Sekarang ni tengah kecoh pasal pesta buku yang buku-buku dia murah tak ingat tu kan? Yeaaa! Big Bad Wolf Bookfair dekat The Mines.. So, pada hari selasa hari tu, kami sekelas tsc 2 bersama ke pesta buku tersebut. Yes, SEKELAS! hebat kan. hehe
dekat ktm nilai |
Sampai kat sana kena jalan kaki sikit. Pastu hujan.. Perghh berlari-larian kami. Nasib baik yana payungkan sebab mas tak sihat. Cewah! love you yana.. hehe. Sampai kat the mines, kami berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang nak beli buku dan nak makan. Oleh kerana takde selera, mas pegi beli buku jela.
Masuk kat pesta tu, perghhh macam masuk syurga buku kot. Penuh dengan buku. Kat pintu masuk siap sedia kotak lagi. KOTAK! bukannya bakul atau troli. Memang tahulah yang masuk kat situ memang borong habis-habisan. Fascinated, kitorang berpecah. Mas dengan haziana berkepit je. takut tak jumpa member nanti.
Selesai dua tiga round maka kitorang dapat la buku yang dicari. Mas pergi kat bahagian manga. Ingatkan banyak la manga kat situ. Rupanya banyak manhwa(manga cina & korea) je. terus tak jadi beli.Hahaha
faiz & shifi |
murni |
atas bot tu^^ |
what i've got there |
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
dah start baca witches of east end~ haha
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P