simbah dek bid!
alalala~ sweetnya 2 orang ni.. haha
ready nak turun gelongsor!
Lepas puas berjimba kat situ, maka kitorang pun salin baju dan makan kek pulak. Yela.. kan birthday adik bid.. sekali sorang2 kena buat ucapan daaa... macam radio pulak.. hahaha

ariff the birthday boy~
lagi2 makan!
Lepas tu bermulalah perjalanan kami ke jusco pula. Biasalah.. alang-alang dah enjoy biar merata kita pergi kan. Hahaha. Sesat la jugak walaupun berjalan dengan orang negeri sembilan.

dah nak balik dahh..
makan kat foodcourt jusco dulu..
Lepas tu, kaki ni pulak gatal nak pergi kat bahagian game. So, pergilah kami ke sana. Sekali jumpa mesin gambar automatik. Apa lagi, berjimba lagi la kami. Gambar tu pulak cantik sangat!

dibah dalam mesin tu
hasil kerja mesin tu.. cantik kan??
sayang nak lepas..
Lepas tu sebelum balik, bid sempat lagi main drum dengan sorang budak ni. Layan je dia kata.. Main lagu doraemon.. hahaha lawak kot

bid tengah berduet dengan budak sebelah tu haaa

an an an.. doraemon.. hahaha
Oleh kerana bid pening kepala masa nak balik, so, mas la jadi driver pulak. Takut jap sebab dah lama tak pegang stereng. Tapi bila dah bawak biasa jela. Rekod hari tu ialah 120km/jam. Hahaha best tak?

So tu jela story weekend mas yang lepas. Weekend ni? Study la jawabnya. Huhuhuhu..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
lepas ni nak pergi petrosains pulak. weeee~ tapi bila ntah.. huhuhu 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea