Sunday, March 11, 2012

Mukhayyam Arabi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 8:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Kaifa halukum?? Hehehe.. demam mukhayyam arabi masih terasa walaupun baru kelmarin tamatnya program itu. Best la juga. Mas dapat ustazah yang sporting sangat2. Syukran jiddan ustazah!

Program ni bermula pada petang jumaat lagi sebenarnya. Mas pon tak pasti apa tujuan ustaz wan buat program ni. Tapi rasanya tiap2 tahun ada. So, walaupun malas dan mengantuk pada asalnya, mas pergi la juga mukhayyam petang tu. Senang cerita mas panggil mukhayyam ni kem la. Walaupun tak tidur kat usim (pernah dengar rumours yang cakap kena tidur dalam khemah!)

Bermulanya pukul 3pm, maka bermulalah kem itu. Mas terpaksa naik tingkat 3 sebab lif tu lembab sangat. Masuk bilik tutorial 12. Ustazah bagi group mas namanya siti amina. Comel sangat. Baik pulak tu.. hehehe

Petang tu takde apa sangat. Just discuss je dengan kumpulan. Yang happeningnya hari sabtu tu la. Pagi tu mas datang awal sebab nak jaga tempat makanan (atas arahan miss afzan ye!). Tapi dah ada yang tolong jagakan. So, mas malas nak menyibuk, mas duduk je dan tengok budak2 tamhidi yang lain lalu-lalang kat situ.

Bosan jaja muka kat situ, mas pun naik ke tingkat atas balik. Pagi tu memang 1 jam 30 minit tu, ustazah cerita je pengalaman dia kat Jordan. Tak belajar la dengar cerita dia. Hahhaa... Ustazah bawak anak dia kot!

Lepas tu, tengah hari tu berlalu tanpa arah tuju. Mas duduk je dekat DKS dengan mimah, anis dan fairuz. Boring la pulak. Dalam pukul 2.30 pm tu baru mas naik kat tingkat 5 untuk majlis penutup tu.

Mas yang datang awal, so mas la duduk depan  kan. Tapi hot la jugak dengan seorang dua budak nih. Ada ke patut, dah la datang lambat, dibantainya pulak datang duduk depan mas yang dah cop depan awal2 ada ke patut?. Memang geram la jugak. Nasib baik miss faeza kata tempat depan tu untuk lecturers. Terpaksalah diorang pergi belakang.

Tak kurang juga yang berlagak nak jadi cameraman, dibantainya jugak duduk bertenggek depan mas yang tengah rakam video persembahan ni. Habis rosak video dek termasuk gambar diorang yang kontrol jadi fotografer tu. Tolonglah makcik! Nak menunjuk pun ada tempatnya. Bukan mas je, orang2 sebelah mas pun bengang dengan perangai orang yang jenis potong queue ni. Aishhh...

Ok, selesai sesi membebel. Hehehe. Persembahan petang tu memang mantop lah! Paling mantop semestinya dari group Sc Tech la kan. Hehehe. Budak laki buat boria manakala perempuan buat choral speaking.

Budak law lelaki nasyid, yang perempuan pantomin. Yang akaun lelaki plak dikir barat, yang perempuan sajak. Dentist dan medic gabung buat dikir barat dan lakonan. Hahaha. Memang gelak habis lah. 

Bila semua dah selesai, Dr. Nurlida bagi ucapan penutup. Semua dapat hadiah. Takde yang menang dan takde yang kalah. Fair and square. Lepas tu mas dengan dibah terus keluar dari dewan tu. Nak balik cepat la katakan. Berlari turun tangga! Hahaha. 

Lepas sambar kek dan karipap serta air kotak laici, mas dan dibah terus berlari ke arah bas. Nasib baik dapat duduk. Hahahaha. Tapi kami tak berebut tau!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kepada cameraman2 itu, maaflah, saya tau awak semua profesional, saya ni cameraman kampung je. kepada yang tetiba menyemak depan mas tu, lain kali tolong jangan potong queue orang ye. first come first serve la... 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea