Hai hai apa khabar semua. Kepada yang bercuti macam mas, selamat bercuti, kepada yang masih belum cuti, sabar je la eh.. Hehehe
Hampir seminggu dah mas balik cuti kat kelantan ni. Tapi masih lagi belum nak boleh adapt dengan cuaca baru yang panas membakar ni. Suhu di Kota Bharu hampir mencecah 34 darjah celcius. Huh panas betul. Hari tu pun mas dah terkena heatstroke. Nasib baik kat rumah, kalau keluar pengsan la alamatnya.
map nilai |
map kota bharu |
Kalau dekat nilai, waktu pagi tu still nampak gelap lagi, waktu tengahari matahari biasa-biasa sahaja memancar, waktu petang angin sepoi-sepoi bahasa, malam kadang-kadang hujan.
Kalau di Kota Bharu pulak, pagi, tengahari, petang memang membakarlah panasnya. Malam kadang-kadang ribut petir melanda.
Sejak mas balik ni, air mineral sudah menjadi minuman favorite mas. Tak boleh lekang. Duduk kejap mesti rasa nak minum air. Tengok tv kejap je dah pergi dapur ambil air. Perghh.. panas la katakan.
Cuaca sekarang dah makin tak menentu. So, korang semua pandai-pandailah jaga kesihatan yer.. Minum sky juice banyak-banyak oke..
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
jangan ada yang merasa heatstroke macam mas plak...