Monday, October 20, 2014

3rd Year Fiasco

Posted by Mars Laini at 1:29 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Wew dah lama tak update blog nampaknya ada sawang sikit. Tahun 3 ni memang tak expect busy macam ni and I was like..

Banyak sangat kerja dan assignments yang perlu disiapkan. Lecturers semua memang timbun-timbun kerja tanpa belas kasihan. Baru merasa kepayahan seorang senior ni macam mana. 

Yeah itu saja nak tulis. Sekarang ni tengah develop minat dalam subjek Cryptography. Walaupun pakai math sikit (which I'm not really into) tapi menghuraikan secret codes seems fun though. Doakan mas develop minat lebih mendalam dalam benda ni kay ^_^

Last but not least, doakan mas jadi kuat dalam menghadapi semua benda ni. Kadang-kadang rasa nak give up tu ada juga. Me, manusia biasa.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
Tuntutlah ilmu dimana jua anda berada 

Thursday, August 28, 2014

5SC2 Mini Reunion

Posted by Mars Laini at 8:37 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni disertakan dengan hujan lebat rahmat dariNya berserta dengan idea nak masak apa untuk papa bila dia balik makan tengahari, cik puan raidah (baca ketua kelas) decide untuk buat mini reunion geng 5sc2 hari ni.

Dekat dengan 4 tahun tak jumpa memasing sibuk dengan pembelajaran. Dulu masa sekelas dengan kanak-kanak ribena ni memang havoc lah. Kelas paling riuh, kelas lain pun tak riuh macam kelas kami hahaha.



One word: Happiness

Dalam tengah hujan pun boleh lagi semangat nak ambil gambar bebudak ni. Punyalah happening nya. Oh ya tempat kami buat reunion ni ialah Restoran Cikgu Nasi Ulam dekat Kampung Kraftangan. Dalam bandar Kota Bharu je. Jadi sesiapa yang berhajat nak datang jalan-jalan kat kelantan mesti makan kat sini. Famous dengan budu dan semua jenis ulam-ulaman ada. Hikhok.

Oleh kerana cyah aka asiah juga balik malaysia tahun ni (from japan, she studied there), maka kami setiap sorang dapat ole-ole. Penanda buku je tapi cukup untuk buat kami happy, barang dari jepun lah katakan hihi.

Habis selesai makan-makan dan sesi ambil gambar, berakhirlah sudah reunion kecil kami. Dalam duk salam-salam dengan diorang ni terdetik juga bila la lagi mas nak jumpa diorang semua ni. Tu pun tak semua yang datang. 

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kita bertemu dan berpisah kerana Allah.. selamat berjuang sahabat 

Monday, August 25, 2014

Short Story : Orange

Posted by Mars Laini at 2:37 PM 0 comments
*now in english version.. just my imaginary story okay*

Sunny Sunday. Mars sits on a bench at a playground, waiting for her friend, Rabi, for their usual weekend date. She anxiously peeks at her watch, wondering why her friend doesn't arrive yet.

"I hope nothing bad happen to her" mumbled Mars.

Suddenly, a hand taps Mars's shoulder from behind. Shocked, she jumps from the bench then after that, she hears a loud laughter.

"Is it funny, making me surprised like that?" said Mars while she crossed her arms.

"Sorry sorry. I'm just joking around. Sorry too because I'm late. I'm on my way to meet you when an ice cream truck passed by so I stopped for a while. Here, my treat." said Rabi cheerily as she passed a cone of chocolate mint ice cream to Mars. "I know, your favorite".

Smiling, Mars takes the ice cream from her hand. "Thanks" she mumbled.

"So, what we're going to do today?" ask Mars.

"Well, last weekend we planted flowers behind the nearby forest. I think we should do some more activity to the Mother Nature again today. Won't cha?" said Rabi. 

"How about feeding those stray cats that lived under the bridge we always crossed by? I feel sorry for them lately" said Mars.

"I think so. It's been a long time we didn't pay them a visit. Now shall we go." Rabi said and she immediately grabs Mars's arm and rushed forward.

As they are walking together, a little girl, with smudgy dress greets them. She brings along a basket full of oranges with her. For a moment Rabi and Mars didn't realize until Mars feels someone tug her blouse's hem.

"Good evening, Miss. Would you like to buy some oranges? They're only 50 cents each." said the girl, holding up a little orange to them.

Mars and Rabi look at each other continuously. After a while, Rabi smiled and knelt down to the girl, patting her head.

"How about both of us take all the oranges from you? Okay Mars?" said Rabi glancing to her friend.

"Well yes! Absolutely!" said Mars happily.

"Is it okay Miss? You don't have to buy if you don't want to." said the girl. There's sound of guilt in her voice.

"It's okay. After all I want to make lots of orangettes today." said Rabi happily as she takes the basket of oranges from the girl.

Rabi and Mars quickly count their money and give them to the little girl. 

"This is so much from the oranges' price. I can't take it" said the girl, giving back some of the money.

Mars smiles and shakes her head. "No dear, just take it. We won't mind anything"

"Yeah. Just treat yourself with an ice cream, or a new dress won't cha" said Rabi.

The little girl quickly thanked them and after giving a quick hug for both of them, she walks away with tears in her eyes.

"Wow you seems generous today. What brings it out?" ask Mars.

"Well, at least we gotta help her although for a bit don't we?" Rabi grinned.

"Anyway, what are orangettes?" ask Mars again.

"Oh.. Slices of oranges dipped in chocolate. Good for tea time. C'mon, I'll make lots of it after we feed those stray cats okay" said Rabi.

"Okay then" Mars said cheerily.

With that, both of them arms in arms walk away from the road.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
there are many people who need our helps out there.. who knows, a small help from us will make them smile and ease their burden for a bit.. what do you think? :D

 

Saturday, August 23, 2014

Cerita Pendek : Village Girls

Posted by Mars Laini at 7:58 PM 0 comments
*cerita ini hanya rekaan semata-mata sekadar untuk menajamkan lagi skill menulis saya, okay dah jom baca*

Di satu petang yang hening di sebuah kampung yang aman permai, lapan orang sahabat yang baru tiba dari bandar sedang sibuk dengan acara masing-masing.

*Di perkarangan kebun rambutan Mak Esah*

"Im, yang sebelah kiri tu nampak besar. Ambillah sekali" jelas suara irna dari bawah pokok rambutan itu.

Terkial-kial Im cuba menarik dahan yang dikatakan oleh irna tersebut. Sementara balqis sedang sibuk mengunyah rambutan yang telah dikait dibawah.

"Wei qis, janganlah asyik makan je. Tolonglah kait sekali. Tu yang dahan paling rendah tu boleh capai dengan tangan dah" kata irna.

"Sedap awak bagi arahan yang awak dari tadi duk tercegat tak tolong apa-apa boleh pulak" balas balqis.

"Eh yang lain mana?" kata irna cuba mengubah topik.

Di sepanjang jalan untuk ke kebun rambutan, faten sedang mengayuh basikal sementara mas membonceng di belakangnya.

"Ish lambat lagi kita. Nanti habis rambutan tu diorang bantai" kata faten sambil mendengus.

"Lahh tadi awak yang nak makan aiskrim dekat kedai pak mat tu. Siapa yang lambat sekarang?" kata mas.

"Hahaha hari panas sangatlah. Harap adalah sedikit rambutan untuk kita" kata faten sambil mengayuh lebih laju.

Tanpa mereka sedari ada yang lebih laju mengayuh di belakang mereka.

"Faten!!! Mass!!!! Tepii!!! Tepii!!!!" kata Ana yang mula hilang kawalan terhadap basikalnya. Kebetulan pula dia membonceng Nab dibelakang basikalnya juga. Nab sudah pun menutup matanya, tak sanggup untuk menghadapi apa yang terjadi.

"Makkkk!!!" jerit faten.

Skreeetttttt!!! Kabushh!!! Kedengaran bunyi tayar basikal bergeser dengan tanah diikuti bunyi percikan air. Ana telah hilang kawalan terhadap basikalnya, merempuh faten dan mas sebelum mereka berempat terpelanting ke dalam tali air berdekatan. Basikal mereka juga turut tercampak masuk ke dalam air.

Kemudian Ibah datang dengan santai bersama basikalnya dan memandang ke arah mereka sebelum tergelak besar.

"Ana!! Apa ni?? Kenapa bawak basikal laju sangat" kata faten selepas tercungap-cungap keluar daripada air. Mas sudah pun memakai semula kaca matanya yang turut terpelanting tadi. Kelihatannya kabur kerana basah terendam air.

"Kami ingat kami dah lambat tadi sebab tu saya kasuh cepat-cepat" kata Ana sambil menarik Nab bangun daripada air. Mujurlah tali air itu cetek sahaja. Mereka pun bukannya pandai berenang sangat.

"Hahahahaha korang semua nampak macam baru balik daripada berkubang" jelas Ibah dengan gelak tawanya yang masih tersisa.

"Shut it Ibah kalau tak awak pulak yang berenang kat sana" kata faten.

Oleh kerana tayar basikal mereka telah bengkok kedua-duanya, mereka mengambil keputusan untuk menutun sahaja basikal-basikal itu dan berjalan kaki. Ibah turut turun daripada basikalnya dan berjalan beriiringan bersama mereka. Sahabatlah katakan.

"Kita basah macam ni sebab rambutan. Kalau rambutan dah habis nanti sia-sia saja usaha kita bergelumang air sawah tadi" kata mas sambil memerah bajunya yang masih tersisa air.

"Apa susah. Kalau rambutan dah habis kita panjat lagi" kata Ibah.

"Good idea. Awak yang panjat nanti" kata Ana sambil menuding ke arah Ibah.

Sesampainya mereka di kebun rambutan itu, kelihatan Im terkial-kial memanjat dan memetik rambutan di julai yang tinggi sementara irna dan balqis bersenang-lenang dibawah pokok.

"Amboi amboi. Awak biarkan Im panjat sorang-sorang sedangkan awak berdua bersantai kat bawah ni" kata faten sambil bercekak pinggang.

"Eh dah sampai. Eh kenapa basah empat orang ni?" kata irna sambil menunjuk ke arah mas, faten, ana dan nab.

"Tak nak cakap pasal tu lagi. Mana rambutan kami?" kata Nab.

"Wei korang kalau nak makan sama tolonglah panjat sekali. Aku sorang tak larat nak panjat ni" laung Im dari atas.

Dengan semangat setia kawan mereka bekerjasama mengait buah rambutan tersebut. Oleh kerana baju mereka tidak basah, irna, balqis dan ibah mula memanjat dan menolong Im memetik rambutan yang tinggi. Sementara nab, mas, faten dan ana menarik-narik dahan yang boleh mereka capai.

Hampir banyak rambutan yang mereka kumpul, mereka sama-sama duduk dibawah pokok itu dan memulakan pesta rambutan. Dengan gembira mereka makan sambil berbual-bual sebelum satu perkara tragis terjadi. Kelihatan balqis seperti kelihatan tercekik sesuatu.

"Uhukk.. uhukk.. biji.. rambutan.. tersekat" kata balqis tersekat-sekat.

Dengan pantas Nab dan Im yang berada bersebelahannya menepuk-nepuk belakang balqis, sementara yang lain tergelak terbahak-bahak melihat situasi tersebut.

"Tulahh qis, time makan jangan gelak banyak sangat. Kan dah tercekik" kata faten sambil tergelak lagi.

"Diam ahh!" kata balqis setelah biji rambutan itu berjaya dikeluarkan.

Setelah selesai makan rambutan tersebut, mereka mengumpulkan sisa-sisa dan sampah untuk dibuang. 

"Harap lepas ni kita dapat lagi rasa pengalaman kampung ni" kata Ibah sambil tersengih ke arah yang lain.

Dengan senyuman mereka semua berlumba pulang ke rumah masing-masing.

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
harap cerita ni tidak membosankan and of course, mas masukkan diri sendiri dan kawan-kawan dalam cerita ni.. do left your comment about this story kay.. thanks :D 


 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea