Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah tahun 2016 ni. Bulan dimana umat Islam diberi rahmat dah pahala berganda-ganda oleh Allah SWT. Amacam, excited tak nak puasa tahun ni? Hehe
Oppss terlupa. Apa khabar readers semua? Harapnya sihat dan sentiasa dalam jagaanNya hendaknya. Maafkan aku kerana dah lama biar blog ni bersawang. Tengok-tengok rupanya baru 1 entry aku tulis tahun ni. Alamak, alamak. Minta maaf semua. Aku sibuk dengan internship aku (takdelah sibuk mana sebenarnya) dan takde idea nak tulis entry apa XD plus aku memang banyak procrastinate tahun ni entah kenapa haha
Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni marilah kita bersama double kan ibadah yang kita buat:
1. Lebihkan solat-solat sunat daripada yang biasa kita lakukan.
2. Tadarus Al-Quran (lebihkan juga)
3. Bersadaqah
4. Berzikir
5. Dan amalan-amalan lain yang menambahkan lagi 'saham' akhirat kita
Ringankan tulang untuk tolong mak-mak kita (atau housemates kita kalau duk rumah sewa) di dapur time ifthar dan sahur. Bukan orang perempuan je tau yang wajib ke dapur. Anak teruna pun apa salahnya turun membantu, baru dikatakan calon menantu soleh cewahhh (haha gurau gurau) XD
Oklah aku pun dah tak tahu nak tulis apa. Korang kalau ada apa-apa request atau idea nak aku tulis pasal apa bagitahu lah ye. Insha Allah aku usahakan. Walaupun sebelum ni aku dah janji nak cerita pengalaman aku gi Melboune, ermm tapi tunggulah aku ada kerajinan nak menaip macam harini hahaha.
Akhir kata, selamat melaksanakan ibadah puasa bagi Muslimin & Muslimat diseluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita daripada tahun-tahun sudah. Insha Allah.
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
sahur dengan kurma, buka puasa pun dengan kurma :)
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P