Saturday, June 22, 2013

'Mermaid Mars' at PD

Posted by Mars Laini at 7:42 AM 0 comments
Assalamualaikum..

A night without sleep but still a useless me. Satu malam tak tidur sebab nak buat coding game Mastermind. Tapi mas tak membantu sangat pun. Hanya mereka yang bijak pandai dalam group mas yang mampu buat. Mas ni cuma tengok je dari tepi. Huhu. Akibat tak tidur semalaman, pagi esok semua jadi zombie. Effect dia kat semua orang, perghh.

Petang tu, walaupun letih tak tidur, mas dengan roommates serta roommates jiran depan pergi Post Dickson. Alasannya nak release tension sama-sama sebab lepas ni dah tak duduk kk1 bersama dah. Sobs sobs. Sedih pulak. So, dengan dua buah kereta kami pun bertolaklah ke sana.

bersama roommates tercinta
Sampai je terus kecebur dalam air diorang ni. Tak sabar-sabar semua ha. Hahaha. Mula-mula diorang main banana boat. Oleh kerana mas tak reti berenang dan takut tenggelam, mas teman zati je dalam motobot yang tarik banana boat tu. Yang lain, kak tirah, kak waina, kak nida, kak min, nai dan atin semua naik banana boat. Hahaha.

Masa mas kat dalam motobot tu. Rasa cam best pulak. Hilang kejap rasa sedih dan masalah tu. Abang tu bawak laju gila. Air laut tu dekat je dengan mas dan rasa tempias dia. Tetiba rasa cam mermaid pulak. Ahahaha perasan la mas ni :p

Nampak diorang jatuh tenggelam dalam air bila nak sampai pantai tu memang kelakar. Hahaha. Terbalik abis banana boat tu. Lepas abis tu, kami main-main air kat pantai tu jela. Sekali diorang bawak mas pergi kat area yang mas tak cecah kaki (maklumlah pendek), tenggelam timbul macam nak lemas. Masa tu mas fikir "aku ada 3 paper lagi tak jawab!!". Apa lagi ditariknya zati yang ada depan mas ni. Sampai dia tenggelam sama. Hahaha

keadaan bila masing-masing dah mula berjimba
Mas main sekejap je sebab air laut yang masin tu mula buat muka mas panas dan bibir merekah. Nasib baik nai pun tak nak main lama-lama jadi kami berdua pun pergi membersihkan diri dulu. Tinggal bebudak lain yang macam tak pernah jumpa air laut tu main.

Pastu pergi makan kuey tiow kungfu dengan nai. Serious, sedap sangat. Hehe. Lepas tu kami pergi solat maghrib dan makan malam barulah balik. Sebab dah tahu jalan balik, maka mas tinggalkan akak kat belakang. Driving like a boss. Hahaha.

Mungkin ini masa last kami semua bersama. Lepas ni mula membawa haluan masing-masing. Mungkin dah tak jumpa. Haish sedih la pulak. Tapi dengan memori yang ada, ukhuwah kita yang terjalin takkan putus selamanya. Sobs sobs. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Lagu tema post ni, Cebisan Kenangan- Amar

Sunday, May 12, 2013

Bicara Abrar Dean List ⊂ Deen List

Posted by Mars Laini at 1:06 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Malam semalam mas pergi satu talk yang dianjurkan oleh bebudak Financial Math Tahun 1 ni. Tajuknya sama seperti yang tertera di atas ye. Hehehe

Ramai gila orang. Sampai duduk atas tangga bagai. Mas pon sempat la jugak mempertahankan hujah dengan sorang budak perempuan ni. Tempat asal mas dah cop siang-siang lagi, tetiba dia mai letak beg dia pastu sesedap rasa kata tu tempat dia. Tak nak berganjak abis pula tu. Mas pun apa lagi, bangun pastu pergi duduk dekat rabi kat barisan paling belakang.

Takpe, aniaya orang. Esok-esok dia pulak yang kena. Berbalik kepada cerita asal. Cerita pasal talk ni. Panel penceramah seperti yang anda lihat dalam gambar diatas ialah Ustaz Don Daniyal dan Daie Azam al-kankari.

Ustaz Don bawa isteri dia. Perghh sweet sangat kot. Bicara kali ni pasal ilmu. Banyak juga input yang kitorang dapat. Tak larat nak cakap, tak larat nak gelak. Macam-macam aksi dan lagak yang mencuit hati kitorang sume. Hahahaha

Kadang-kadang cara penyampaian tentang apa yang kita nak sampaikan tu penting. Kalau nak bagi orang dengar apa yang kita cakap, ada cara dia, ada kaedah dia. Takdelah boring kan.

So, harapnya, ada banyak lagi talk yang macam ni di masa akan datang. FM students, you all are daebak! Great work guys! :D

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Dak ISA plak, bila kita nak buat program yang hebat camni? =_______=
 

Tuesday, April 9, 2013

Ienai Kara (Because I Can't Say It)

Posted by Mars Laini at 11:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Cuti yang tak berapa nak cuti. Asyik layan lagu dengan anime je. Mood bermalas-malasan la nak dikatakannya.

So, ada la berapa hari ni duk dengar satu lagu anime ni. Lagu ni dari anime Puchi Purii Yuushi (Petite Princess Yucie), anime time zaman muda-mudi dulu. Hehehe. Lagu ending dia bertajuk Ienai Kara. Lagu dia santai & slow motion. Maka tergeraklah hati nak baca dia punya translation.

Huh! Memang kena dengan apa yang aku rasa sekarang ni. Hahaha ToT. Apa boleh buat. Orang kata songs are the words we can't express, betul tak? Apa pun meh kita intai sejenak translation dia kat bawah ni.

 No matter how many times I hear that gentle melody,
I am always enveloped by the same happiness.

 Every day I felt that there was something missing,
until, by chance, I met you.

 Those feelings that day, I can bring to mind anytime,
Even on rainy nights, even in my dreams; anytime at all.
But the words I want to say, I can't say them unreservedly
so I put them away in my chest, for just a while more.

 The words you spoke were soft,
wrapping me like the wind.

 Somehow, just with you at my side,
I feel that can do so many things.
Because you gave me the strength to make any kind of dream come true,
I'm just able to look straight ahead and start walking.

If we could be together
until the day I can say those words...

 Those feelings that day, I can bring to mind anytime,
Even on rainy nights, even in my dreams; anytime at all.
But the words I want to say, I can't say them unreservedly
so I put them away in my chest, for just a while more.

 Just looking straight ahead,
let's walk together.

Hehe best kan? Faham tak rasa-rasa apa yang lagu ni cuba sampaikan? Kalo faham, bagus! hehehe. Sesiapa nak nyanyi ikut lirik asal boleh pergi kat http://www.animelyrics.com/anime/puchipuriyuushi/ienaikara.htm nyanyilah puas-puas. Hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
mood sentap lah pulak ToT  

Wednesday, March 13, 2013

Best Birthday Ever!

Posted by Mars Laini at 6:46 PM 4 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas oleh Allah di bumiNya. Semoga 20 tahun kurniaan daripadaNya ini membolehkan mas berusaha untuk menjadi seorang anak soleh, pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang tawadhuk, insyaAllah :')

Kali ni mas sambut ulang tahun hari lahir dekat kampus sekali lagi. Kali ni memang tak sangka, extraordinary, dan sangat special. Terharu ada, sebak pun ada.

Hari selasa 12/3/2013:

Kawan-kawan sekelas ajak mas keluar. Nak belanja makan malam katanya. Maka kami pun bertolak la ke sebuah restoran berdekatan dengan Bandar Baru Nilai. Still tak syak apa-apa sebab mas tahu, diorang memang dah tahu hari ni birthday mas. Normal la kalau diorang kata nak belanja kan.

Sekali bila duduk je kat meja yang disambung sebanyak 3 buah just untuk kelas kitorang je, diorang letak kek sebijik depan mas. Secret Recipe punya chocolate indulgence. Perghh... kat situ jugak rasa macam nak burst into tears. Terharu sangat-sangat.

Siap ada tukang baca doa lagi (shifi). Hahaha. Serius, tak pernah ada orang sambut birthday mas camni. This one is really special one. Malu kejap bila diorang suruh potong kek bagai. Ambil gambar bagai. Rasa macam artis kejap. Ahahaha :p

Oleh kerana mas tak berapa sihat, so, makan pun tak habis. Nasi dengan tomyam yang sedap tu mas hanya makan suku je. Tak luak pun. Kek pun makan tak ada rasa. Tersangatlah sedih.

Well, malam tu juga dapat hadiah yang mas tak pernah dapat seumur hidup ni. Rasa macam..... waahhh!!!! bestnya!! 

redstar from anis, nama dia miss mochi ^^
saber's art from syafiq :D
Rasa macam... weeeeeee!!!!! I truly like both of it! ^^

Sebenarnya, dalam kita duk happy happy sambut birthday ni, kita kena ingat. Bila bertambahnya umur kita, maka makin dekat kita dengan kematian. Bila Allah bagi peluang untuk kita hidup sampai sekarang, rasa pengalaman pahit manis kehidupan, ajar kita erti kesusahan dan kesabaran, semua tu ada hikmahnya.

So kawan-kawan, hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Allah sentiasa bagi apa yang perlu dan apa yang terbaik untuk kita. Have faith on Him :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
wish from other friends to me: semoga panjang umur, murah rezeki, pandai dan cemerlang dalam pelajaran, dapat jodoh yang terbaik.. ececece.. hehehe thanks you all, May Allah bless us always! :D
 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea