Sunday, April 29, 2012

Memoria: Tamhidi Sejuta Kenangan

Posted by Mars Laini at 12:29 PM
Assalamualaikum..

Sebelum memulakan post ni, sebak masih lagi bersarang di dada. Tika kaki mula melangkah keluar dari Kolej Kediaman Nilam Court, ketika USIM mula memberi lambaian terakhirnya kepada kami, kenangan yang tercipta mula bermain di memori.

Terlalu banyak sangat kenangan yang mas tak boleh lupakan di sini, USIM, dimana kami semua belajar berdiri diatas kaki sendiri, belajar dengan tekun, mengenal erti persahabatan sejati, membina ikatan ukhuwah bersama. Tapi apakan daya, setiap yang bertemu pasti berpisah. 

Paling tidak dilupakan kepada ahli terhormat rumah E-4-6 iaitu mas sendiri, bid, nadiah, nabila, yana, dibah dan juga saadah.

we all~
Terkenang saat kita makan bersama, sesi bercerita kita pada waktu petang sambil makan nasi goreng dan kuey tiaw kungfu.. Hahaha tak lupa pada waktu kita outing bersama di giant atau tesco, jalan-jalan kat tasik depan kknc. 

Pendek kata, sejak kita jadi satu family ni, mas rasa kalau tak balik kelantan pun takpe. Korang dah melengkapkan segalanya disini. Kalau ketawa, ketawa bersama, kalau menangis pun macam tu. Korang memang best. Maaflah kalau ada yang terguris hati dengan mas sepanjang kita bersama. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di degree nanti.

Kepada tutor 8, kenangan kita paling banyak sebab macam aktiviti kita lakukan. Bermula dengan ifthar, lepas tu konvoi raya, dan macam-macam lagi.

tutor 8 sc tech 2
Kenangan yang tercipta takkan dapat mas lupakan selamanya. Nama korang semua akan sentiasa terpahat di ingatan mas. Rasa macam dah satu family dah kita ni. Terima kasih kerana sentiasa shuffle group presentation kita (supaya lebih compatible dengan semua member kelas).

Lastly, sesiapa yang dah selamat sampai hometown masing-masing, Kedah, P.pinang, Selangor, Perak, Johor dan sebagainya, selamat bercuti, jangan ljupa buat kerja berfaedah cuti ni. Kalau ada yang nak datang kelantan tu, call la mas ea, bleh kita pergi jalan-jalan sama-sama. Being friends with all of you is the greatest treasure i've ever had.

You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know i'll take your hand
When it gets cold, and it feels like the end
There's no place to go, you know i won't give in
No, i won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make through it
Just stay strong
'Cause you know i'm here for you

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
semoga kita berjumpa lagi bulan 9 ni, ditempat yang sama, kita sekali lagi mengejar impian dan cita-cita kita...  

0 comments:

Post a Comment

Komen la sikit ye.. jangan la baca je.. hehehe :P

 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea