Sunday, October 11, 2015

Travelog Mahabbah Ceritera Kembara di Bumi Melbourne -Day 1-

Posted by Mars Laini at 1:27 AM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Apa habaq semua? As promised aku pernah cakap nak cerita tentang GISO group aku ke Melbourne, Australia hari tu kan? So this is the starter. Sebelum sibuk dengan kerja-kerja final year student dan tak ada masa nak menulis, let me tell you about my first day there. 

Oleh kerana semua daripada kami first time jejak Australia ni, maka kami pakai khidmat agent XploreVIC Private Tours. Boleh ushar service diorang kat http://www.xplorevic.com/ 

Sesampainya dekat Melbourne International Airport, kami stuck agak lama dekat bahagian imigresen. Akhirnya, hasil toleransi antara guru pengiring kami, dengan pakcik yang jaga kaunter tu, group kami check out dari kaunter imigresen secara group (5 orang sekali check out). Alhamdulillah. Kalau tak lagi lama kami stuck kat situ. Kami disambut oleh Bro Hamzah from Xplorevic as our private tour guide sepanjang 6 hari kami berada di sana. 

Keluar je daripada airport, masyaallah, sejuknyaaa!!! Macam masuk dalam peti ais tiba-tiba. Maklumlah Melbourne masa tu tengah pengakhiran musim sejuk. Salji dah takde tapi angin sepoi-sepoi tu masih lagi sejuk tahap perghhh.

tugu depan Melbourne International Airport
Lepas tu kami beramai-ramai naik bas ke tempat penginapan kami iaitu IBIS budget hotel. Nama je budget hotel tapi dia punya service sangatlah tip top. Memang sangat puas hati menginap kat situ. Oh ya lupa, nama driver bas kami tersebut ialah Uncle Jimmy atau panggil dia Jim sahaja. Baik orangnya, suka sembang-sembang dengan kitorang.

Siap check in hotel, letak barang semua, kami pergi lunch dulu. Dah masuk tengahari. Kami lunch di Little Ipoh. Satu restoran yang semua makanan melayu kat sini. Owner dia pun melayu. Sepanjang kami kat sana, Little Ipoh nilah tempat kami makan. Sesiapa yang memang tekak melayu sangat tak boleh makan western maka bolehlah berkunjung kat Little Ipoh ni masa kat Melbourne.

depan Little Ipoh, baru lepas makan hehe

Habis makan, kami bergerak ke RMIT University untuk sesi forum bersama IKRAM Australia di sana. Forum berkisar tentang kemerdekaan disampaikan oleh bro Muiz, student Malaysia dekat RMIT, course chemical engineering. Tapi forum kami stop sekejap sebab nak kejar masa dan ikut schedule. Maka kami pun bergerak ke State Library of Victoria. Jalan kaki sajo dari RMIT. To be honest, duduk dalam bandar Melbourne ni memang banyak jalan kaki, takpun kalau malas sangat naik basikal atau trams di sekitar city tu. Memang budaya diorang macam tu.

bahagian dalam library, semua tu meja study tau

kat luar library tengok pakcik-pakcik ni main chess
pintu depan library

kami kami semua ni la

 
pandangan sisi library


State Library of Victoria ni boleh dikatakan library tertua la yang ditubuhkan di sana. Bahagian dalaman dia macam gambar di atas, yang bahagian bawah tu tempat study dan tingkat-tingkat atas pula umpama muzium. Umpama muzium tu means, ada pameran barang-barang sejarah berserta penerangannya. Memang best sangat konsep library ni. Kat luar library pula ada dua set chess yang macam pakcik-pakcik kat atas ni main. Aku tak sempat nak main sebab masa tu kedua-dua set ni dah ada orang tengah main. So, hanya snap gambar orang lain sahajalah. Haha. Guide dalam library tu pula ialah bro Alex.

bro Alex sedang memberi penerangan
Memang setiap inci library tu bro Alex ni brief kitorang. Kat sini kena keep up dengan diorang punya english sikit. Australian english mungkin lain sikit slang dia daripada english biasa dan diorang pun cakap laju woi. Biasalah kan.

Habis je dekat library ni, kami sambung forum dekat RMIT. Boleh pula macam tu kan? Hahaha memang pon. Forum kami berakhir dengan jayanya juga.

dengan IKRAM Australia
Habisnya program untuk first day, kami bergerak ke salah satu laman dalam RMIT University ni. Masing-masing macam dah ntah pape. Maklumlah first day kat negara orang kan. Haha

ready nak lompat semua haha
Kami buat sesi post mortem program dekat laman ni juga. Plan untuk hari esok semua. Siang hari ok lagi suhu kat sana dalam 10 °C. Tapi bila menjelang malam, turun dekat 6°C jugak lah. Mengigil sampai berlaga gigi kot sebab tak biasa dengan suhu.

So, macam ni lah first day kami di Melbourne. Jetlag tak habis lagi turun flight terus start program. Tabah mereka semua ni haha. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Day 1 dah habis, tunggu aku cerita Day 2 pulak nanti kay :) 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea