Assalamualaikum..
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin aku ucapkan kepada seluruh umat Islam. Ketupat rendang kuih-muih jangan dilupa. Ewah macam dah menyanyi pulak hehe.
Harini terasa jemu sebab dah 3 hari duk makan makanan raya so aku amik keputusan untuk buat benda lain. Check dalam peti ada kentang lebih jamuan chicken chop kelmarin maka aku buat salad kentang simple gila punya.
Masa tengah duk rebus kentang tu papa pula tanya tengah buat apa.
Papa: nak buat apa rebus kentang ni?
Me: nak buat salad kentang sikit japgi
Papa: biru la mata tu jap lagi
Me: hah kenapa? (andaian kena penyakit ke apa)
Papa: yela dah makan potato, dah macam orang puteh dah
lulz sangat encik ayahanda aku ni maka aku tergelak disitu haha. apa pun resepi aku pakai ni sendiri tibai punya je.
Bahan:
1. Ubi kentang 2 biji
2. Mayonis
3. Serbuk black pepper
4. Serbuk white pepper
5. Garam halus secukup rasa
Cara:
1. Rebus kentang sampai masak (aku selalu rebus sampai air tu tinggal separuh)
2. Buang kulit kentang tu dan potong dadu
3. Dalam sebiji mangkuk, gaulkan kentang dengan semua bahan lain tadi
4. Taraa dah siap :D
Kan dah kata ni resepi cincai je tapi cukuplah untuk bagi hilang muak makan benda sama je. Oh yeahh. Portion ni untuk 1-2 orang makan je. Kalau nak lebih pepandai korang lah tambah.
Enjoy!
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D
dah timbang berat belom? hehehe
Assalamualaikum..
Dah bersawang amat blog nih. Sorry readers. Aku busy dengan final exam dan thesis lately. Ni habis exam dan balik rumah baru sempat nak update. Ditambah lagi handphone masuk wad (dan technician kata harapan untuk sembuh hanya tinggal 50%) *nanges tepi katil* tapi apa pun harapnya handphone tersebut sembuh kembali sob sob.
Okay kerana dah mereput kat rumah ni aku try resepi yang terjumpa kat internet haritu. Teringat kat my lil' bro yang suka sangat jejari ketam aku try buat popia ketam pulak. And he's definitely digging it! Sampai kekadang dia sorang je yang makan tak dan kat orang lain hehe. Apa pun ni resepi dia.
Bahan-bahan:
Kulit popia (aku pakai saiz kecik senang fit dengan jejari ketam tu)
Jejari ketam (banyak mana korang suka)
Grated cheese (aku guna jenama Beqa, sedap setakat ni)
Cara-cara:
1. Ambil sehelai kulit popia, sebatang jejari ketam tu letak atas kulit popia tu
2. Tabur grated cheese, ikut banyak mana korang suka, nak lagi cheesy letak banyak sikit.
3. Goreng dalam minyak (aku pakai separuh) dalam api sederhana.
Siap dah boleh cicah dengan sos or anything else (my lil' bro suka makan gitu je). Memang sedap lagi-lagi kalau makan time panas. Oh ya, kadang-kadang kalau jenis kulit popia ada yang nipis so untuk elak cheese keluar masa menggoreng boleh balut dengan 2 helai kulit popia. Tapi aku pakai sehelai je sebab setakat ni cheese tak keluar time aku goreng. Enjoy!
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Sorry takde gambar sebab takde henfon nak ambil gambar sob sob sob
*catatan musim hujan menhempas tingkap*
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah sekarang ni dah tinggal hampir sebulan lebih sahaja lagi untuk semester 6 ni berakhir. That mean I'm one step closer for my graduation day. Doakan semuanya dipemudahkan :)
Dengan masa yang ada ni, ini bermakna workloads kian bertambah lebih-lebih lagi thesis. Aku difahamkan oleh supervisor aku yang tajuk thesis aku ni mudah sajo. Tapi lama-lama buat kajian aku sedar ia tak semudah yang disangka. Sekarang pun masih tersekat di literature review (yang aku rasa paling rumit dalam proposal ni). Berat hati rasa bila memikirkan thesis ni.
Workloads lain macam building e-commerce website, entrepreneurship presentation & explorace quiz, test & assignment information security, audit software & policy dan lain-lain (banyak lagi) semua nak kena submit minggu depan!
Bila kerja jadi banyak ni mulalah teringat kat rumah, teringat kat mak ayah. Kadang-kadang rasa penat juga dengan urusan yang tak habis-habis ni. Tapi setkan dalam minda yang kita belajar ni kerana Allah, agar ia menjadi ibadah. Benda tu je selalu duk ulang-ulang.
Sekarang ni pun dah ramai dah kawan-kawan yang duk ulang "ya Allah cepatlah habis sem ni!" "ya Allah cepatlah aku nak grad!" hahaha nampaklah disitu semua dah tak tahan.
Hopefully everything turn out to be great, insyaAllah. Please pray for our proposal defence next time. We really in chaotic mode if it is all about these thesis thingy. Thanks! May Allah always bless you :)
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
tempias hujan menghempas tingkap, dimana aku duduk menulis disebelah tingkap itu, pen tergantung di atas kertas kala aku ralit memerhatikan titis hujan yang turun, aku harap aku juga sekuat itu.
Once, I too was a black swan
Alone in the middle of the lake
The only friend I got is the moon
Reflected on the water
Once, I too was a black swan
Forgotten by those white ones
With a thought that I will remain black
And all alone
For eternity
Once, I too was a black swan
Flapping my lonely wings in the dew of the isolated forest
Gazing the mirror water with tears in my eyes
Shattered, my heart was shattered into pieces
Once, I too was a black swan
But if the darkness come again and wash me away
Would you stay and tell me its going to be okay?
Or would you like the others? Slowly drifting away
If I lost in the blackness again
Would you come and drag me out of there?
Of the dark labyrinth once I was in
Or would you just let me drown
Into those black lake and being forgotten again
Written by Marslaini,
3.02PM, Feb 25