Thursday, July 26, 2012

Kenangan Ramadhan di Tamhidi

Posted by Mars Laini at 11:23 PM
Assalamualaikum..

Apa habaq semua? Camne puasa? Tak ponteng lagi? Baguss!! Tapi kalau perempuan lain lah ye. hehehe. Well, tadi masa mas berbuka puasa dengan air limau nipis + kurma sebiji, mas teringat kenangan puasa di kampus tahun lepas.

Ye ye, dua tiga hari ni asyik mengimbau kenangan lama je. So, mas nak cerita sikit pengalaman puasa tahun lepas. Tahun 2011 ialah tahun first mas puasa tanpa family disisi. Cuma dikelilingi oleh housemates sahaja. Hehehe

Sehari sebelum puasa, roomate mas, bid, bawak berkotak-kotak kurma yusuf taiyoob jenama safia. Mas ambil sekotak. Dia bawak banyak kes ada orang tempah dengan dia la. Jadi tauke kurma jap dia tu. Hehehe

Puasa kat sana memang agak letih. Kalau budak sekolah yang hari biasa balik pukul 2, kalau bulan puasa balik pukul 1. Tapi kami tak! Jadual tetap tak berubah. Tetap balik pukul 5.30pm tetap! Apa boleh buat. huhuhu. Lepas tu dalam kuliah masing-masing buat muka toya. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang tongkat dagu atas meja. Macam-macam lah.

Lepas tu, bila balik je ke kolej kediaman, masing-masing pakat serbu pakcik dan makcik kafe. Ada juga yang beli makanan berbuka dekat luar. Biasalah kalau orang kaya kan.. Tapi mas ni tak kaya sangat so, beli jelah makanan dekat kafe tu walaupun terpaksa berasak-asak dengan orang lain yang serbu kafe jugak.

Paling haru, beli makanan berbuka dengan sahur sekali. Oleh kerana takut basi, mas hanya berani beli ayam goreng dengan nasi putih je untuk bekal sahur. Tu jelah makanan mas sebulan puasa kat sana. Sobs sobs...

Apa pun masa berbuka lah yang paling meriah sebab satu rumah mas berkumpul buat halaqah kat ruang tamu dan makan ramai-ramai. Pergghhh!! Walaupun lauk tak seberapa tapi, sebab keakraban kami, nasi kosong pun jadi sedap. Huhuhu

Lepas solat maghrib sama-sama, kami pun turun ke bawah untuk solat terawih ramai-ramai. I mean, dengan boys la pulak kalau dah turun ke bawah kan. Memang seronok sangat bila dapat berkumpul camtu.

Bila bersahur pula, semua tak banyak cakap. Maklumlah masing-masing mengantuk. Semua makan dekat meja belajar sendiri. Habis makan, mas dengan bid selalunya sambung tidur balik kejap. Hehe, roommate kan, sehati sejiwa la.

Paling tak boleh lupa masa iftar dengan bebudak kelas. Idea ini direncanakan oleh encik kapten dan juga penolongnya disamping untuk meraikan kejayaan kawan kami, Amal, yang berjaya dapat tawaran ke mesir untuk sambung belajar. Sedih juga sebab tu hari last kami jumpa dia, lepas tu dia terus pergi mesir. Tak sempat habis pun semester 1.

Apa pun mas tak tahulah bila lagi boleh dapat kenangan macam tu. Punyalah best, punyalah seronok sampai tak sedar sebenarnya, kami sekelas ni memang rapat macam family. Okay maybe tak macam family sangat, tapi still dapat rasa ukhuwah tu.

Ramadhan mas kali ini dekat hometown sendiri. Mas harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan sentiasalah mencari rahmat dan keredhaan Allah. Selamat berpuasa ya!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
flashback never stop in my mind.. those are very precious memories :) 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea