Tuesday, January 28, 2014

Q5: Five Things that Irritate You about the Opposite/Same Sex

Posted by Mars Laini at 10:57 AM
Assalamualaikum..

Okay kali ni soalan macam direct je, jadi mas pun jawab direct lah.

1. People that want to dominate the others
Ini adalah satu golongan yang mas tak suka lagi-lagi kalau dalam kumpulan. Dia sentiasa nak berada di atas dan emandang rendah orang lain. Dalam perbualan juga, mereka ini nak mendominasi. Pendapat orang lain ditolak ke tepi. Serius mas tak suka. I mean, kadang-kadang kita pun kena dengar pendapat orang lain juga kan. Idea kita pula tak sentiasa betul. Orang macam ni better duduk sorang dia je kalau tak nak bekerjasama dengan orang lain.

2. Tak suka diri sendiri dilayan sebegitu, tetapi melayan orang lain dengan cara tersebut.
Err.. faham tak? Hermm contoh la, ada seseorang yang tak suka diri dipandang rendah oleh orang lain tapi dia sendiri memandang rendah orang lain. I mean, come on la, macam mana orang lain nak respect diri kita kalau diri sendiri pun tak respect orang lain. Mas selalu kena dengan orang macam ni dan biasanya memang mas balas balik dengan 'pedas' sikit. Bagi depa sedar.

3. Orang yang melebihkan kawan yang dia rasa kawan paling rapat dia
Yep. Pernah dengar tak hadis ni "apabila kamu bertiga, maka janganlah berbisik-bisik berdua sahaja tanpa disertai yang seorang lagi, kecuali kamu berada (bersama/bercampur) dengan orang ramai, kerana perbuatan tersebut menyakitinya (orang ketiga)". Orang ramai tu means orang yang dikenal oleh orang pertama, kedua dan ketiga juga. Dah kalau orang ramai tu orang yang lalu-lalang sekeliling buat apa. Mas paling tak suka orang macam ni (sebab mas selalu jadi yang ketiga) sebabnya bila mereka dah rapat dengan orang yang mereka nak (ada advantage kalau rapat) yang takde apa-apa macam mas ni depa buang ke tepi lah. Bila nak baru cari. Hampas.

4. Orang yang berkawan kerana advantages atau kelebihan.
Bila ada kawan pandai, dalam setiap test atau exam baru nak duduk sebelah. Bila kawan ada kereta, baru nak rapat boleh minta tolong angkut sana-sini. Bila kawan ada duit, mula nak pinjam itu ini. Tapi bila kawan dah takde advantages itu semua, kita pun dia tak nak pandang. Tolak tepi je selalu. Mas paling anti dengan orang macam ni. Berkawan kerana material semata-mata. Friends-of-advantage la katakan.

5. Sepahkan atau guna hak milik mas tanpa kebenaran
Yep. Juga terjadi banyak kali. Bangun pagi barang orang lain atas meja mas. Meja mas dah sedia bersepah dia sepahkan lagi. Siapa tak panas camni. Lagi panas kalau ada orang guna tanpa kebenaran. Kalau benda basic macam buku ke, laptop ke, nak guna reti simpan takpe. Ni sampai tuan sendiri tak jumpa dah kat mana barang dia itu memang bikin gua hot. Lagi-lagi kalau korang balik rumah dengar kawan cakap "mas aku dah makan makanan kau tadi", maunya tak mendidih. Hamboi mana tau kawan kau balik kebulur tengok-tengok makanan dah takde. Nak tengking kang bergaduh  pulak. Tapi bila dah orangnya jenis tak fikir dekat orang lain macam tu la jadinya.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Fifth. Aku pulak mendidih tulis post ni sebab duk teringat kejadian-kejadian yang berlaku tu. 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea