Sunday, November 20, 2011

Kisah MUET dan LCCT

Posted by Mars Laini at 5:41 PM
Good evening everyone..

Hari ni tepat pukul 7.35 pagi waktu Malaysia, mas sampai kat Kelantan. Bestnye.. hehehe sebab dah lepas MUET la..

So, mas nak cite sket ada apa dengan MUET nih. Pada pagi 19 oktober tuh, mas dengan housemate mas bersiap sedia dengan penuh semangat nye untuk menghadapi peperiksaan muet. Maka kami pon bertolak lah ke stadium tertutup nilai sebab sebelum ni cikgu2 kata reading dengan writing buat kat situ. Kami pon pegi kat situ la.

Sesampainye kat situ dah ramai orang. Bukan bebudak tamhidi je yang ambil muet rupenye. Mas pon ade la juga nampak the most popular person among the girls iaitu YDP USIM kita. Hahaha

Berbalik semula ke topik asal. Bila mas check nombor angka giliran mas dengan housemate mas tuh, dua2 takde. Kitorang dah gabra dah sebab lagi 5minit nak stat peksa. Tup tup, baru tahu bahawa tempat ujian mas dengan kawan mas bukan kat stadium tapi dekat DKP 2. Mak ai! Dah lambat gile kitorang!

Nasib baik ada bas. Tapi pakcik bas tu henti2 membebel kat kitorang dalam perjalanan tu. Pelik betul lah mas. Bukan ke memang tugas diorang bawak bas? Asal nak marah2 pulak. Gaji jalan ape. Pakcik bas tu berenti dekat depan jalan je. So kami terpaksa lah jalan kaki masuk ke DKP 2 tuh.

Masuk2 je dewan tu memang tak ramai sebab kena duduk selang2 kerusi. Tapi pengawas tu dah membebel. Dia cakap budak usim lah yang paling tak dengar arahan. Ape pulak> Bukan salah kitorang datang lambat. Diorang yang tak bagitau awal2 tempat sebenar peperiksaan tu dijalankan. Dahla pengurusan tak cekap. Pastu cakap kitorang mengganggu peperiksaan pulak. Macam2 la.

Lepas tu sape2 yang dah dapat kertas mase tuh dah boleh stat. Masalahnye, mas dah dapat kertas, nak stat camne kalau dia asyik membebel je kat depan? Camne nak fokus. Kawan mas kat sebelah pon dah buat muka menyampah dah. 

Tak nak cakap banyak, kitorang abis muet dalam pukul 12.30. Masing2 tak sabar nak tinggalkan dewan yang 'mesra pelajar' tuh. Petang tuh pulak mas bertolak ke LCCT Airport sebab kawan2 mas nak pergi awal walaupun flight kitorang pagi esok tu.

Hujan agak lebat la jugak. Kilat sabung-menyabung. Dalam pukul 7 kitorang sampai la kat LCCT tu. Mula2 kitorang solat maghrib dengan isyak dulu barulah pergi kat McDonald sebab nik nak online. Rupenye ramai juga kaki kacau kat cni ye.

Eh lupe, kita kat KL kan. benda camtu biase la. Tapi agak menyampah la jugak. Diorang ni takde keje lain ke?. Malam tu macam2 ragam manusia yang boleh mas nampak. Ade yang baik la, ada yang cerewet la. Macam2 hal. Ape pon kitorang tido dekat meja McD tu jugak. Macam la mas tido. Macam mane nak tido? Orang asyik tengok je. Tapi kawan mas yang 2 orang tu dah tak bergerak macam tunggul dah. Mas stay sampai pagi. Huh! Seksa betul. Pagi tu mata dah bengkak2.

Pagi tu agak rushing la jugak sebab panggilan untuk flight ke KB dibuat 5 minit awal. Kitorang jalan laju2. Nasib baik sempat. Ape lagi, naik je atas flight tuh, memang fokus utama kitorang tido la. Hahaha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
balik rumah pon sambung tido lagi.. wahahaha

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea