Wednesday, March 13, 2013

Best Birthday Ever!

Posted by Mars Laini at 6:46 PM
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas oleh Allah di bumiNya. Semoga 20 tahun kurniaan daripadaNya ini membolehkan mas berusaha untuk menjadi seorang anak soleh, pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang tawadhuk, insyaAllah :')

Kali ni mas sambut ulang tahun hari lahir dekat kampus sekali lagi. Kali ni memang tak sangka, extraordinary, dan sangat special. Terharu ada, sebak pun ada.

Hari selasa 12/3/2013:

Kawan-kawan sekelas ajak mas keluar. Nak belanja makan malam katanya. Maka kami pun bertolak la ke sebuah restoran berdekatan dengan Bandar Baru Nilai. Still tak syak apa-apa sebab mas tahu, diorang memang dah tahu hari ni birthday mas. Normal la kalau diorang kata nak belanja kan.

Sekali bila duduk je kat meja yang disambung sebanyak 3 buah just untuk kelas kitorang je, diorang letak kek sebijik depan mas. Secret Recipe punya chocolate indulgence. Perghh... kat situ jugak rasa macam nak burst into tears. Terharu sangat-sangat.

Siap ada tukang baca doa lagi (shifi). Hahaha. Serius, tak pernah ada orang sambut birthday mas camni. This one is really special one. Malu kejap bila diorang suruh potong kek bagai. Ambil gambar bagai. Rasa macam artis kejap. Ahahaha :p

Oleh kerana mas tak berapa sihat, so, makan pun tak habis. Nasi dengan tomyam yang sedap tu mas hanya makan suku je. Tak luak pun. Kek pun makan tak ada rasa. Tersangatlah sedih.

Well, malam tu juga dapat hadiah yang mas tak pernah dapat seumur hidup ni. Rasa macam..... waahhh!!!! bestnya!! 

redstar from anis, nama dia miss mochi ^^
saber's art from syafiq :D
Rasa macam... weeeeeee!!!!! I truly like both of it! ^^

Sebenarnya, dalam kita duk happy happy sambut birthday ni, kita kena ingat. Bila bertambahnya umur kita, maka makin dekat kita dengan kematian. Bila Allah bagi peluang untuk kita hidup sampai sekarang, rasa pengalaman pahit manis kehidupan, ajar kita erti kesusahan dan kesabaran, semua tu ada hikmahnya.

So kawan-kawan, hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Allah sentiasa bagi apa yang perlu dan apa yang terbaik untuk kita. Have faith on Him :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
wish from other friends to me: semoga panjang umur, murah rezeki, pandai dan cemerlang dalam pelajaran, dapat jodoh yang terbaik.. ececece.. hehehe thanks you all, May Allah bless us always! :D
 

4 comments:

mudz abdul halim said...

may allah bless you mas =D

Anonymous said...

saya suke popst nie . :)

YaNaza said...

:)

Ms.na said...

Happy Belated Birthday!

Life is a remarkable journey, embrace it. :)

p.s: I've got a sweet tooth too

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea