Monday, July 6, 2015

Popia Ketam Cheese

Posted by Mars Laini at 8:13 PM
Assalamualaikum..

Dah bersawang amat blog nih. Sorry readers. Aku busy dengan final exam dan thesis lately. Ni habis exam dan balik rumah baru sempat nak update. Ditambah lagi handphone masuk wad (dan technician kata harapan untuk sembuh hanya tinggal 50%) *nanges tepi katil* tapi apa pun harapnya handphone tersebut sembuh kembali sob sob.

Okay kerana dah mereput kat rumah ni aku try resepi yang terjumpa kat internet haritu. Teringat kat my lil' bro yang suka sangat jejari ketam aku try buat popia ketam pulak. And he's definitely digging it! Sampai kekadang dia sorang je yang makan tak dan kat orang lain hehe. Apa pun ni resepi dia.

Bahan-bahan:
Kulit popia (aku pakai saiz kecik senang fit dengan jejari ketam tu)
Jejari ketam (banyak mana korang suka)
Grated cheese (aku guna jenama Beqa, sedap setakat ni)

Cara-cara:
1. Ambil sehelai kulit popia, sebatang jejari ketam tu letak atas kulit popia tu
2. Tabur grated cheese, ikut banyak mana korang suka, nak lagi cheesy letak banyak sikit.
3. Goreng dalam minyak (aku pakai separuh) dalam api sederhana.

Siap dah boleh cicah dengan sos or anything else (my lil' bro suka makan gitu je). Memang sedap lagi-lagi kalau makan time panas. Oh ya, kadang-kadang kalau jenis kulit popia ada yang nipis so untuk elak cheese keluar masa menggoreng boleh balut dengan 2 helai kulit popia. Tapi aku pakai sehelai je sebab setakat ni cheese tak keluar time aku goreng. Enjoy!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Sorry takde gambar sebab takde henfon nak ambil gambar sob sob sob 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea