Friday, February 20, 2015

Roti Titab

Posted by Mars Laini at 8:54 PM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Okay entry kali ni nak cerita pasal sejenis makanan yang bernama roti titab. Haaa kalau datang kelantan, roti titab ni famous sebagai menu breakfast dekat kedai yang bernama Kopitiam Kita. Aku tak pernah makan roti ni kat situ, cuma dengar kawan-kawan yang pernah makan je cerita.

Alkisah dipendekkan cerita, aku terbuka cerita pasal roti titab ni dalam kereta on the way nak balik rumah. Encik ayahanda tercinta pun macam tertarik dan immediately suruh balik rumah buatkan untuk dia walaupun dia sendiri tak tahu bagaimana rupa sebenarnya roti tersebut.

So petang tadi aku pun acah-acah la try buat sebab encik ayahanda nak makan. Resepi pun aku main google je (sebenarnya aku google cemana nak buat telur separuh masak yang perfect). Okay instruction dia seperti dibawah:

Bahan:
Roti slice (jenama ikutlah apa-apa pun)
Telur (ikut berapa banyak korang nak makan)
Mentega/Marjerin
Kaya

Cara:
1. Sapukan mentega/marjerin kat roti, letak dalam toaster then ching! tunggu dia melompat keluar haha (atau korang bakarlah roti tu ikut cara korang suka)

2. Jerang air agak-agak air tu bila kita letak telur, telur tu tenggelam. Jerang sampai air tu menggelegak then tutup api.

3. Immediately, letak telur dalam air tadi. Letak slo-slow tau sebab air dah panas takut affect telur tu. Masa sangat penting kalau nak telur separuh masak tu jadi perfect. Aku set masa selama 7 minit then terus angkat telur keluar.

4. Letak kaya dekat 4 penjuru roti yang dah dibakar tu (aku letak lebih sikit sebab encik ayahanda suka kalau manis sikit).

5. Pecahkan telur tadi kat tengah-tengah roti.


tadaaaaa
Tudia roti titab dah siap. Korang boleh saja alter resepi tu ikut kesukaan masing-masing. Yang penting, encik ayahanda suka roti ni! Yeayy!! First attempt success!! Hehehe

Boleh pakat try cuba di rumah ye.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
roti ni buat minum petang or makan bebila pun boleh, tak semestinyatime breakfast saja :)

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea