Assalamualaikum.
Happy 59th Independence Day Malaysians! Atau bahasa melayunya Selamat Hari Merdeka yang ke 59 rakyat Malaysia! Hehe okay harini aku rasa rajin nak menaip jadi meh baca cerita aku pasal one-day trip aku dan kawan-kawan ke Besut haritu.
Dalam 2 minggu lepas kawan-kawan aku geng CBT #ChemicallyBondTogether bersama kawan sekelas 5SC2 iaitu fiq, scha dan yam plan untuk hiking di Bukit Keluang. Kat mana Bukit Keluang? Dekat Besut, Terengganu (yeah sila Google kalau nak tahu). Boleh dikatakan salah satu hiking spot yang famous di pantai timur ni. Jadi plan punya plan, aku pon jadilah nak ikut serta.
Perjalanan kami bermula agak lewat sedikit daripada jadual hiking yang biasa kerana banyak errands perlu disudahkan pada pagi hari kejadian tu. Maka tolak-tambah dalam pukul 9.30 pagi barulah kami sampai ke Pantai Bukit Keluang. Okay meh nak cerita. Menariknya Bukit Keluang ni kalau korang tak nak hiking, bolehlah singgah kat pantainya iaitu Pantai Bukit Keluang. Nak picnic, nak main water sport atau nak jalan-jalan sahaja pun boleh kat sini.
Okay setelah sampai, kami berempat ni pun (aku dan kawan-kawan akulah yang naik satu kereta) bertemulah dengan lagi 3 orang tu (fiq, scha, yam). Masa tu lah kami decide nak start naik kat mana. Aku yang tak biasa ni ikutkan saja apa diorang bincang haha. So, starternya kami mula daki dekat tangga first yang kami nampak masa sampai.
Perghh curam dia tu takyah cerita la (untuk beginner macam aku la). Menurut seorang kawan aku tempat yang kami start ni kebiasaannya tempat orang yang dah nak turun ke bawah. Aku pon tak tahu macam mana nak turun dalam keadaan licin sikit dan curam camtu. Nak naik pun dah termengah. Aku sebenarnya dah berdebar bila dah separuh jalan naik kat atas tu sebab aku ni gayat sikit. Dalam fikiran aku mulalah terfikir "ish kalau aku tergolek ke bawah ni maunya tak berenti tergolek" hahaha. Tapi oleh kerana dah separuh jalan naik, dan aku pun dah takut nak patah balik sebab jalan tu curam, maka aku gagahkan diri juga daki dengan bebudak ni.
Okaylah setelah beberapa kali berhenti ambil nafas dan ambil gambar dipendekkan cerita kami pun sampailah ke puncaknya. Dari atas tu korang boleh nampak pulau yang macam bentuk ikan paus. Ada disediakan satu pondok besar untuk kita berhenti berehat. Port nak ambil gambar pun cantik kat atas tu. Bebudak ni semua daredevil betul ambil gambar kat tempat bahaya. Oleh kerana aku ni jenis gayat dan mementingkan keselamatan maka aku berdiri di tepi saja haha.
Selesai bergambar kat atas tu sepuasnya. Kami semua pun turunlah dengan gembira (aku memang dah tak sabar nak turun). Alhamdulilah jalan nak turun tu kurang curam dan sangat mudah walaupun aku ada juga tergelincir sekali dua. Kawan aku cakap tempat kami turun tu lah yang biasanya pendaki akan start naik sebab lebih mudah nak cepat sampai ke puncak. Bagi aku, aku rela naik kat tempat yang susah tadi daripada turun kat situ. Well, pendapat masing-masing lah kan. Sesampainya di bawah kenalah berjalan kaki ke kereta sebab tempat turun tu jauh pulak dengan tempat parking tadi.
Selesai sudah part hiking, maka kami pun bergerak untuk mencari port picnic pula. Port nya dimana lagi kalau bukan di tepi pantai Bukit Keluang tu. Nasib baik banyak pokok-pokok rimbun tepi pantai maka banyak jugalah tempat yang teduh untuk bersantai.
Masing-masing mengeluarkan bekal yang dibawa. Gambar diatas tu sikit je tu. Ada lagi yang tak masuk gambar. Sesi bersantai tu takdelah santai mana sebab kami diganggu oleh dua ekor kucing yang nak bergaduh. Kalau duk diam-diam makan sekali takpe. Ni asal dekat, je nak bercakaran asal dekat je mengiau kuat. Ada la juga sesi pinggan terpelanting, pasir termasuk atas tikar haha.
Selesai berpiknik maka kami #CBT dan fiq, scha, yam berpisah haluan. Haha ayat macam nak pergi jauh je kan LOL. Geng aku decide kami nak pergi LA Hot Spring yang terletak di Jerteh manakala fiq, scha dan yam ingin mencari homestay. Maka masing-masing membawa haluan sendiri selepas itu.
Selesai solat di sebuah masjid (lupa nama apa) maka kami berempat bergeraklah ke destinasi. Dekat dengan sejam juga duk pusing-pusing last sekali tak jadi pergi LA Hot Spring sebab tak tahu jalan haha. Sebaliknya kami mengubah arah ke Lata Belatan, Besut.
Kawasan ni memang sesuai untuk beriadah, berkelah atau berkhemah. Siap ada tempat nak BBQ lagi. Air dia pun jernih. Oh ya ini memang kawasan air terjun. Masa kitorang sampai tu takdelah ramai orang. Mungkin bukan hari minggu kot. Tapi ada lah satu dua group yang tengah mandi-manda kat situ. Aku ambil keputusan untuk tak turun join bebudak tiga ketul tu mandi.
Aku duduk je kat batu berdekatan sambil ambil idea writing aku thanks to the green floras around. Aku ada la juga main celup-celup kaki dalam air tepi-tepi macam tu. Celup kaki je la. Hahaha.
Trip kami disudahi dengan solat asar di surau kecil tempat ni dan kami bergerak pulang. Seriously pengalaman yang aku dapat memang best lagi-lagi part time nak hiking Bukit Keluang tu. Next time aku kena fikir dua tiga kali juga bila kawan-kawan ajak hiking ye. Haha apa pun dalam berjalan-jalan ni janganlah kita lupa untuk menghargai anugerah alam dan keindahannya yang Allah SWT dah bagi kat kita. Kemana kita pergi, jaga kebersihan dan paling penting, jaga adab kita di tempat orang.
Okay kalau ada entry menarik lagi nanti aku cerita. Tu pun kalau aku rajin lah ye. Hahaha. Till we meet again. Adios!
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
balik rumah je sakit urat, sakit lutut XD
Kelemahan dan Keburukan Seseorang Juga Merupakan Satu Rezeki
-
Assalamualaikum w.b.t
Dalam Islam, kita percaya kepada rezeki. Dan rezeki juga sering kali
dikaitkan dengan "Luck". Kita boleh berusaha untuk dapatkan r...
2 years ago
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P