How's your first ramadhan dear muslim brothers and sisters? Happy kan dapat bertemu lagi bulan mulia ni? Bulan dimana kita umat islam seluruh dunia diberi rahmat dan kasinh sayang yang melimpah ruah daripada Allah.
Well, ada juga yang kata bulan ramadhan ni bulan kurma. Memang betul pun sebab kat rumah mas sendiri memang susah nak jumpa kurma kalau hari biasa. Bulan puasa je rumah mas penuh dengan kotak kurma.
my favourite^^ |
Bulan puasa ni bukan sahaja kita belajar untuk menahan lapar dan dahaga tetapi kita juga belajar untuk belajar mengawal nafsu. Walaupun syaitan dah dirantai, nafsu manusia tetap ada. So, di bulan yang mulia ni, banyakkanlah ibadah ye.
Memang la Allah buka pintu rezeki tu luas pada bulan ni, yang bermaksud ada yang cuba nak berniaga la, ambil tempahan biskut raya la, buat baju raya la. Tapi ingat! Jangan sesekali kawan-kawan dilalaikan oleh semua benda tu. Fokus utama kita, beribadah kepada Allah. Kumpul point banyak-banyak bulan puasa ni.
Kan segala amalan baik akan ditambah berlipat ganda pahalanya. Begitulah specialnya bulan ramdhan ni. Memang special pon, sebab kalau nak tengok umi mas tak pegang langsung periuk belanga semua tu, di bulan puasa la jawabnya. Ayah mas beli je semuanya. Senang katanya.
Mujurlah segala makanan itu boleh dihabiskan oleh ketiga-tiga adik lelaki mas yang kaki makan tu. Sekurang-kurangnya taklah membazir. Agak sunyi juga ramadhan kali ni sebab adik perempuan mas yang sorang tu still dekat UPM. Apa boleh buat...
Apa pun, dear brothers and sisters, selamat menjalani ibadah puasa tak kira dimana jua kita berada. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita semua.
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
jangan makan banyak sangat masa berbuka nanti tak larat nak solat terawih.. okay :)
0 comments:
Post a Comment
Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P