Sunday, March 11, 2012

Mukhayyam Arabi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 8:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Kaifa halukum?? Hehehe.. demam mukhayyam arabi masih terasa walaupun baru kelmarin tamatnya program itu. Best la juga. Mas dapat ustazah yang sporting sangat2. Syukran jiddan ustazah!

Program ni bermula pada petang jumaat lagi sebenarnya. Mas pon tak pasti apa tujuan ustaz wan buat program ni. Tapi rasanya tiap2 tahun ada. So, walaupun malas dan mengantuk pada asalnya, mas pergi la juga mukhayyam petang tu. Senang cerita mas panggil mukhayyam ni kem la. Walaupun tak tidur kat usim (pernah dengar rumours yang cakap kena tidur dalam khemah!)

Bermulanya pukul 3pm, maka bermulalah kem itu. Mas terpaksa naik tingkat 3 sebab lif tu lembab sangat. Masuk bilik tutorial 12. Ustazah bagi group mas namanya siti amina. Comel sangat. Baik pulak tu.. hehehe

Petang tu takde apa sangat. Just discuss je dengan kumpulan. Yang happeningnya hari sabtu tu la. Pagi tu mas datang awal sebab nak jaga tempat makanan (atas arahan miss afzan ye!). Tapi dah ada yang tolong jagakan. So, mas malas nak menyibuk, mas duduk je dan tengok budak2 tamhidi yang lain lalu-lalang kat situ.

Bosan jaja muka kat situ, mas pun naik ke tingkat atas balik. Pagi tu memang 1 jam 30 minit tu, ustazah cerita je pengalaman dia kat Jordan. Tak belajar la dengar cerita dia. Hahhaa... Ustazah bawak anak dia kot!

Lepas tu, tengah hari tu berlalu tanpa arah tuju. Mas duduk je dekat DKS dengan mimah, anis dan fairuz. Boring la pulak. Dalam pukul 2.30 pm tu baru mas naik kat tingkat 5 untuk majlis penutup tu.

Mas yang datang awal, so mas la duduk depan  kan. Tapi hot la jugak dengan seorang dua budak nih. Ada ke patut, dah la datang lambat, dibantainya pulak datang duduk depan mas yang dah cop depan awal2 ada ke patut?. Memang geram la jugak. Nasib baik miss faeza kata tempat depan tu untuk lecturers. Terpaksalah diorang pergi belakang.

Tak kurang juga yang berlagak nak jadi cameraman, dibantainya jugak duduk bertenggek depan mas yang tengah rakam video persembahan ni. Habis rosak video dek termasuk gambar diorang yang kontrol jadi fotografer tu. Tolonglah makcik! Nak menunjuk pun ada tempatnya. Bukan mas je, orang2 sebelah mas pun bengang dengan perangai orang yang jenis potong queue ni. Aishhh...

Ok, selesai sesi membebel. Hehehe. Persembahan petang tu memang mantop lah! Paling mantop semestinya dari group Sc Tech la kan. Hehehe. Budak laki buat boria manakala perempuan buat choral speaking.

Budak law lelaki nasyid, yang perempuan pantomin. Yang akaun lelaki plak dikir barat, yang perempuan sajak. Dentist dan medic gabung buat dikir barat dan lakonan. Hahaha. Memang gelak habis lah. 

Bila semua dah selesai, Dr. Nurlida bagi ucapan penutup. Semua dapat hadiah. Takde yang menang dan takde yang kalah. Fair and square. Lepas tu mas dengan dibah terus keluar dari dewan tu. Nak balik cepat la katakan. Berlari turun tangga! Hahaha. 

Lepas sambar kek dan karipap serta air kotak laici, mas dan dibah terus berlari ke arah bas. Nasib baik dapat duduk. Hahahaha. Tapi kami tak berebut tau!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kepada cameraman2 itu, maaflah, saya tau awak semua profesional, saya ni cameraman kampung je. kepada yang tetiba menyemak depan mas tu, lain kali tolong jangan potong queue orang ye. first come first serve la... 

Friday, February 24, 2012

Jeram Toi + Jusco Seremban 2

Posted by Mars Laini at 1:43 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah wah wah.. dah lama mas tak update blog. Almaklumlah.. bizi dengan test dan quiz apa semua tuhh.. Haha. Anyway meh sini mas story sket pasal apa yang mas buat weekend lepas. Mas, bid, saadah & dibah pergi jalan-jalan dekat jeram toi.. Hoihoihoi~ best kot!

bid the driver.. haha
kitorang bertolak dari KKNC dalam pukul 10 pagi dek keterlewatan akak tu hantar kereta yang kitorang nak. Yang bestnya, umi & abi bid ikut skali sebab hari tu birthday adik bid. Hehehe..

Macam-macam liku kami tempuhi semasa dalam perjalanan ke sana. Cewah! Masa dalam perjalanan tu jumpa banyak kampung. Ada la pulak satu kampung ni nama dia Kampung Ngoi-Ngoi. Sepanjang jalan kitorang gelak lepas jumpa signboard tu. Hahaha.. 

Lepas sampai tu mulalah nak cari port. Tapi ramai lelaki la pulak yang main kat port yang kitorang nak ni. Adoyai...

muka tak puas hati saadah & dibah.. mas blurr jap.. haha

kita makan dulu!!
Akhirnya kami buat keputusan untuk main je kat belakang tu. Takde orang lain..

basahkan kaki dulu..
bid lencun habis!
operasi menyelamat baldi yang hanyut.. haha
indahnya alam ciptaan tuhan :D
ini kami + adik bid ariff
saadah kena simbah dek bid!
alalala~ sweetnya 2 orang ni.. haha
ready nak turun gelongsor!
Lepas puas berjimba kat situ, maka kitorang pun salin baju dan makan kek pulak. Yela.. kan birthday adik bid.. sekali sorang2 kena buat ucapan daaa... macam radio pulak.. hahaha

ariff the birthday boy~
lagi2 makan!
Lepas tu bermulalah perjalanan kami ke jusco pula. Biasalah.. alang-alang dah enjoy biar merata kita pergi kan. Hahaha. Sesat la jugak walaupun berjalan dengan orang negeri sembilan.

dah nak balik dahh..
makan kat foodcourt jusco dulu..
Lepas tu, kaki ni pulak gatal nak pergi kat bahagian game. So, pergilah kami ke sana. Sekali jumpa mesin gambar automatik. Apa lagi, berjimba lagi la kami. Gambar tu pulak cantik sangat!

dibah dalam mesin tu
hasil kerja mesin tu.. cantik kan??
sayang nak lepas..
Lepas tu sebelum balik, bid sempat lagi main drum dengan sorang budak ni. Layan je dia kata.. Main lagu doraemon.. hahaha lawak kot

bid tengah berduet dengan budak sebelah tu haaa

an an an.. doraemon.. hahaha
Oleh kerana bid pening kepala masa nak balik, so, mas la jadi driver pulak. Takut jap sebab dah lama tak pegang stereng. Tapi bila dah bawak biasa jela. Rekod hari tu ialah 120km/jam. Hahaha best tak?

So tu jela story weekend mas yang lepas. Weekend ni? Study la jawabnya. Huhuhuhu..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
lepas ni nak pergi petrosains pulak. weeee~ tapi bila ntah.. huhuhu 

Sunday, November 20, 2011

Kisah MUET dan LCCT

Posted by Mars Laini at 5:41 PM 0 comments
Good evening everyone..

Hari ni tepat pukul 7.35 pagi waktu Malaysia, mas sampai kat Kelantan. Bestnye.. hehehe sebab dah lepas MUET la..

So, mas nak cite sket ada apa dengan MUET nih. Pada pagi 19 oktober tuh, mas dengan housemate mas bersiap sedia dengan penuh semangat nye untuk menghadapi peperiksaan muet. Maka kami pon bertolak lah ke stadium tertutup nilai sebab sebelum ni cikgu2 kata reading dengan writing buat kat situ. Kami pon pegi kat situ la.

Sesampainye kat situ dah ramai orang. Bukan bebudak tamhidi je yang ambil muet rupenye. Mas pon ade la juga nampak the most popular person among the girls iaitu YDP USIM kita. Hahaha

Berbalik semula ke topik asal. Bila mas check nombor angka giliran mas dengan housemate mas tuh, dua2 takde. Kitorang dah gabra dah sebab lagi 5minit nak stat peksa. Tup tup, baru tahu bahawa tempat ujian mas dengan kawan mas bukan kat stadium tapi dekat DKP 2. Mak ai! Dah lambat gile kitorang!

Nasib baik ada bas. Tapi pakcik bas tu henti2 membebel kat kitorang dalam perjalanan tu. Pelik betul lah mas. Bukan ke memang tugas diorang bawak bas? Asal nak marah2 pulak. Gaji jalan ape. Pakcik bas tu berenti dekat depan jalan je. So kami terpaksa lah jalan kaki masuk ke DKP 2 tuh.

Masuk2 je dewan tu memang tak ramai sebab kena duduk selang2 kerusi. Tapi pengawas tu dah membebel. Dia cakap budak usim lah yang paling tak dengar arahan. Ape pulak> Bukan salah kitorang datang lambat. Diorang yang tak bagitau awal2 tempat sebenar peperiksaan tu dijalankan. Dahla pengurusan tak cekap. Pastu cakap kitorang mengganggu peperiksaan pulak. Macam2 la.

Lepas tu sape2 yang dah dapat kertas mase tuh dah boleh stat. Masalahnye, mas dah dapat kertas, nak stat camne kalau dia asyik membebel je kat depan? Camne nak fokus. Kawan mas kat sebelah pon dah buat muka menyampah dah. 

Tak nak cakap banyak, kitorang abis muet dalam pukul 12.30. Masing2 tak sabar nak tinggalkan dewan yang 'mesra pelajar' tuh. Petang tuh pulak mas bertolak ke LCCT Airport sebab kawan2 mas nak pergi awal walaupun flight kitorang pagi esok tu.

Hujan agak lebat la jugak. Kilat sabung-menyabung. Dalam pukul 7 kitorang sampai la kat LCCT tu. Mula2 kitorang solat maghrib dengan isyak dulu barulah pergi kat McDonald sebab nik nak online. Rupenye ramai juga kaki kacau kat cni ye.

Eh lupe, kita kat KL kan. benda camtu biase la. Tapi agak menyampah la jugak. Diorang ni takde keje lain ke?. Malam tu macam2 ragam manusia yang boleh mas nampak. Ade yang baik la, ada yang cerewet la. Macam2 hal. Ape pon kitorang tido dekat meja McD tu jugak. Macam la mas tido. Macam mane nak tido? Orang asyik tengok je. Tapi kawan mas yang 2 orang tu dah tak bergerak macam tunggul dah. Mas stay sampai pagi. Huh! Seksa betul. Pagi tu mata dah bengkak2.

Pagi tu agak rushing la jugak sebab panggilan untuk flight ke KB dibuat 5 minit awal. Kitorang jalan laju2. Nasib baik sempat. Ape lagi, naik je atas flight tuh, memang fokus utama kitorang tido la. Hahaha

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
balik rumah pon sambung tido lagi.. wahahaha

Saturday, September 24, 2011

Snow Rain

Posted by Mars Laini at 7:05 PM 0 comments
This song is very lovely. Just like what i feel rite now.. Sobs ;(. 
Title: Snow Rain
Sing by: Kana Ueda

SNOW RAIN

I'M FINALLY HERE
THE PLACE WHERE WE MET
BURIED IN THE FRAGMENTS OF TIME
THE STARS DISAPPEAR INTO A DISTANCE
WITHIN LONG-LASTING PAIN
MY WISH WOULD FREEZE


WITH TREMBLING EYES AND A BROKEN HEART
BUT YOU CAME TO FIND ME


THE LIGHT OF MIRACLE THAT I SAW
IN THE DISTANT END OF THE WORLD
NOW SOFTLY TOUCHES EACH OTHER
JUST LIKE WHITE SNOW


YOU AND ME
WE MERGE TOGETHER
AND FINALLY BECOME A TRUE SELF
THE SNOW MELTS AND GLITTERS IN THE NIGHT
BECOME THE WIND, URGE ONTO TRAVEL
THE WISH OF THE BLESSED WIND
IS UNREQUITED LOVE
EVERYONE WILL LEAVE ON A JOURNEY SOMEDAY
CARRYING SADNESS AND HURT
SEARCHING FOR THE ANSWER
THAT WILL BE FOUND AT VERY END
THE SNOW MELTS AND SHINES IN THE NIGHT
THE WIND URGES ON A JOURNEY
THE ROAD OF THE BLESSED WIND
GO ONWARDS WITH A SMILE
O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
for the person whom i call friends..
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea