Friday, December 21, 2012

Tsc2 at Big Bad Wolf Bookfair!

Posted by Mars Laini at 8:32 PM
Assalamualaikum..

Sekarang ni tengah kecoh pasal pesta buku yang buku-buku dia murah tak ingat tu kan? Yeaaa! Big Bad Wolf Bookfair dekat The Mines.. So, pada hari selasa hari tu, kami sekelas tsc 2 bersama ke pesta buku tersebut. Yes, SEKELAS! hebat kan. hehe

dekat ktm nilai
Kira ukhuwah la ni pegi ramai-ramai. Hahaha *bajet*. Ehem.. apa pun setelah mengalami kesusahan mencari tempat parking kat ktm nilai tu, barulah dapat beli tiket dan pegi the mines.

Sampai kat sana kena jalan kaki sikit. Pastu hujan.. Perghh berlari-larian kami. Nasib baik yana payungkan sebab mas tak sihat. Cewah! love you yana.. hehe. Sampai kat the mines, kami berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang nak beli buku dan nak makan. Oleh kerana takde selera, mas pegi beli buku jela.

Masuk kat pesta tu, perghhh macam masuk syurga buku kot. Penuh dengan buku. Kat pintu masuk siap sedia kotak lagi. KOTAK! bukannya bakul atau troli. Memang tahulah yang masuk kat situ memang borong habis-habisan. Fascinated, kitorang berpecah. Mas dengan haziana berkepit je. takut tak jumpa member nanti.

Selesai dua tiga round maka kitorang dapat la buku yang dicari. Mas pergi kat bahagian manga. Ingatkan banyak la manga kat situ. Rupanya banyak manhwa(manga cina & korea) je. terus tak jadi beli.Hahaha


faiz & shifi

murni
Lepas habis beli buku pergi makan lagi. Haishh diorang ni makan je kerjanya. Pastu bantai Coolblog sorang satu. Orang sakit cam mas ni hanya mampu memandang.. arghh jelesnya nak jugak. Lepas solat maghrib, kami pun bertolak balik. Idea ain yang buat kitorang balik naik bot. Alaa.. pakcik bot tu hantar sampai dekat jalan nak pergi ktm je.

atas bot tu^^
Well, kitorang balik dengan letih tapi gembira. Best sebab pergi jalan-jalan satu kelas.

what i've got there
hoihoi~ banyaknya buku.. bila nak habiskan? lepas exam nanti? erkk okay exam =,=

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
dah start baca witches of east end~ haha 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea