Thursday, June 23, 2016

Florentine Cookies

Posted by Mars Laini at 8:19 AM
Assalamualaikum..

Okay dua malam lepas, mak aku tetiba ajak meggodek resepi yang diberi oleh rakan gurunya disekolah. Katanya sedap hingga menjilat jari dan senang untuk dibuat. Oleh kerana esoknya tu cuti Nuzul Quran, aku ikutkan saja kehendaknya. Aku tanya nama resepinya apa, mak aku jawab nama dia "Florentine Cookies" atau lebih dikenali sebagai Crunchy Caramel Almond.

Ini rupa dia. Rasanya korang pernah makan kot.
Kali ni aku nak share macam mana nak buat cookies ni. Bahan-bahan dia simple dan tak banyak walaupun kos untuk membelinya takdelah simple mana (means mahal weh!). Kalau nak try sekali-sekala takpe kot. Okay jom kita menggodek.

Bahan:
1. 200gm tepung Florenta
2. 200gm badam keping
3. 100gm kuaci hitam
4. 20gm bijan hitam

Cara:
1. Bakar badam dan kuaci sebentar dalam oven bersuhu 160C selama 5 minit
2. Satukan semua bahan dalam bekas
3. Gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna
4. Sediakan loyang 14x14 inc (atau suka hati korang la nak saiz besar mana) alas loyang dengan kertas minyak / kertas kek
5. Panaskan oven pada suhu 160C
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan nipis (jangan tebal nanti tak jadi crunchy)
7. Bakar selama 10 minit
8. Sejurus keluar oven terus potong mengikut citarasa anda (jangan tunggu sejuk nanti cookies jadi keras & hancur bila potong)
9. Simpan dalam bekas kedap udara untuk menjamin crunchiness nya.

Wallaaa~

 So, macam ni lah cara nak buat cookies ni. Oh ya, cikgu tu juga ada berpesan bijan hitam tu jangan letak banyak sangat nanti cookies jadi pahit. Okay selamat mencubanya :D

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
crunch, crunch, crunch 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea