Assalamualaikum..
Okay tetiba rasa nak mengimbau balik kenangan zaman sekolah dulu. Ketika aku sedang membelek-belek belog cik nadia amran dan cik irnasofia tetiba terbuka post-post lama diorang yang bercerita pasal kenangan kami zaman sekolah dulu. Maunyaaa tak rinduuu.. rinduuu sangattt!
Semua kisah kami bermula di satu tempat bernama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. Yeah kalau diingatkan aku tak sangka dapat kawan-kawan yang dari dulu sampai sekarang ni bertahan. 10 years and still counting insyaallah until jannah.
Masih teringat dulu kalau hujan habis basah baju. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi kantin ke, library ke, makmal ke, memang redah & main hujan tu perkara biasa bagi kami. Kekadang air sampai masuk banjir dalam kasut tapi nak buat cemana, kena redah juga.
Ingat lagi petang-petang kalau ada kelas tambahan selalu tengahari lepas solat kami akan jalan kaki ke Pasar Siti Khadijah beli lunch. Apa ingat pasar tu jual ikan jeke? Naik tingkat atas maka akan bertemulah makcik-makcik yang jual nasi berlauk bermacam lauk. Selalu beli lauk ayam goreng je sebab murah kecuali irna, selalu lauk ikan keli dia haha.
Paling buat geng kita rapat bila kita semua pergi kem Syifaa dekat pantai mana aku tak ingat. Kat situlah bermulanya nama geng kita "Chemically Bond Together". Nama yang semalaman difikirkan oleh im dan diterima pakai sampai hari ni (aku senang panggil The Chemicals je). Dekat kem tu jugak kita buat persembahan sketsa ntah apa-apa. Hahahaha
Ada sekali tu kena sekolah sesi petang. Letih sebenarnya sekolah petang ni sebab petang kan waktu kita rehat-rehat. Selalu jugak bila pepetang langit dah gelap tu kami mintak cikgu batalkan awal kelas. Selalu memang macam tu. Kalau nampak nak hujan, penyelia petang iaitu ustaz wan aku lepas kami pulang awal. Tapi walau tak hujan, nampak mendung je pun kami selalu mengecek supaya cikgu kasi lepas awal ahaha. Tapi alhamdulillah PMRU tahun tu semua score dengan jayanya.
Kalau ada thobur (perhimpunan pagi) dekat sekolah selalu kami yang bersorak gembira sebab thobur kami berlainan daripada sekolah biasa. Thobur kami tidak kira hari apa, ikut suka pihak pentadbiran nak buat hari apa. Sebab kami gembira thobur ada ialah bila ada homework tak siap untuk kelas pagi tu maka kami tak perlu berkompromi banyak (dasar budak nakal) hahaha. Dan lepas tu mulalah kami menyesal kerana thobur itu kadang-kadang dari pagi membawa ke waktu rehat kami dan kami sudahpun kepanasan mentari nak dengar ceramah waktu tu. Yang bertafakur kat belakang barisan pun ada, biasalah tu haha.
Kami semua ni team IT sekolah dan kami unit kewartawanan. DSLR, camera stand, persediaan pentas, semua kami buat. Setiap kali ada pelawat datang ke sekolah tak kira ramai mana pun, kami akan diculik oleh cikgu-cikgu untuk handle semua pelawat tu. Bukan handle diorang pun, cuma kena jadi reporters, ambil gambar untuk website sekolah, set up bilik dan pentas untuk kegunaan mereka, semua kami buat. Best juga sebab tak payah masuk kelas haha tapi taklah selalu kami buat gitu. Cuma time ada pelawat je. Lepas pelawat balik cikgu mesti belanja kita semua makan sebab dah tolong-tolong. Kekadang tu makan sekali kat meja VIP lagi sebab VIP ajak makan sekali. LOL. Rapat juga kami dengan cikgu sampai bila kami keluar sekolah, cikgu kata team IT sekolah dah tak sama macam kitorang ada dulu. Sedih jugak mendengarnya.
Teringat bila masuk form 5, SPM mula menghantui hidup kami maka kami tak ada masa untuk aktiviti kokurikulum (sebelum ni pon malas nak join haha). Teringat aku dengan im nak pergi mintak cikgu tandatangan buku rekod, cikgu kata pelajar form 5 takpe bagi je buku cikgu sign. Tapi apa ke malang nasib kami ada instructor kawad tetiba suruh kami masuk barisan nak kawad. Aku dengan im ni dah la pakai baju kurung sekolah je. Tapi masuk juga barisan belakang, bila instructor tu tak nampak terus kami cabut lari hahaha (takkan nak kawad pakai kain kot!).
Padang kami luas. So, kalau melepak or buat usrah bersila atas rumput kat padang itu perkara biasa. Piknik masa rehat makan keropok, minum air green tea C2 yang rm1 sebotol, yeah memang rutin. Kekadang piknik bawah tangga pun jadi haha sebab kawasan bawah tangga blok kami tu cerah dan memang orang lalu-lalu situ. Teringat masa jamuan akhir tahun sekolah, geng kami biasa berpiknik bawah tangga tu, duduk bersila borak-borak sambil makan. Ada cikgu lalu pastu cakap "ni dah kenapa makan bawah tangga? kena halau ke?" hahahaha kami dan cikgu tergelak bersama disitu.
Hahaha kalau nak rewind balik memang banyak tapi tak terdaya nak taip panjang-panjang. Nanti boleh buat sambungan entry ni lain kali.
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
I miss my school days
Chapter 46 : Life.
-
Assalamualaikum. Tak jawab salam dosa haha.
Okay so gais, this is my first post in 2021. Exactly after one year. Tak
perasan pun dah setahun gais, tengok...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P