Monday, July 20, 2015

Salad Kentang Simple

Posted by Mars Laini at 9:14 PM
Reactions: 
Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada seluruh umat Islam. Ketupat rendang kuih-muih jangan dilupa. Ewah macam dah menyanyi pulak hehe.

Harini terasa jemu sebab dah 3 hari duk makan makanan raya so aku amik keputusan untuk buat benda lain. Check dalam peti ada kentang lebih jamuan chicken chop kelmarin maka aku buat salad kentang simple gila punya.

Masa tengah duk rebus kentang tu papa pula tanya tengah buat apa.

Papa: nak buat apa rebus kentang ni?
Me: nak buat salad kentang sikit japgi
Papa: biru la mata tu jap lagi
Me: hah kenapa? (andaian kena penyakit ke apa)
Papa: yela dah makan potato, dah macam orang puteh dah

lulz sangat encik ayahanda aku ni maka aku tergelak disitu haha. apa pun resepi aku pakai ni sendiri tibai punya je.

Bahan:

1. Ubi kentang 2 biji
2. Mayonis
3. Serbuk black pepper
4. Serbuk white pepper
5. Garam halus secukup rasa

Cara:

1. Rebus kentang sampai masak (aku selalu rebus sampai air tu tinggal separuh)
2. Buang kulit kentang tu dan potong dadu 
3. Dalam sebiji mangkuk, gaulkan kentang dengan semua bahan lain tadi
4. Taraa dah siap :D

Kan dah kata ni resepi cincai je tapi cukuplah untuk bagi hilang muak makan benda sama je. Oh yeahh. Portion ni untuk 1-2 orang makan je. Kalau nak lebih pepandai korang lah tambah.

Enjoy!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D
dah timbang berat belom? hehehe 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea