Saturday, June 18, 2016

Final Year Dinner IS8TH

Posted by Mars Laini at 12:23 AM
Assalamualaikum.

Happy Ramadhan ke-12. Okay tanpa memerlukan mukadimah yang panjang, ni aku nak cerita pasal dinner batch kami yang diadakan lepas final exam semester lepas. I know, dah lapuk. Tapi apakan daya, tetiba rasa nak menaip (deal with it) haha.

Kami plan dinner ni untuk diadakan selepas paper Wireless (paper killer) malam tu. Dahlah exam habis petang pukul 6 lepas nak berkejaran ke KL pula untuk glam night ni (mata ke atas tangan ke bahu), sebab ada yang balik awal selepas exam, kami terkejar-kejar buat dinner. Nak kasi satu batch datang punya yeahh.

Venue yang dipilih oleh ahli kerabat majlis tertinggi IS8TH (aku bukan ahli majlis) ialah di DisenarSpace, Wangsa Maju. Tempat dia boleh tahan, dengan hiasan mengikut tema yang kami pilih. Oh ya tema kami malam tu ialah Black, Gold & Silver.

Chalk art dengan nama-nama kami satu batch
kelihatan abe pi sedang memberi ucapan
Makanan pun hebat betul. Sedap-sedap semuanya. Ahh korang tengoklah sendiri haha.

abcdefgh

mangkuk abc sedia terhidang

fooooooddd

Macaroon tower ordered by wani
And lepas semua dah habis makan, masing-masing dah buat hal sendiri. Mostly sibuk ambil gambarlah. Apo lagi kan haha.

Dak kelas aku

Gegirls

ahli korum meja aku
belon-belon cinta kah!
Kumpulan The Boys

Satu batch IS8TH
Okeh biarlah gambar-gambar itu berbicara. Nak letak banyak gambar macam insecure pula. Almaklumlah media sosial sekarang bukan boleh dipercayai sangat. Maka aku letak gambar biasa-biasa dahlah ye. Haha

Well, I enjoyed that night very much walaupun murni speed kereta laju gila masa nak balik tu. Moga friendship kita semua bukan setakat ni je tau. Hehe sayang semuanya ketat-ketat.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
lepas ni kalau ada yang kahwin sekelas, bila tunjuk gambar ni kat anak-anak mesti be like "ehh mama duduk depan papa la" ataupun "kenapa papa duduk jauh sangat" hahahaha mimpi mimpiiiiiii XD 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea