Thursday, September 5, 2013

To Become a Tougher Me

Posted by Mars Laini at 11:38 AM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Fuhh fuhh dah berapa lama blog ni bersawang. Harap maaf readers, mas tak sempat nak update apa-apa. Sibuk main game dan jadi surirumah berjaya cuti-cuti ni. Hewhew.

Well september yang menjelma ni bakal menjadi langkah baru untuk mas memulakan tahun kedua mas di usim. Sebelum-sebelum ni dua semester di tahun satu dah banyak yang dilalui. Pahit manis dalam belajar, alah bisa tegal biasa.

Mas kerap jatuh dan luka dalam proses menimba ilmu ni. Tanpa sokongan family dan kawan-kawan, susah mas nak bangun semula. Memang nak jadi kuat tu susah. Kuat luaran, semua orang boleh buat. Kuat dalaman? Tepuk dada tanya iman.

Mas belum punya kekuatan dalam diri. Susah nak jadi kuat. Betul. Tapi still berusaha untuk mencapai ke arah itu. Jatuh bangun. Jatuh bangun lagi. Luka banyak mana, sakit banyak mana memang diakui susah untuk bangun semula. But what choice we have? Duduk disitu dah biarkan luka itu mengalirkan darah? Atau bangun semula dan cari penawar untuk hentikan darah itu?

Buka semester baru, tahun baru dalam kehidupan kampus ni mas harap kita semua makin matang dan kuat dalam menuju alam yang makin mencabar ni. Note to myself juga. 


Friends, I hope we will always stand hands by hands, shoulders by shoulders in this tough journeys to find knowledge. Kawan jatuh tolong dia bangun balik. Bila berjaya, sama-sama berjaya. Kita tak tinggal sesiapa di belakang. Okay? :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
I hope to become a tougher me next time. Pray for me, pray for us :')

2 comments:

Nadia Amran said...

good luck for the next semester mas! ganbatte yo! selamat melalui satu lg fasa baru kehidupan!

YaNaza said...

good luck mas. nobody left behind :)

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea