Saturday, April 28, 2012

Dinner Tamhidi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 11:33 PM 1 comments
Assalamualaikum..

Berlalu sudah setahun peringkat tamhidi mas. Rasa macam sekejap sangat. Tak sempat lagi nak kenal lebih banyak tentang rakan-rakan tutor 8 tercinta.

Apa pun, mas nak cerita tentang malam penutup kami Malam Sekalung Budi bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Well, malam ini ialah malam dimana semua pelajar boleh melaram sepuas hati mereka. Hahaha. Apa pun mas nak ucap terima kasih sangat kepada:

Penasihat Fesyen Mas:
Bid, Dibah

Perunding Imej Mas:
Yani

Mak Andam:
Yana, anis syazwani

Hahaha macam-macam la diorang semua ni. Buat pertama kali dalam hidup ni mas merasa pakai dress dengan wedges yang tinggi uh. Idea diorang la. Tapi takpe, ikut je. Nak jaga hati. Hehehe

kat meja makan dengan ain dan mimi
Macam-macam persembahan la ada. Semua orang pakai baju bak artis semuanya.Bling! Bling! Yang lelaki siap dengan baju melayu bersampin segala. Ada juga yang ber'vest' dan kot bagai. Yang perempuan mak ai, macam pengantin la pulak.

Bangga jap bila ketua tamhidi mention kelas kami iaitu tutor 8 di atas pentas. Cewah! Tapi tutor 8 tetap gorgeous selamanya! Tapi kerja diorang sume makan je. Tak larat nak tengok.

tts 8 girls~
we're all in this together


boys punya hal
 Keje kitorang ambil gambar banyak2. Sebenarnya mas expect sesuatu yang lagi extraordinary pada malam tu tapi takde pon. Hurrmm.. tak mengapa. Bukan masanya lagi.. Cikgu pulak sume sporting sangat!

bid, miss ila comel, mas
Miss ila comel sangat2. Dia sempat lagi tegur mas. Dia kata mas sytle lain malam tu. Memang la, hasil kerja bebudak ni semua.. Hahaha

yang baju biru tu ustaz nasir
Apa pun, malam dinner tu memang tak dapat dilupakan. Segala kenangan manis tak dapat dilupakan sepanjang mas bergelar pelajar tamhidi usim ni.. InsyaAllah kita semua akan sama-sama bertemu kembali di peringkat degree nanti. Aminn..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
sebak la jugak nak meninggalkan diorang sume ni ;( 

 

Saturday, April 14, 2012

The Love Between My Sight- TTS 8 Forever

Posted by Mars Laini at 8:38 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setelah hampir setahun mas bergelar pelajar tamhidi di USIM ni, rakan-rakan banyak membantu dalam menghadapi susah senang kat sini especially my friends from TTS 8.



Kawan-kawan,
Kita dah nak tamat dah tamhidi. Tak lama lagi final exam dan lepas tu, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tapi takpe, mas doakan kejayaan setiap orang dalam kelas kita. Paling penting, semoga ukhuwah kita berkekalan sepanjang masa.

Kat sini, mas nak ucap jutaan terima kasih kerana sudi bantu mas dalam semua benda dan juga ingin meminta seribu kemaafan atas kekhilafan yang mas lakukan. Maklumlah, hari tu tak sempat nak buat thank you card untuk semua. huhuhu

Untuk kawan-kawan semua:

CAPTAIN MIQDAM
-thank you sebab jadi ketua yang sporting lagi superb
-sorry kalau aku ade buat ko rasa annoying..
-thank you lagi atas segala usaha ko yang tak berbelah bahagi kepada TTS 8.. arigato!

KAKLONG HAJAR
-thank you sebab jaga bebudak pompuan tutor 8 ni.. hehe
-ko memang gorgeous la masa satu group tamsil dengan aku
-semoga berjaya masuk kimia industri nanti^^

BID MY ROOMATE
-thank you sebab memahami diri aku yang tak seberapa ni sebagai rakan sebilik ko
-thank you sebab sudi dengar cerita merepek aku yang ntah pape selama ni
-thank you sebab selalu share apa-apa je dengan aku

NABILA MY HOUSEMATE
-sorry sebab banyak buat nabila terasa hati
-thank you sebab banyak tolong mas buat assignment dan banyak tolong tunjuk ajar
-semoga nabila dapat apa yang dicita-citakan

SYAH FAHMI
-thank you sebab bagi cooperation masa aku satu group dengan ko
-sorry kalau ko ada terasa hati dengan aku ke
-semoga ko dapatla masuk actuary macam yang ko nak tu.. hehehe

ANIS SYAZWANI
-thank you sebab selalu dengar cerita2 mas dan selalu bagi nasihat yang baik
-thank you sebab suka kongsi semua benda dengan mas
-sorry kalau kadng-kadang mas emo jap. bukan marah anis tapi orang lain.. hahaha

NAZIPAH
-thank you sebab selalu je jadi rakan bual mas.. hahaha
-hopefully bila kita balik hometown nanti datang-datanglah rumah mas ea..
-hope pah dapat medic nanti.. ganbatte!

MIMI
-thank you sebab banyak tolong mas buat kerja
-thank you sebab jadi ahli group lab mas yang sporting
-sorry kalau mimi tak suka attitude mas yang kadang-kadang tu annoying la jugak

AFIQ FARHAN
-thank you sebab bagi cooperation dalam group
-sorry kalau sikap aku ni annoying
-tahniah la sebab berjaya jadi ketua tamhidi yang berwibawa

FAIRUZ
-thank you sebab tolong translatekan teks arab aku.. hehe
-thank you sebab belanja aku air mineral hari tu^^
-semoga ko dapat apa yang ko cita-citakan.. never stop pray to Him!

ILY
-sorry kalo masa aku tak tegur ko tuh
-thank you sebab tahan dengan perangai aku ni
-hope dapat jumpa lagi time degree.. hehehe

SAFUAN
-tahniah sebab jadi ketua kuliah yang sporting
-thank you sebab selalu balas mesej aku (bila aku tanya kelas kat mane.. haha)
-thank you sebab bagi cooperation walaupun kita tak pernah satu group

ALIA
-thank you sebab selalu tanya pendapat aku walau tak seberapa
-teruskan usaha ko walau dimana jua ko berada
-sorry kalau aku ada terpijak kaki ki ke.. hahaha

QANITAH
-thank you sebab dah jadi classmate sejak zaman sekolah lagi
-thank you sebab dah tunjuk tarbiah yang baik
-thank you sebab bagi cooperation dalam group ict

YANI
-thank you sebab tak pernah mengeluh dengan sikap aku yang ntah ape2 ni
-sorry sangat2 kalau aku ada buat ko tak puas hati dalam group bi
-sorry kalau ada idea aku yang tak boleh pakai

SYAQIRAH
-thank you sebab selalu jagakan tempat duduk dalam kuliah.. hehe
-thank you sebab sudi dengar mas membebel setiap masa^^
-thank you sebab selalu satu group dengan mas

FAIZUDIN
-thank you sebab bagi cooperation
-sorry kalo ko tak senang dengan aku
-teruskan usaha untuk apa yang ko nak

ULIN
-thank you sebab ko sanggup suruh aku check karangan bi ko walaupun aku ni tak seberapa
-thank you sebab bagi aku semangat untuk jadi diri aku sendiri
-thank you sebab bagi tunjuk ajar dalam bi

ANIS FARHANA
-thank you sebab jadi ahli group bi yang sporting
-sorry kalo ko ade terasa hati dengan aku ke
-aku respek masa ko speaking english.. really cool and superb!

SHAKIR
-thank you sebab pernah bagi aku naik kereta ko
-thank you sebab bagi thank you card tu.. hahaha
-sorry kalo ade buat ko tak senang hati

ANA
-thank you sebab bagi pandangan tentang astronomi tu
-thank you sebab jadi ahli group arab yang sporting
-thank you sebab bagi pinjam komik.. hehehe

MIMAH
-thank you sebab banyak tolong aku
-semoga ko dapat apa yang ko cita-citakan
-ko punya tamsil arab memang hebat. hahaha

AIN
-thank you sebab selalu membebel skali dengan mas
-thank you sebab suka bila satu group dengan mas
-i hope you change yourself a little bit. reduce your shyness sket supaya boleh bercakap kat depan nanti

KHAIRUDDIN
-thank you sebab bagi banyak idea masa tamsil hari tu
-thank you sebab ajar aku arab masa presentation hari tu
-thank you sebab jadi sporting friend

FATHIN
-thank you sebab bagi cooperation masa group ict
-thank you sebab suka beralah dengan mas.. hehehe
-thank you sebab tolong mas banyak benda

AZRAAI
-thank you sebab pernah satu group dengan aku
-sorry kalo ade terkasar  bahasa
-thank you sebab bagi cooperation

SEHA
-thank you sebab bagi idea masa group ict
-sorry kalo aku ade buat ko rasa annoying masa group bi
-thank you sebab sudi satu group dengan aku

SHIHA
-thank you sebab selalu lemah-lembut dengan aku
-kita tak pernah dapat satu group pon.. huhu
-chaiyok in everuthing you do

IZZATI
-thank you sebab bagi pandangan kat aku
-thank you sebab sudi dengar cerita-cerita aku
-thank you sebab bagi aku main ko punya handphone.. hahaha

Apa pun, thanks guys because you all give me the memories that i could not forget forever.. semoga lepas ni, kalo kita bertembung atau berjumpa lagi, janganlah buat2 tak kenal ea.. hehehe

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
i love u all buddies!! TTS 8 forever.. 

Sunday, March 11, 2012

Mukhayyam Arabi Batch 2011/2012

Posted by Mars Laini at 8:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Kaifa halukum?? Hehehe.. demam mukhayyam arabi masih terasa walaupun baru kelmarin tamatnya program itu. Best la juga. Mas dapat ustazah yang sporting sangat2. Syukran jiddan ustazah!

Program ni bermula pada petang jumaat lagi sebenarnya. Mas pon tak pasti apa tujuan ustaz wan buat program ni. Tapi rasanya tiap2 tahun ada. So, walaupun malas dan mengantuk pada asalnya, mas pergi la juga mukhayyam petang tu. Senang cerita mas panggil mukhayyam ni kem la. Walaupun tak tidur kat usim (pernah dengar rumours yang cakap kena tidur dalam khemah!)

Bermulanya pukul 3pm, maka bermulalah kem itu. Mas terpaksa naik tingkat 3 sebab lif tu lembab sangat. Masuk bilik tutorial 12. Ustazah bagi group mas namanya siti amina. Comel sangat. Baik pulak tu.. hehehe

Petang tu takde apa sangat. Just discuss je dengan kumpulan. Yang happeningnya hari sabtu tu la. Pagi tu mas datang awal sebab nak jaga tempat makanan (atas arahan miss afzan ye!). Tapi dah ada yang tolong jagakan. So, mas malas nak menyibuk, mas duduk je dan tengok budak2 tamhidi yang lain lalu-lalang kat situ.

Bosan jaja muka kat situ, mas pun naik ke tingkat atas balik. Pagi tu memang 1 jam 30 minit tu, ustazah cerita je pengalaman dia kat Jordan. Tak belajar la dengar cerita dia. Hahhaa... Ustazah bawak anak dia kot!

Lepas tu, tengah hari tu berlalu tanpa arah tuju. Mas duduk je dekat DKS dengan mimah, anis dan fairuz. Boring la pulak. Dalam pukul 2.30 pm tu baru mas naik kat tingkat 5 untuk majlis penutup tu.

Mas yang datang awal, so mas la duduk depan  kan. Tapi hot la jugak dengan seorang dua budak nih. Ada ke patut, dah la datang lambat, dibantainya pulak datang duduk depan mas yang dah cop depan awal2 ada ke patut?. Memang geram la jugak. Nasib baik miss faeza kata tempat depan tu untuk lecturers. Terpaksalah diorang pergi belakang.

Tak kurang juga yang berlagak nak jadi cameraman, dibantainya jugak duduk bertenggek depan mas yang tengah rakam video persembahan ni. Habis rosak video dek termasuk gambar diorang yang kontrol jadi fotografer tu. Tolonglah makcik! Nak menunjuk pun ada tempatnya. Bukan mas je, orang2 sebelah mas pun bengang dengan perangai orang yang jenis potong queue ni. Aishhh...

Ok, selesai sesi membebel. Hehehe. Persembahan petang tu memang mantop lah! Paling mantop semestinya dari group Sc Tech la kan. Hehehe. Budak laki buat boria manakala perempuan buat choral speaking.

Budak law lelaki nasyid, yang perempuan pantomin. Yang akaun lelaki plak dikir barat, yang perempuan sajak. Dentist dan medic gabung buat dikir barat dan lakonan. Hahaha. Memang gelak habis lah. 

Bila semua dah selesai, Dr. Nurlida bagi ucapan penutup. Semua dapat hadiah. Takde yang menang dan takde yang kalah. Fair and square. Lepas tu mas dengan dibah terus keluar dari dewan tu. Nak balik cepat la katakan. Berlari turun tangga! Hahaha. 

Lepas sambar kek dan karipap serta air kotak laici, mas dan dibah terus berlari ke arah bas. Nasib baik dapat duduk. Hahahaha. Tapi kami tak berebut tau!

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
kepada cameraman2 itu, maaflah, saya tau awak semua profesional, saya ni cameraman kampung je. kepada yang tetiba menyemak depan mas tu, lain kali tolong jangan potong queue orang ye. first come first serve la... 

Friday, February 24, 2012

Jeram Toi + Jusco Seremban 2

Posted by Mars Laini at 1:43 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah wah wah.. dah lama mas tak update blog. Almaklumlah.. bizi dengan test dan quiz apa semua tuhh.. Haha. Anyway meh sini mas story sket pasal apa yang mas buat weekend lepas. Mas, bid, saadah & dibah pergi jalan-jalan dekat jeram toi.. Hoihoihoi~ best kot!

bid the driver.. haha
kitorang bertolak dari KKNC dalam pukul 10 pagi dek keterlewatan akak tu hantar kereta yang kitorang nak. Yang bestnya, umi & abi bid ikut skali sebab hari tu birthday adik bid. Hehehe..

Macam-macam liku kami tempuhi semasa dalam perjalanan ke sana. Cewah! Masa dalam perjalanan tu jumpa banyak kampung. Ada la pulak satu kampung ni nama dia Kampung Ngoi-Ngoi. Sepanjang jalan kitorang gelak lepas jumpa signboard tu. Hahaha.. 

Lepas sampai tu mulalah nak cari port. Tapi ramai lelaki la pulak yang main kat port yang kitorang nak ni. Adoyai...

muka tak puas hati saadah & dibah.. mas blurr jap.. haha

kita makan dulu!!
Akhirnya kami buat keputusan untuk main je kat belakang tu. Takde orang lain..

basahkan kaki dulu..
bid lencun habis!
operasi menyelamat baldi yang hanyut.. haha
indahnya alam ciptaan tuhan :D
ini kami + adik bid ariff
saadah kena simbah dek bid!
alalala~ sweetnya 2 orang ni.. haha
ready nak turun gelongsor!
Lepas puas berjimba kat situ, maka kitorang pun salin baju dan makan kek pulak. Yela.. kan birthday adik bid.. sekali sorang2 kena buat ucapan daaa... macam radio pulak.. hahaha

ariff the birthday boy~
lagi2 makan!
Lepas tu bermulalah perjalanan kami ke jusco pula. Biasalah.. alang-alang dah enjoy biar merata kita pergi kan. Hahaha. Sesat la jugak walaupun berjalan dengan orang negeri sembilan.

dah nak balik dahh..
makan kat foodcourt jusco dulu..
Lepas tu, kaki ni pulak gatal nak pergi kat bahagian game. So, pergilah kami ke sana. Sekali jumpa mesin gambar automatik. Apa lagi, berjimba lagi la kami. Gambar tu pulak cantik sangat!

dibah dalam mesin tu
hasil kerja mesin tu.. cantik kan??
sayang nak lepas..
Lepas tu sebelum balik, bid sempat lagi main drum dengan sorang budak ni. Layan je dia kata.. Main lagu doraemon.. hahaha lawak kot

bid tengah berduet dengan budak sebelah tu haaa

an an an.. doraemon.. hahaha
Oleh kerana bid pening kepala masa nak balik, so, mas la jadi driver pulak. Takut jap sebab dah lama tak pegang stereng. Tapi bila dah bawak biasa jela. Rekod hari tu ialah 120km/jam. Hahaha best tak?

So tu jela story weekend mas yang lepas. Weekend ni? Study la jawabnya. Huhuhuhu..

O.N.D.A.K.E.Y.B.O.A.R.D.
lepas ni nak pergi petrosains pulak. weeee~ tapi bila ntah.. huhuhu 
 

~When a King Speaks~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea