Saturday, June 22, 2013

'Mermaid Mars' at PD

Posted by Mars Laini at 7:42 AM 0 comments
Assalamualaikum..

A night without sleep but still a useless me. Satu malam tak tidur sebab nak buat coding game Mastermind. Tapi mas tak membantu sangat pun. Hanya mereka yang bijak pandai dalam group mas yang mampu buat. Mas ni cuma tengok je dari tepi. Huhu. Akibat tak tidur semalaman, pagi esok semua jadi zombie. Effect dia kat semua orang, perghh.

Petang tu, walaupun letih tak tidur, mas dengan roommates serta roommates jiran depan pergi Post Dickson. Alasannya nak release tension sama-sama sebab lepas ni dah tak duduk kk1 bersama dah. Sobs sobs. Sedih pulak. So, dengan dua buah kereta kami pun bertolaklah ke sana.

bersama roommates tercinta
Sampai je terus kecebur dalam air diorang ni. Tak sabar-sabar semua ha. Hahaha. Mula-mula diorang main banana boat. Oleh kerana mas tak reti berenang dan takut tenggelam, mas teman zati je dalam motobot yang tarik banana boat tu. Yang lain, kak tirah, kak waina, kak nida, kak min, nai dan atin semua naik banana boat. Hahaha.

Masa mas kat dalam motobot tu. Rasa cam best pulak. Hilang kejap rasa sedih dan masalah tu. Abang tu bawak laju gila. Air laut tu dekat je dengan mas dan rasa tempias dia. Tetiba rasa cam mermaid pulak. Ahahaha perasan la mas ni :p

Nampak diorang jatuh tenggelam dalam air bila nak sampai pantai tu memang kelakar. Hahaha. Terbalik abis banana boat tu. Lepas abis tu, kami main-main air kat pantai tu jela. Sekali diorang bawak mas pergi kat area yang mas tak cecah kaki (maklumlah pendek), tenggelam timbul macam nak lemas. Masa tu mas fikir "aku ada 3 paper lagi tak jawab!!". Apa lagi ditariknya zati yang ada depan mas ni. Sampai dia tenggelam sama. Hahaha

keadaan bila masing-masing dah mula berjimba
Mas main sekejap je sebab air laut yang masin tu mula buat muka mas panas dan bibir merekah. Nasib baik nai pun tak nak main lama-lama jadi kami berdua pun pergi membersihkan diri dulu. Tinggal bebudak lain yang macam tak pernah jumpa air laut tu main.

Pastu pergi makan kuey tiow kungfu dengan nai. Serious, sedap sangat. Hehe. Lepas tu kami pergi solat maghrib dan makan malam barulah balik. Sebab dah tahu jalan balik, maka mas tinggalkan akak kat belakang. Driving like a boss. Hahaha.

Mungkin ini masa last kami semua bersama. Lepas ni mula membawa haluan masing-masing. Mungkin dah tak jumpa. Haish sedih la pulak. Tapi dengan memori yang ada, ukhuwah kita yang terjalin takkan putus selamanya. Sobs sobs. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Lagu tema post ni, Cebisan Kenangan- Amar
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea