Monday, January 28, 2013

SEA Dragon Nest

Posted by Mars Laini at 11:50 AM
Assalamualaikum...

Cuti dah mula start. Ramai yang buat hal sendiri kat rumah kan. Contonhnya? Masak? Kemas rumah? jaga anak jiran sebelah? tidur? Hehehe. Mas pun goyang kaki je. Nak masak? buka peti sejuk, nothing in it. Ayah mas dah beli siap-siap. Nak kemas rumah? sorang-sorang alamatnya pengsan la nanti. Hahaha

Okay jom mas cerita sikit pasal satu game. Online game. Diperkenalkan oleh seseorang kepada mas. Hehehe. Nama game ni SEA Dragon Nest. Yeaa...

Mula-mula memang mas tak tau nak main macam mana. Hatta nak sign up macam mana pun terpaksa tanya dia juga. Tak perlu mas panjangkan siapa dia itu di sini ya. Secret identity. Hehehe. Bila semua dah siap sign up, mas mula la buka balik folder yang dia bagi hari tu. Folder yang mengandungi semua pasal game ni.

Try buka first time, mas macam WAAAHHHH!!!! fascinated gila dengan dia punya graphic yang cantik. Karakter dia pun comel-comel. Hahaha geram tengok. Mas pun pilih karakter. Mas amik yang Academic sebab nampak comel sikit. Nak ambil yang Sorceress seksi sangat la pulak =.=

So, start main. Oleh kerana mas ni jenis lampi lagi nak kawal key, masuk-masuk je terus kena belasah kaw-kaw. Huhuhuhu. Dia gelak-gelak je bila mas cakap mas kena belasah. Huhu. Last-last dia masuk sekali main.

Agak malu disitu ye sebab bila dia dah masuk, dia punya karakter duk sebelah mas punya karakter. So, dia nampak semua apa yang karakter mas buat. Ada time mas tersilap masuk dalam kedai mana tah.

Dia: Eh eh mas nak pergi mana tu?
Mas: Alamak silap jalan.. huuuu =.=
Dia: Hahaha arrow kau belah mana dia nak?
Mas: Sebelah kanan atas
Dia: Haa.. dah-dah jom ikut aku

So, terpaksa la ikut dia. Nak buat macam mana dah tak reti main lagi. Ikut jela belakang dia. Dia siap party bagai lagi dengan mas pastu sama-sama main quest. Dah la mas ni tak reti. Bila masuk je quest, tak tahu nak buat apa, berdiri je kat situ. Dia yang tolong belasah semua monster tu =.=

Dia: Ape lagi mas, pukul la monster tu
Mas: cane nak buat ni?? huuuu =.=
Dia: Tekan mouse cepat.. kacang je monster ni

Memang la kacang dah mas ni baru level 1. Dia dah level 50 kot. Haihh la.. Dah la gaya mas lawan monster tu macam horrible gila. Mesti dia tengah gelak sorang-sorang. Huhuhu.

At last, dengan bantuan dia, barulah clear quest tu. Mas yang penat main. 

Dia: dah siap jom balik mas
Mas: haaaa??

Terus mas di teleport masuk balik perkampungan tempat takde monster. Mas macam.. errrr.... malunya!! Malu yang amat sebab tak pandai main. Hahaha. Dia kata kalau nak main, main yang senang je kalau solo. Yang tadi memang susah sebab kena ada party member bagai. Hahaha

Tapi serius game ni memang best. Mas cuma harap mas tak addict je. Tak reti main lagi takpe. Bila dah pandai pasni, tak pandang kiri kanan dah bila main. Hahaha. Terima kasih kepada dia kerana ajar mas main. Hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
oh ya.. game ni membolehkan pemainnya chat antara satu sama lain. so, dah tak payah keluar masuk game nak tanya dia, chat je kat dalam game tu.. hehehe terbaekk :)
 

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea