Tuesday, January 28, 2014

Q6: The Person You Like and Why You Like Them

Posted by Mars Laini at 12:59 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah wah wah macam soalan cepumas je ni. Haha macam segan je nak jawab. Like ni sama dengan love ke macam mana? Ke like sekadar suka ke ape? Boleh dikira love la tu kan? Hoihoi ikut tafsiran korang la haha.

1. Papa and Umi
Kalau termasuk dalam kategori person that I like semestinya mak ayah sendiri kan? Kenapa? Hmmm sebab tanpa mereka saya takkan ada di dunia ini cewah! Walaupun kadang-kadang rasa macam annoying jugak tapi yep, my parents are the persons I like. They are caring, loving and give what's the best for me. Tak payah cerita banyak semua orang pun tahu.

2. My best friend, Irna
Ohohoho why I like her soooooo much? Because sometimes it's like she is in my shoes. She knows how I feel and what I feel. She experienced what I'd experienced too. Dan minat kami terhadap books and musics are soooo BIG! And she is also not stingy. The best thing I like is her stories and how she makes me laugh. Haha memang geng sekepala lah!

3. My CBT's friends
Geng gila-gila zaman sekolah sampai sekarang. Im, qis, ten, nab, ana, ibah, and of course irna too. Kalau cuti ke apa mesti plan buat something sama-sama. Picnic ke potluck ke bbq ke. Kalau musim raya pula konvoi ramai-ramai ke rumah kawan-kawan dan sahabat yang lain. Marvelous us!

4. My classmates
Yep.. annoying enough but they are there when I need them sometimes. 

5. My mr.crush
Herrr malu derp.. tapi bleh kira masuk dalam person I like kan.. haha sebabnya? minat yang sama, animes. And both of us are gamers. Haha. Actually I don't really know whether he knew I like him or not. Sebabnya jarang sangat bercakap face-to-face. Pernah bercakap, bila ada kerja or it's like a semester once, something like that. Malu ke camne tak tahu lah. Haha. Sebabnya lagi? There's something about it him that I can see but anyone around us can't. What is it? Don't ask me because I could not explain what is it. Okay done haha.

Dalam hidup sesiapa pun mesti ada orang yang kita suka dan sayang. Tapi bukannya dengan mengharapkan mereka membalas balik rasa sayang kita tu, tetapi diri kita sendiri yang perlu memberi atau manunjukkan rasa suka dan sayang yang tak berbelah bahagi kepada mereka walau mereka tak nampak semua tu. Lama-lama nampaklah tuuu..ehh haha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Sixth. Ku benar-benar sayang.. pada dirimu oh kasihku.. nananana

 

Q5: Five Things that Irritate You about the Opposite/Same Sex

Posted by Mars Laini at 10:57 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Okay kali ni soalan macam direct je, jadi mas pun jawab direct lah.

1. People that want to dominate the others
Ini adalah satu golongan yang mas tak suka lagi-lagi kalau dalam kumpulan. Dia sentiasa nak berada di atas dan emandang rendah orang lain. Dalam perbualan juga, mereka ini nak mendominasi. Pendapat orang lain ditolak ke tepi. Serius mas tak suka. I mean, kadang-kadang kita pun kena dengar pendapat orang lain juga kan. Idea kita pula tak sentiasa betul. Orang macam ni better duduk sorang dia je kalau tak nak bekerjasama dengan orang lain.

2. Tak suka diri sendiri dilayan sebegitu, tetapi melayan orang lain dengan cara tersebut.
Err.. faham tak? Hermm contoh la, ada seseorang yang tak suka diri dipandang rendah oleh orang lain tapi dia sendiri memandang rendah orang lain. I mean, come on la, macam mana orang lain nak respect diri kita kalau diri sendiri pun tak respect orang lain. Mas selalu kena dengan orang macam ni dan biasanya memang mas balas balik dengan 'pedas' sikit. Bagi depa sedar.

3. Orang yang melebihkan kawan yang dia rasa kawan paling rapat dia
Yep. Pernah dengar tak hadis ni "apabila kamu bertiga, maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi, kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai, kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)". Orang ramai tu means orang yang dikenal oleh orang pertama, kedua dan ketiga juga. Dah kalau orang ramai tu orang yang lalu-lalang sekeliling buat apa. Mas paling tak suka orang macam ni (sebab mas selalu jadi yang ketiga) sebabnya bila mereka dah rapat dengan orang yang mereka nak (ada advantage kalau rapat) yang takde apa-apa macam mas ni depa buang ke tepi lah. Bila nak baru cari. Hampas.

4. Orang yang berkawan kerana advantages atau kelebihan.
Bila ada kawan pandai, dalam setiap test atau exam baru nak duduk sebelah. Bila kawan ada kereta, baru nak rapat boleh minta tolong angkut sana-sini. Bila kawan ada duit, mula nak pinjam itu ini. Tapi bila kawan dah takde advantages itu semua, kita pun dia tak nak pandang. Tolak tepi je selalu. Mas paling anti dengan orang macam ni. Berkawan kerana material semata-mata. Friends-of-advantage la katakan.

5. Sepahkan atau guna hak milik mas tanpa kebenaran
Yep. Juga terjadi banyak kali. Bangun pagi barang orang lain atas meja mas. Meja mas dah sedia bersepah dia sepahkan lagi. Siapa tak panas camni. Lagi panas kalau ada orang guna tanpa kebenaran. Kalau benda basic macam buku ke, laptop ke, nak guna reti simpan takpe. Ni sampai tuan sendiri tak jumpa dah kat mana barang dia itu memang bikin gua hot. Lagi-lagi kalau korang balik rumah dengar kawan cakap "mas aku dah makan makanan kau tadi", maunya tak mendidih. Hamboi mana tau kawan kau balik kebulur tengok-tengok makanan dah takde. Nak tengking kang bergaduh  pulak. Tapi bila dah orangnya jenis tak fikir dekat orang lain macam tu la jadinya.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Fifth. Aku pulak mendidih tulis post ni sebab duk teringat kejadian-kejadian yang berlaku tu. 

Saturday, January 25, 2014

Q3: What Kind of Person Attracts You

Posted by Mars Laini at 12:27 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Okay first of all nak tanya, soalan ni merujuk kepada individu yang berlainan atau sama jantina? haha okay okay just kidding. Mas akan jawab for both sides.

Hemmm first of all apa yang menarik minat mas dekat seseorang tu of course, dari sudut pandangan luaran dulu. Wajah dan personaliti. Haha jangan salah faham. I mean, takkan bila tengok seseorang tu kita bleh kenal terus dia tu macam mana kan? Mesti kita kenal dengan tengok rupa dan perwatakan dia dulu. And i'm quite attracted to people with cute and baby-face. "Jambu" lah kalau bahasa orang kita ni.

Next, baru pergi kepada personaliti. Mas suka orang yang boleh buat mas gelak. Ada sense of humor la orang kata. Because me is a bit negative-mind person. So, aura nak buat lawak mas tu kurang nak menjadi lah. Tapi mas suka bila orang lain buat mas gelak terguling-guling. Haha

Person tu akan lagi attract mas kalau dia ada minat yang sama macam mas. For the basic, anime and game! Yeah me is a hardcore. Mas susah nak cari orang yang sama minat dengan mas. Mostly my classmates are korean fangirls or football maniacs. Mas tak tahu nak kongsi rasa minat mas dengan siapa. Jadi, kalau jumpa geng sekepala memang orang itu akan jadi attraction bagi mas macam magnet.

People who have the same condition and feelings as me too are also attracting me. Sebab mas rasa macam orang seperti ini akan memahami mas sebab mereka juga melalui apa yang mas lalui. Mereka takkan pandang rendah kalau mas jatuh. Yea.. a bit like that.

A person whom I can share everything with. Orang kata tak elok cerita semua benda dekat orang lain. Kita tak tahu siapa betray kita nanti. But for me, memang akan ada seorang yang akan dengar apa yang mas nak cerita. And that person, yes, attracts me.

People who give me their attention. Yes! They also attracts me. Haha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
three 

Friday, January 24, 2014

Homemade Oreo Ice Cream

Posted by Mars Laini at 11:55 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Holidays kali ini teramatlah sejuk. Kota Bharu dikatakan berada pada suhu 20 darjah celcius (papa yang cakap). Memang sangat sejuklah. Air dalam bilik mandi pun tak kira masa pagi, petang, malam dah macam mandi dengan air batu yang dicairkan. Sejuk yang amat!

Tapi kesejukan ni tak membatasi rasa nak makan benda sejuk. Contohnya? Aiskrim!! yeah! Hari tu teringin nak makan aiskrim buatan sendiri. Homemade lah orang kata. So, mas search resepi dia kat internet. Cari yang paling simple mas boleh buat.

Bahan:
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
biskut oreo
1 tbsp ovalette
1 biji telur
esen vanila sikit

Cara:
1. Blend semua bahan kecuali biskut oreo
2. Habis blend, letak adunan tu dalam bekas
3. Hancurkan biskut oreo dan gaul dengan adunan tadi
4. Letak dalam peti sampailah aiskrim tu beku

Haaa senang kan? Hehe. Mas buat sikit je mula-mula sebab takut tak menjadi. And it turns out like this.

Yay! Alhamdulillah menjadi. Adik dengan umi mas suka sangat sampai tak cukup sebekas mas buat tu. Dan terpaksalah buat sebekas lagi. Hehe happy bila tengok orang lain makan air tangan yang kita buat :)

Awak awak boleh try di rumah >_<

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
boleh diubah ikut citarasa masing-masing

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea