Friday, August 26, 2011

Majlis Ifthar TTS 8

Posted by Mars Laini at 12:26 AM
Assalamualaikum semua..

Wah! Dah lama mas tak update blog ni kan? Hehehe sori la buzy je memanjang. Alang-alang nak tulis ni, mas nak story sket pasal ifthar tutor tts 8 yang happening ni.

Majlis ni sebenarnya dicadangkan oleh Bid. Maka ia diterima pakai oleh sebahagian bebudak tts 8 (sebenarnya separuh budak pompuan tak pergi). Maka kami 8 orang lelaki & 12 orang perempuan pon bersamalah menjayakan majlis itu. 
fairuz, aku, bid & izzati

 mula-mula kami berkumpul kat masjid nilai dulu. Lepas maghrib tu barulah bebudak lelaki tu ambil kitorang. Driver kami ialah Shakir dan Safuan. Maka kami pon menujulah ke destinasi yang dicadangkan tu. 

Masa tu dah pukul 8 lebih dah. Kami sampai la kat restoran tu. Memang tiada orang la. Macam tempat tu dah dikhaskan untuk kami plak malam tu. Cewah! Majlis kami dimulakan dengan ucapan daripada ketua kami yang berwibawa iaitu muhammad miqdam.
miqdam    

Kata-kata ketua kita ialah "lepas ni sama2lah doakan kejayaan kita satu kelas." Itu je yang dapat aku ingat. Lepas tu diikuti oleh ucapan dari amal. Yela. Dia dah nak pergi mesir lepas ni. Huhuhu. Lepas tu ucapan dari hajar plak. Oleh kerana muka sorang-sorang tu dah nampak kebulur, maka tanpa ditangguh lagi kami terus la capai pinggan. Hahaha.

Makanan pula memang banyak sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana satu. So, ambil jela apa yang tangan ni boleh capai. Sambil makan sambil buat lawak. Apa la diorang sume ni. Tapi sebab tu lah suasana jadi riuh semacam je. Hahaha. Selesai je makan bebudak lelaki main snooker la plak. Kitorang nak main kang nampak cam tak betul plak. Main snooker pakai baju kurung. Tak ke pelik tu?


So untuk mengisi masa sementara bebudak lelaki tu main, kitorang pon ambil la gambar. Last skali sume pon dah penat akhirnya driver pon ajak la balik. Apa lagi? Balik la. Kitorang balik kknc dalam kul9 malam. Balik tu, dibah & yana dah pun balik. Yela. Esok kitorang last kat sini. So, korang pon apa lagi? Balik lah juga!


O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D
lepas ni raya rumah ketua plak. hahaha

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea