Saturday, October 20, 2012

Cerita Geng Basikal

Posted by Mars Laini at 11:21 PM
Assalamualaikum..

Hujan telah menjadikan kebiasaan di Nilai sekarang. Namun alhamdulillah, petanda rahmat kepada kita semua. 

Ok mas nak cerita sikit pasal geng basikal TSC 2 ni. Hehe. Pada mulanya mas pun nak beli basikal juga.So, mulalah meminta dengan papa. Tapi alangkah sedihnya. Tak diberi kebenaran kerana papa mas takut tak larat nak naik bukit. Sedih kot.

So, bermula kat situ mulalah pinjam basikal bid. Dah gian sangat nak naik basikal. Mula-mula naik terhuyung-hayang la juga sebab dah lama tak naik basikal. Tapi sekejap je, dah master balik kemahiran lama itu. Hahaha.

Okay geng basikal TSC 2 terdiri daripada syafiqah zakaria, ain fatimah, anis syazwani, yanaza dan auni. Selalu pergi kelas dan balik kelas bersama. Mula-mula mas jeles juga tengok diorang tapi oleh sebab basikal ain ada seat kat belakang, mas selalu tumpang dia la pergi kelas. Jadi la juga sebahagian daripada geng basikal. Hehehe

Walaupun dua tiga hari lepas tu jadi bahan gelak je (sebab diorang tengok pelik ain bonceng mas) tapi mas peduli apa. Benda ni la yang merapatkan kami setiap hari. 

Naik basikal sambil bergelak ketawa. Lepas tu main lumba siapa yang paling laju. Pergghhh... Takut gak tapi pada masa yang sama seronok.

Tapi takpelah. Selagi ada kudrat selagi tulah geng basikal ni akan terus wujud.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
terima kasih kepada ain kerana sanggup bonceng mas pergi kelas.. hehehe
 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea