Saturday, April 19, 2014

Mari Sedarkan Diri Kita

Posted by Mars Laini at 9:13 PM
Assalamualaikum..

Sehari?
Seminggu?
Sebulan?
Setahun?

Bila kali terakhir kita muhasabah diri kita? Duduk diam-diam, tarik nafas, pejam mata, buka mata slow-slow.

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita yang setiap nafas yang kita tarik dan hembus itu adalah pinjaman daripada Allah kepada kita? Bila?

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita yang setiap langkah kita berjalan di bumi ini adalah satu rahmat daripadaNya? Bila?

Bila kali terakhir kita ingatkan diri kita bahawa dua pasang mata yang melihat ciptaan dan keindahan dunia ini adalah anugerah daripadaNya? Bila?

Dan bilakah kali terakhir kita gunakan lidah yang dikurniakanNya kepada kita untuk mengucapkan syukur, tasbih dan tahmid kepadaNya? Bila?

Seringkali kita terleka dalam arus dunia ni. Mas pun tak terkecuali. Sebagai seorang student, penuh dengan assignments, test dan exam, kadang kala mas terlupa bahawa mas ni seorang hamba. Penuh dosa dan lalai. MasyaAllah :'(

Jadi, ambil masa kita untuk sedarkan diri. Siapa kita? Apa tujuan kita hidup di dunia ini? Paling penting siapa kita disisiNya? 

Ambillah masa, renungkan segalanya. Bintang di langit malam yang jauh daripada kita itu, adakah kita sejauh itu daripadaNya? Sedangkan Dia sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada saluran darah yang bersambung.

Allah..
Ingatkan aku, lindungi aku
Jangan biarkan aku alpa dan leka
Tetapkan aku di atas jalan agamaMu
Tingkatkan imanku 
Istiqamahkan aku 
Jadikan aku orang yang berguna
Di dunia dan akhirat
Ameen ya rabb
 :')

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
doa itu untuk kita semua.. sentiasa sedarkan diri, ingati Ilahi :) 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea